Saturday 2 January 2016

Abnaul Haraki

Seorang abnaul haraki.
Sepatutnya tenang jiwanya. Tiada keresahan.
Kerana ingatannya, keyakinannya pada janji Allah
Aktiviti Jemaah bukanlah menjadi bebanan akademik.
Kerana masa yang ada diberkati Allah.
Kerana masa yang dijual akan dibeli oleh Allah.
Dengan meletakkan ikhlas di tempat pertama
Agar mendapat hasilnya di akhirat kelak

Seorang abnaul haraki
Adalah insan terpilih antara manusia
Yang mempunyai tanggungjawab yang lebih besar.
Yang telah berjanji dengan nama Allah & RasulNya.
untuk menegakkan risalah kebenaran.

" Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah (mu) itu, sesudah meneguhkannya, sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu (terhadap sumpah-sumpah itu). Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu perbuat."
( An-Nahl : 91 )

Tarbiyyah abnaul haraki
Sepatutnya lebih. 
Kerana disitulah kekuatan seorang daie
Adakah malamnya diisi dengan tahajud ?
Atau enak diatas katil yang empuk
Bagaimana solatnya ?
Adakah dihiasi dengan unsur
pengabdian
Khusyuk
rendah diri
takut
kerinduan

bagaimana hubungan dengan Quran.
Ingin menyampaikan quran kepada mad’u
tetapi tidak ditadabur
Untuk membina kekuatan ruh, iman dan keyakinan.
Allahurabbi

Wirid dan zikir 
Haruslah menjadi amalan
Untuk menghidupkan hati, menyalakan ingatan
kerinduan padaNya
Menumbuhkan sifat mahmudah dalam diri
Membersih diri dari dosa
Agar tidak leka dengan keindahan dunia sementara

Tanya pada diri.
Apa jasa kau pada Islam setakat ini.
Adakah kau telah sampaikan ?

No comments:

No comments :

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik