Sunday 7 June 2015

Adakah aku ikhlas ya Allah ?

Bismillah

Sungguh aku risau . Takut. Sekiranya apa yang aku lakukan selama ini tidak diterima disisiMu ya Rabb. Sebab apa ? Kerana tiadanya keikhlasan dalam diri. Risau Kerana buat amalan bukan keranaMu. Kerana mungkin terselit sifat riak, ujub, takbur. Astaghfirullah.
Aku takut ya Allah..

Sekiranya di akhirat kelak, saat perhitungan amalan kelak dipenuhi dengan rasa penyesalan. Melihat kemana perginya amalan-amalan aku saat di dunia. Kenapa tiada ? kenapa kosong ? Kenapa tak dicatat malaikat ? Allahurabbi..

Hanya padaMu ya Allah. Tempatku memohon. Tempatku meminta. Tempatku mengadu. Kurniakanlah aku keikhlasan ya Allah. Sungguh aku ini lemah. Imanku kadang-kala naik dan turun. Aku tak tahu adakah aku berada dalam keaadan yang ikhlas atau tak. Aku tak tahu ya Allah..kerana aku lemah, akal ku terbatas. Hanya Engkau yang mengetahui akan segalanya. Hanya Engkau yang mengetahui isi hati ini.

Namun,
Aku akan berjanji pada diriku sendiri. Untuk sentiasa tajdid niat. Buat sesuatu keranaMu ! Aku tak nak menyesal di akhirat kelak. Sesungguhnya kehidupan akhirat itu kekal. Alangkah ruginya jika aku menyesal di akhirat. Ya kadang-kadang ikhlas aku tersasar. Kerana syaitan tak kan pernah putus asa menghasut mukmin. Jadi aku harus berhati-hati. Berhati-hati dengan hati ini. Sentiasa muhasabah diri. 

Sentiasa koreksi diri dan tajdid niat.

Dunia. Antara yang perkara yang perlu fokus
-Peranan sebagai hambaNya
-Peranan sebagai Daie
-Peranan sebagai anak
-Peranan sebagai pelajar

Fikirkan. Adakah sudah sempurna setiap peranan kau di dunia ini ? Fokus apa yang penting dulu. Sesungguhnya tanggungjawab kau melebihi masa yang ada.

No comments:

No comments :

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik