Friday, 9 May 2025

Jalan yang Allah pilih

 Alhamdulillah 

Saat ini, tanpa sedar tinggal 2 minggu sahaja lagi aku akan berpraktikum di Sk St Catherine Inanam. Perasaan saat ini bercampur-baur. Hati rasa gembira dan excited akan tamat pengajian latihan guru ini namun jauh di lubuk hati terasa begitu sedih akan meninggalkan tempat ini..

3 bulan disini, 
Meskipun tidak lama, tapi hati ku tertaut dengan environment sekolah ini. Mula rasa sayang pada murid dan mula rasa sedih untuk berpisah dengan rakan guru disini. Subhanallah.. Terima kasih Allah. Menghantar aku ke tempat yang betul dan menghadirkan insan yang baik disekelilingku.

Hari ini, 
Tiba-tiba aku terasa hiba dan perasaan sedih dan terkilan muncul kembali. Peristiwa 10 tahun lalu menjegah kembali dalam memori .. Peristiwa aku mendapat tawaran meyambung pengajian bidang perguruan di Beijing dengan tajaan penuh KPM. MasyaAllah.. Namun terpaksa ku tolak kerana tidak mendapat keizinan dari mama dan abah. aku redha. Hikmahnya, aku dapat merasai peluang menjaga arwah mama dan berada di sisinya saat dia menghembus nafas terakhir.. Itu yang sering aku doakan

" Ya Allah berilah aku ruang dan peluang untuk menjaga dan berbakti kepada kedua ibu bapaku"

Dan subhanallah, Allah Maha Mendengar dan membuka jalan buatku menjaga mama saat akhir hayatnya.. Dan saat ini, aku merasakan Allah telah memberi peluang buatku. Untuk bangkit kembali mengapai cita-cita ku 10 tahun yang lalu.. Yang mana perkara ini baru aku sedar. Betapa baiknya Allah masih memberi aku peluang untuk menebus rasa terkilan itu. Setelah apa yang aku lalui dalam masa tempoh 10 tahun ini. 

Persoalannya, dapat kah aku menebus rasa terkilan yang masih menikam dada selama 10 tahun ini.. Hanya padaMu ku berserah ya Allah.. sekiranya ini yang terbaik buat agamaku, akhirat dan duniaku..maka kau bukalah jalan seluasnya buatku. dan permudahkanlah ya Allah 

Amiin2 Ya Rabbal Alamin.

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik