Sunday 7 June 2015

Buat Mama

Bismillah

Siapa yang tidak sedih bilamana melihat ibu yang kita sangat sayang dan kasih jatuh sakit. Mama, yang menanggung penderitaan mengandungkan aku 9 bulan. Ditimpa kelemahan demi kelamahan saat mengandungkan aku. Dan kemudian bertarung nyawa. Demi apa ? Demi melahirkan aku. Mengharungi kesakitan yang sakitnya ke-2 selepas sakaratul maut. Allahuarabbi.

وَوَصَّيۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ بِوَٲلِدَيۡهِ حَمَلَتۡهُ أُمُّهُ ۥ وَهۡنًا عَلَىٰ وَهۡنٍ۬ وَفِصَـٰلُهُ ۥ فِى عَامَيۡنِ أَنِ ٱشۡڪُرۡ لِى وَلِوَٲلِدَيۡكَ إِلَىَّ ٱلۡمَصِيرُDan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (QS. Luqman : 14)
Sungguh tiada siapa yang sanggup berkorban sedemikian rupa untuk melahirkan engkau wahai diri ! Selain insan yang bernama Noriah Lamid. Insan yang sangat berjasa disisimu . Telah banyak berkorban untuk kau. Selepas melahirkan, mama mendidik,menjaga,mengasuh. Sampai sekarang mama masih lagi concern. Sayang dengan kau. Yang sentiasa ada disisi saat aku ingin mengenal dunia. Sentiasa ada disisi saat aku sakit, yang sentiasa menjaga makan minum. Menjaga kebajikan kau. Memberi pendidikan kepada kau. Ya Allah sungguh banyak jasa mama terhadapku yang memang pasti tak mampu untukku balas.
Sekarang, dimana usia mama semakin bertambah. Mama didatangkan ujian yang berat bagi aku. Allah memberi mama ujian. Ujian sakit. Ya Allah semoga dengan ujian ini, dapat mendatangkan 1001 ganjaran, manfaat kepada kami semua. Memang kami sedih dengan ujian ini. Namun, apa yang mampu kami lakukan ya Allah.. Semua ketentuan ditanganMu. Kami hanya mampu berikhtiar, bertawakkal, berdoa disisiMu. Yang Maha menyembuhkan hanyalah Engkau. Yang maha menentukan hanyalah Engkau.DisisiMu terdapat perancangan yang lebih indah.
Saat ini. Hanya doa yang mampu beri. Aku tidak akan berhenti berdoa yang terbaik buat mama abah. Aku berjanji ! akan sentiasa berdoa untuk mereka. Sehingga akhir nafas di dunia ini. Dan aku berjanji juga dengan diri sendiri. Untuk sentiasa berbakti kepada mama abah. Membuat mereka gembira dunia dan akhirat. Semampu yang mungkin. Ya , aku bukanlah manusia yang perfect di sisi Allah. Namun aku harus sentiasa mencuba menjadi anak yang soleheh. Supaya mama abah bahagia dunia akhirat. Juga mengajak adik-beradik aku untuk turut menjadi anak yang solehah agar menjadi saham kehidupan akhirat mama abah. Bukan menjadi penyebab seksaan kepada mereka. NAUZUBILLAH L
Sungguh aku takut ya Allah. Cukuplah penderitaan yang mereka tanggung saat membesarkan kami di dunia ini. Kurniakanlah mereka kebahagiaan di akhirat kelak ya Allah. Kurniakan mereka ketenangan hati. Kurniakan mereka husnul khatimah. Maafkan dosa mereka..Terima segala amal inadat mereka.. Jauhi mereka dari azab kubur. Ringankan hari penghisaban mereka. Beri mereka syafaat nabi.. Pertemukan mereka di syurgaMu ya Allah.. Hanya itu yang ku harapkan ya Allah. :”(
Mama,
Bersabarlah atas ujian ini. Bertahanlah mama.. Setiap detik yang mama lalui saat ini insyaAllah akan diberi ganjaran OlehNya. Sebab apa ? Sebab Ipah yakin mama seorang yang sabar. Mama sabar dan redha dengan ujian ini.. mama ingatlah Allah itu maha penyanyang. Allah datangkan ujian ini bukan sebab Allah itu zalim, tapi ini ujian kasih sayang dari Allah.Kerana Allah itu maha Pengasih terhadap HambaNya.Mama, ingatlah besar ganjaran yang Allah beri pada hambaNya yang sabar.
Banyak dalil yang menunjukkan ganjaran yang diberi Allah apabila hambaNya bersabar saat ditimpa musibah. Semoga menjadi sumber kekuatan buat kita sekeluarga..
“Tiada satu musibah yang menimpa di bumi dan dirimu melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sungguh demikian itu mudah bagi Allah, supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang hilang darimu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu”. (Al-Hadid: 22-23)
“Allah tidak membebani seseorang kecuali dengan apa yang dia mampu.” (Al-Baqarah: 286).

Nabi SAW bersabda, “Sungguh pahala yang besar bersama ujian yang besar. Apabila Allah mencintai seseorang, Dia memberi ujian kepadanya, siapa yang redha maka Allah redha padanya, dan siapa yang murka maka Allah murka padanya.” (Sahih. Riwayat Al-Tirmidzi)
Dari Anas bin Malik, Nabi SAW bersabda, “Apabila Allah menginginkan kebaikan pada hambaNya, disegerakan baginya hukuman di dunia. Dan apabila Allah menginginkan keburukan pada hambanya, ditahan baginya balasan dosanya hingga akan disempurnakan pada hari kiamat.” (Hasan sahih. Riwayat Al-Tirmidzi)
Wuhaib bin Al-Ward rh. berkata, “Apabila ALLAH SWT ingin memuliakan hambaNya, Dia menimpakan kepadanya sesuatu yang tidak disukainya, kesakitan pada tubuhnya, dan ketakutan (yang menghapus dosanya), sehingga kematian datang kepadanya dan dia masih memiliki dosa, kematian dijadikan sangat sukar baginya disebabkannya (untuk menghapus dosa yang masih berbaki), menyebabkan dia bertemu ALLAH tanpa dosa. Dan apabila seseorang itu tidak bernilai pada ALLAH (disebabkan keingkarannya), ALLAH menjadikannya sihat, meluaskan tujuan hidupnya dan menjadikan dia merasa aman (ganjaran kebaikan yang dilakukannya dibalas ketika di dunia). Hingga kematian datang dan dia masih ada sisa kebaikan (yang belum dibalas), maka kematian dijadikan ringan baginya disebabkan kebaikannya, dan dia bertemu ALLAH tanpa apa-apa.” (Al-Mujalasah wa Jawahir Al-Ilmi)
Nabi SAW berkata, “Mereka (para Nabi) sangat gembira dengan musibah seperti kalian gembira dengan kemudahan.” (Sahih. Riwayat Ahmad). 
 “Tidaklah seorang muslim terkena musibah penyakit atau yang lainnya kecuali Allah menghapuskan kesalahannya seperti pokok menggugurkan daun-daunnya.” (Bukhari dan Muslim). 
Bahkan Nabi berkata, “Manusia pada hari Kiamat menginginkan kulitnya dipotong-potong dengan gunting ketika di dunia kerana melihat betapa besarnya pahala orang yang tertimpa musibah di dunia.” (Sahih. Riwayat Baihaqi)
“Allah SWT berfirman, “Wahai anak Adam, jika engkau bersabar dan mengharap pahala sejak awal tertimpa musibah maka Aku tidak rela memberi pahala untukmu selain Syurga.” (Hasan. Riwayat Ibnu Majah)

Adakah aku ikhlas ya Allah ?

Bismillah

Sungguh aku risau . Takut. Sekiranya apa yang aku lakukan selama ini tidak diterima disisiMu ya Rabb. Sebab apa ? Kerana tiadanya keikhlasan dalam diri. Risau Kerana buat amalan bukan keranaMu. Kerana mungkin terselit sifat riak, ujub, takbur. Astaghfirullah.
Aku takut ya Allah..

Sekiranya di akhirat kelak, saat perhitungan amalan kelak dipenuhi dengan rasa penyesalan. Melihat kemana perginya amalan-amalan aku saat di dunia. Kenapa tiada ? kenapa kosong ? Kenapa tak dicatat malaikat ? Allahurabbi..

Hanya padaMu ya Allah. Tempatku memohon. Tempatku meminta. Tempatku mengadu. Kurniakanlah aku keikhlasan ya Allah. Sungguh aku ini lemah. Imanku kadang-kala naik dan turun. Aku tak tahu adakah aku berada dalam keaadan yang ikhlas atau tak. Aku tak tahu ya Allah..kerana aku lemah, akal ku terbatas. Hanya Engkau yang mengetahui akan segalanya. Hanya Engkau yang mengetahui isi hati ini.

Namun,
Aku akan berjanji pada diriku sendiri. Untuk sentiasa tajdid niat. Buat sesuatu keranaMu ! Aku tak nak menyesal di akhirat kelak. Sesungguhnya kehidupan akhirat itu kekal. Alangkah ruginya jika aku menyesal di akhirat. Ya kadang-kadang ikhlas aku tersasar. Kerana syaitan tak kan pernah putus asa menghasut mukmin. Jadi aku harus berhati-hati. Berhati-hati dengan hati ini. Sentiasa muhasabah diri. 

Sentiasa koreksi diri dan tajdid niat.

Dunia. Antara yang perkara yang perlu fokus
-Peranan sebagai hambaNya
-Peranan sebagai Daie
-Peranan sebagai anak
-Peranan sebagai pelajar

Fikirkan. Adakah sudah sempurna setiap peranan kau di dunia ini ? Fokus apa yang penting dulu. Sesungguhnya tanggungjawab kau melebihi masa yang ada.

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik