Monday 16 September 2013

Ada Hikmahnya.

Bismillah.

Baru ni, aku mendapat tawaran melanjut pelajaran ke Beijing,China. Kos yang ditawarkan adalah kos mandarin . Tempoh pengajian 5 tahun disana kemudian sambung diploma pendidikan selama setahun di Malaysia. Menjadi guru bahasa mandarin di sekolah rendah. Biasiswa penuh oleh pihak kerajaan ! Hati bebelah bahagi, Perkara pertama adalah menelefon mama n abah. Jawapan negatif. Redha. Sesungguhnya pilihan ibu ayah adalah yang terbaik. Hendaklah kita ingat bahawa keputusan ibu ayah kita adalah ilham dari Allah. Bukan atas jalan nafsu.

Hati ini berat untuk menolak tawaran itu.Adakah betul keputusanku menolak tawaran in ?? Namun bila dingatkan kembali bahawa ini bukannya aku yang membuat keputusan. Ini adalah pilihan mama abah. In sha Allah. Pilihan mama abah adalah yang terbaik.
^^

Jadi,
aku meneruskan hidup sebagai pelajar asasi Sains Pertanian di UPM.
Alhamdulillah. Walau apa yang terjadi, kau kena sentiasa menjadi hamba yang bersyukur,
Sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmahnya yang tak tercapai dek akal fikiran kita.Bukan semua yang kita inginkan itu baik untuk kita dan bukan semua yang kita benci itu buruk untuk kita. Perancangan Allah itu sangat indah kepada hambaNya. kerana Allah itu maha pengasih lagi maha menyayangi hambaNya.

Justeru,
Berusahalah menjadi hambaNya yang mensyukuri nikmat. Bukan hanya di lidah, bukan hanya di jari-jemari yang laju menaip . Akan tetapi, jadilah hamba yang bersyukur dengan melakukan semua perintahNya dan meninggalkan laranganNya. Jihad ! Fighting !
Di dunia ini, Allah kurniakan kita jalan kefasiqan dan jalan ketaqwaan. Beruntung bagi yang mensucikannya , merugi bagi yang mengotorinya. *lirik lagu demi matahari, ekeke*

Wahai diri,
ikhlaskan diri menuntut ilmu. Bukan kerana exam ! Menuntut ilmu adalah tuntutan Allah. Jadi haruslah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan semestinya ikhlas , yang menjadi syarat penerimaan sesuatu amalan. Jika tidak, maka sia-sialah . betul, SIA SIA !

No comments:

No comments :

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik