Wednesday 23 October 2013

Luahan hati Seorang Muslimin ?

Sudah begitu lama aku pendamkan.
Wahai wanita, wahai jelita, wahai pemilik tulang rusuk ku.
Aku tidak dapat menahan mataku daripada melihat kecantikan mu.
Aku tidak dapat menahan mataku daripada melihat keindahan rupa mu.
Aku tidak dapat menahan mataku daripada melihat keindahan yang ada pada dirimu.
Sesungguhnya  ALLAH telah jadikan dikau wahai wanita makhluk paling cantik dipandang mata, sebaik-baik perhiasan yang mampu menarik pandangan setiap mata di sekitarmu.
Aku tidak dapat menahan diriku.

Wahai wanita.
Kau pemilik segala keindahan.
Kau tetap indah dalam apa jua keadaan.
Kau tetap cantik dalam apa jua keadaan.
Kau tetap 'sexy' dalam apa jua keadaan.
Maka dengan itu.
Ingin sekali diri ku yang hina ini merayu kepada mu.
Agar kau labuhkan lah tudung mu.
Menutup bahagian leher mu, dada mu.
Agar kau longgarkan lah pakaian mu.
Menyembunyi kan bentuk tubuh mu.
Kerana pada kau lah wanita segala kacantikan.
Biarlah segala kecantikan yang ada padamu itu.
Menjadi tatapan buat suami tercintamu.
Kerana syurgamu terdapat pada suamimu.
Maka taatilah suamimu wahai wanita.
Jagalah aibmu hanya untuk suamimu.
Jagalah keindahan, kecantikan, perawan mu hanya untuk suamimu.

“...dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka...” An Nur [24:31]

Wahai wanita.
Seindah hiasan dunia adalah wanita solehah.
Yang menjaga auratnya daripada pandangan mata lelaki ajnabi.
Yang akan menjadi perhiasan buat suaminya.
Yang akan membantu kaum adam.
Untuk menjaga iman mereka.
Sayangilah mereka.
Kerana pada salah satu daripada merekalah yang akan memimpin mu ke syurga firdaus.
Kasihanilah mereka wahai jelita.

Benarkan mereka merasai zat ALLAH yakni syurga
Benarkan mereka merasai nikmat hidup di syurga dan dunia dengan aman.
Jagalah aurat mu.
Jagalah maruah mu.
Supaya tidak menyeksa kaum Adam
Sayangilah mereka
Kerana mereka juga Saudara se Islam kita
Benarkan kita dan mereka sama-sama merasai nikmat syurga ALLAH.
Ku hanya mencari keredhaan ALLAH
Ku hanya ingin mencari keampunan daripada ALLAH.
Ku hanya ingin mencari kehidupan akhirat yang indah di mahligai jannah.
Ku hanya ingin dikau wahai wanita dan juga kaum ku wahai kaum adam merasai nikmat syurga ALLAH bersama.
Ku hanya inginkan perubahan bersama.
Kejam bagi diriku melakukan perubahan keseorangan.
Janganlah kita bebankan lagi dosa kita.Begitu juga wahai kaum adam termasuk diri ku.
Jagalah pandangan mata kalian.Bukannya salah kaum hawa mahupun kaum adam.ALLAH menguji hambaNya.Kawal lah nafsu.Kawal lah bisikan syaitan.Kawal lah diri.Jaga lah iman.Jaga lah hati.
Insyaallah

Wednesday 9 October 2013

Tentang Zulhijjah ~

Ganjaran Bagi Mereka Yang Memuliakan Zulhijjah
Kata sebahagian Ulama, "Barang siapa yang memuliakan hari-hari yang berlalu dalam bulan Zulhijjah, nescaya ia akan dianugerahi oleh Allah dengan 10 macam kemuliaan iaitu:
 
  • 1. Berkat pada umurnya
  • 2. Bertambah hartanya
  • 3. Kehidupan rumahtangganya akan terjamin
  • 4. Membersihkan diri daripada dosa dan kesalahan yang telah lalu
  • 5. Amal ibadat serta kebaikannya akan berganda
  • 6. Allah akan memudahkan pada saat kematiannya
  • 7. Allah akan menerangi kuburnya selama berada di alam barzakh
  • 8. Allah akan memberatkan timbangan amal baiknya semasa di Mahsyar
  • 9. Selamat daripada kejatuhan kedudukannya di dunia
  • 10. Martabatnya akan dinaikkan pada sisi Allah.

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik