1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.
Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan
diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi
orang yang menuntut ilmu.
Jangan rasa tertekan jika kelas
bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang.
Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan
sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan
jika kelas itu tersangatlah lama.
2) Disiplinkan diri.
Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum
bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran
walau sesibuk mana pun kita.
3) Kembalikan cas-cas positif dalam diri supaya tiada ruang untuk syaitan menghalang kita menuntut ilmu.
Apaila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik
tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasa putus asa
dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan
mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita
tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang
peperiksaan.
Jadi, apa kata kita cuba tips daripada ‘salafus
soleh’ terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka
pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat.Jika kita seperti
ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.
4) Utamakan seruan Allah S.W.T.
Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan
berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T.
Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat
belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:
"Orang yang
menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk
menunaikan solat berjema’ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh
Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."
Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat,
ingat kembali, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak,
aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu
bukan, kita lagi rasa mudah apabila belajar selepas selesai solat itu.
Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda
lain.
5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.
Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila
kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah
satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk
kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu
dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat.
……………………..……………………..………
Kesimpulannya, selamat beramal. Cubalah praktis tips belajar ini,
matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga
mahu keberkatan daripada Allah S.W.T. Ihfazillah yahfazka, ihfazillah
tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).
Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang
dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir
negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tetapi masih ada waktu untuk
bangun tahajjud dan membaca al-Quran.
Buat pemburu dunia,
jangan pula kita memberi alasan, mereka tidak sama macam kita, Iman
mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi. Kita tidak sehebat
mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan
menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas.

Born in 1995
HambaNya yang banyak kekurangan diri tapi sedang mencuba untuk jadi yang terbaik keranaNya.
Currently trying to be a professional muslim food scientist.
No comments:
Post a Comment