Wednesday 19 July 2017

Nilai sebuah kehidupan

Bismillah

Setiap manusia ada jalan hidup yang tersendiri. Rezeki masing-masing telah Allah tetapkan sedari awal lagi. Siapa kita untuk mempersoalkan takdir Allah. Siapa kita untuk membuat perbandingan akan nilai sebuah kehidupan.
" Siapa diri kita saat ini, Allah telah tahu sejak dahulu "
Ada insan, yang dimudahkan jalan untuk menuntut ilmu. Bermula dari sekolah rendah, sekolah menengah, kolej dan universiti sehinggalah ke peringkat pengajian yang tertinggi dan sehinggalah berjaya menjadi ahli akademik. Berkongsi dan mencurahkan segala yang dipelajari kepada masyarakat untuk dimanfaat bersama. Semuanya tampak mudah dan smooth di mata kita. Namun pahit dan perit perjuangan mereka hanya dalam pengetahuan Allah. Tapi diakhirnya, berkat segala kesusahan yang ditempuh, kesenangan dan ketenangan hidup dikecapi.

Ada insan, yang Allah hadiahkan keluarga yang menjadi penyejuk mata hati. Yang bersama-sama dalam melaksanakan ibadah dan tanggungjawab sebagai seorang muslim dengan sepenuhnya. Yang menjadikan islam sebagai cara hidup. Dan hasilnya, lahirlah keluarga yang penuh sakinah, berkasih sayang dan penuh kerahmatan disisiNya. Meski tak sesempurna di mata insan lain, namun cukup sempurna di mata Ilahi. 

Ada insan yang Allah tempatkan dia dalam kesusahan. Kesusahan dalam mencari rezeki. Keperluan yang sering tidak mencukupi untuk memburu impian duniawi. Namun Allah itu Maha Adil. Selepas kesusahan pasti akan terbit kesenangan. Berkat kesabaran menempuh kesusahan itu, dengan ikhtiar dan pengharapan sepenuhnya pada Ilahi maka hasilnya dia mendapat kesenangan dan ketenangan hidup.

Ada insan yang Allah tempatkan dia di medan amal yang bersesuaian dengan kebolehan dan kepakaran diri mereka. Dengan kepakaran itu, mereka mampu menyelesaikan tugas dan amanah dengan jayanya. Mereka bahagia dan tenang dengan kehidupan itu. 

Ada insan yang Allah beri rezeki kepada mereka untuk travel mengelilingi dunia melihat kebesaranNya. Dimana tak semua insan dapat mengecapi nikmat untuk mengembara dan bermusafir. Nikmat mengembara dan bermusafir ini antara nikmat yang paling berharga. Dapat melihat keindahan ciptaanNya di dunia ini dan belajar dari sebuah pengembaraan, adalah pengalaman yang tak boleh dijual beli.

Demikianlah kehidupan. Apa yang terjadi itu yang terbaik untuk diri kita. Pokoknya, posisikan diri kita agar sentiasa dibawah pengawasanNya sentiasa. Jadi hambaNya yang bertaqwa, buat yang terbaik. Dengan izinNya Allah akan beri yang terbaik. Allah akan beri kebahagiaan dan ketenangan hidup dunia akhirat dengan syarat kita bertaqwa pada Ilahi.

Jangan dibandingkan nilai sebuah kehidupan. Bersyukur seadanya dan definisi bahagia itu berbeza bagi setiap insan. Dan sedarilah untuk mendapat kebahagiaan dan ketenangan yang sebenar bukan satu jalan yang mudah. Bertabahlah dalam mengharunginya. 

No comments:

No comments :

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik