Friday 21 March 2014

Bersyukurlah

Wahai diri
Kenapa engkau bersedih hati ?
 
Sedangkan nikmat yang Allah beri pada kau melangit tinggi.
Sepatutnya , kau harus menjalani kehidupan dengan penuh rasa syukur, qanaah atas segala yang Allah kurniakan padamu..
Sepatutnya , kau harus menjalani kehidupan dengan gembira dan redha .

Muhasabah diri ..
Tanya diri sendiri. Sebab dikau bersedih hati
Adakah disebabkan ujian yang menimpa ?
Adakah disebabkan masalah dunia yang kecil di mata Allah ?
Adakah disebabkan kekurangan diri ?

Wahai diri
Kadang-kadang. Kau tak boleh membiarkan perasaan sedih membelenggu diri.
Kerna syaitan suka dengan mukmin yang lemah dan yang sentiasa sedih.
Berhati-hatilah dengan perasaan sedih yang mungkin menunjukkan bahawa kau tidak bersyukur .
Sedih mungkin disebabkan tiada sifat qanaah dalam diri kerana selalu membandingkan nikmat orang lain dengan nikmat diri kita.

Wahai diri..
Bebaskan dirimu dari kesedihan.
Kerana sedih akan menghalang diri mu daripada mencapai kejayaan.
Kekadang sedih juga akan menyebabkan dirimu jauh dengan yang Maha Pencipta.
Itulah rancangan syaitan. 

Bandingkanlah mereka yang nikmatnya kurang daripada engkau.
Jangan sesekali membandingkan mereka yang dikurnia pelbagai nikmat oleh Allah.

Ingatlah.
Kau masih mempunyai nikmat iman dan islam.
Dimana dengan iman dan islam lah dapat memelihara diri kau di dunia dan akhirat dengan izin Allah.
Sedangkan ada manusia yang tidak diberi Allah akan nikmat iman & islam
kenapa masih bersedih ?

Ingatlah.
Kau masih mempunyai ibu bapa
Dimana kau masih mempunyai insan yang sudi mengambil berat tentang diri kau.
Yang sudi bertanya khabar diri kau.
Yang sentiasa mendoakan kau.
Dimana kau mempunyai peluang untuk menabur bakti kepada mereka..
Sedangkan ramai manusia yang telah kehilangan ibu ayah mereka.

Ingatlah.
Allah masih mengurniakan kau pancaindera, kehidupan yang sempurna
Sedangkan ada manusia ..
yang tidak boleh melihat
yang tidak boleh mendengar
Yang tidak boleh berkomunikasi
Yang tidak boleh berjalan
Yang terbaring di ICU
Yang tidak boleh menikmati makanan dan minuman
Yang kurang akalnya
Jadi, gunakanlah nikmat-nikmat ini dengan sebaiknya. Ingatlah. Boleh sahaja Allah menarik nikmat-nikmat ini dalam sekelip mata.
Gunakanlah nikmat-nikmat ini untuk meraih redhaNya
Gunakanlah nikmat-nikmat ini untuk menyambung perjuangan baginda SAW

Ingatlah wahai diri..
Kau masih mempunyai keluarga
Yang sentiasa ada untuk menolongmu saat kau kesusahan
Yang sentiasa ada saat kau gembira
Yang sentiasa ada saat kau sedih
Sedangkan ada manusia yang kehilangan keluarga mereka dan kesorangan di dunia ini.
Oleh itu..
Hargailah mereka.Sayangilah mereka.Doakanlah yang terbaik untuk mereka.
Jangan kau menyesal kelak.

Ketahuilah wahai diri..
Kau tidak kesorangan.
Kau mempunyai sahabat,teman,rakan,kawan
Mereka sering ada untuk menghulurkan bantuan padamu
Mereka ada untuk kau bergurau senda, menghiburkan hati
Mereka sentiasa ada untuk menasihatimu, menegurmu
Mereka sentiasa ada untuk bersama-sama berjuang di jalan Allah.
Hargailah sahabat wahai diri..
Sentiasalah bersangka baik terhadap mereka.
Berbuat baiklah kepada mereka tidak kira bagaimana layanan mereka terhadapmu.

Setiap manusia itu ada sifat tersendiri.
Itulah keunikan manusia.
Ajaklah mereka bersama-sama mengejar kebaikan di dunia ini.
Beranikan diri. Percaya dirimu. Tingkatkan keyakinan.

No comments:

No comments :

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik