Bismillah
Bisikan pada diri. Engkau mampu. Engkau kuat. Engkau boleh.
Percaya dan yakinlah pada diri sendiri. Jangan fikir apa yang manusia fikir
tapi fikir apa yang Allah nilai. Itu lebih utama. Wahai diri, fikir apa yang
engkau ingin capai dalam hidup. Apa yang hendak dicapai dalam jangka masa
pendek (dunia) dan jangka masa panjang dan selama-lamanya (akhirat).
Akhirat. Tidak lain tidak bukan tentulah syurga yang hendak
dicapai. Bunyi macam senang namun hakikat sebenar hanya Allah yang tahu. Jalan
ke syurga tidak ada jalan yang pintas, mudah. Kerana Syurga itulah sebenar
kejayaan. Bukankah kejayaan itu perlu diharungi dengan kesusahan ?
Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.
Nak masuk syurga bukan hanya sekadar dengan amalan bertimbun. Tapi rahmat Allah itu
yang menentukan kita layak atau tak. Walaupun mungkin kau dah beramal pagi
petang siang malam.Jangan berpuas hati kerana mungkin dalam beramal itu ada
rasa ujub, riak, takbur, sum’ah dan amalan itu langsung x diterima Allah.
Nauzubillah.
Nak masuk syurga bukan dengan usaha berseorangan. Tetapi kau
hendaklah juga mengajak orang lain untuk turut bersama-sama masuk syurga.
Bagaimana ? Dengan ajak orang buat baik. Ajak orang kepada Islam. Ajak manusia
kenal Allah. Atau dakwah. Atau Amar makruf nahi mungkar. Semua tu guna konsep
yang sama. Tanya diri sendiri adakah kau sudah benar-benar mengajak orang lain
turut sama ke syurga? Atau kau hanya pentingkan diri sendiri ? Kau hanya ingin
masuk syurga berseorangan ? Bagaimana dengan nasib adik-beradik kau? Nasib
keluarga kau ? nasib rakan2 kau? Nasib adik2 usrah? Nasib rakan not-yet muslim
kau? Adakah kau telah sampaikan ??
No comments:
Post a Comment