Friday 24 June 2016

Dimana kesungguhanmu ?

" Ramadhan ni cuti kan ? Buat apa kt rumah ? "

Soal aku kepada seorang sahabat yang disegani

" Bulan puasa ni duk pondok ngaji 🙈 tambah ilmu dah besaq kan "

Allahu 😢

Perasaan sebak terus menyapa hati. Tersentak dek beza antara dia dan aku. 

Malu dan kerdilnya aku disisiMu ya Allah
Lantaran ceteknya ilmu didada

Membiarkan usia muda berlalu begitu sahaja
Membiarkan waktu lapang berlalu begitu sahaja
Membiarkan keseronokan dunia menguasai diri
Membiarkan kesenangan dunia memberatkan diri untuk beramal

Dan aku disini masih lagi bermalas malasan

" Ilmu ada dimana-mana put,kat rumah pun ada :) "

Anda benar sahabat. Ilmu ada dimana-mana. Yang menjadi persoalan adalah kesungguhan kita dalam menuntutnya.

Alangkah indahnya, masa lapang yang diisi dengan majlis ilmu taman syurga

Alangkah indahnya masa lapang diisi dengan alunan kalamNya dan mentadabur ayatNya

Alangkah indahnya masa lapang terisi dengan amal ibadat yang penuh kesungguhan keranaNya

Alangkah indahnya masa dan tenaga muda disalurkan untuk Islam, ummah, keluarga , masyarakat menyambung perjuangan Rasulullah SAW !

Wahai diri,
Muhasabahlah. Jadikan diri lebih baik dari hari ke hari. Jangan bersedih atas kekurangan dan kelemahan diri namun terima seadanya, bersyukur dan perbaiki ia sedikit demi sedikit.

Gunakan masa lapang dengan baik
Gunakan tenaga muda untuk beri manfaat
Gunakan waktu muda untuk menuntut ilmu dengan sepenuh kesungguhan dan kemampuan diri

Ingat Allah sentiasa. Penuhi hati dengan Allah supaya perkara lain tidak memenuhi hatimu

#nota kaki
6 aspek ilmu yang perlu ada pada setiap daie berdasarkan tulisan Syeikh Yusul Al-Qaradawi dalam bukunya Thaqafah Ad-Dai'yah :

- Ilmu-ilmu Islam : Al-Quran, al-Sunnah, Fiqh, Usul Fiqh, Tasawwuf dan sistem- sistem Islam.

- Ilmu Sejarah

- Ilmu Kemanusiaan: Psikologi, Sosiologi, Ekonomi, Falsafah, Etika dan Sejarah 

- Ilmu Kesusasteraan dan Bahasa

- Ilmu Sains

- Ilmu Kajian Semasa (Current Affairs)

Tuesday 21 June 2016

10 Formula bahagia

Bismillah 

Petikan dari buku :

Pakar kejiwaan , Dr Dick berkata 

" Untuk mencapai hidup yang bahagia hendaklah menerusi sepuluh formula "

1- Mengerjakan sesuatu yang disenangi. Jika dalam perlaksanaanya ada halangan, maka cuba lakukan apa yang menjadi kesenangan pada waktu lapang dan ketika anda sibuk.

2- Mengambil berat tentang kesihatan kerana kesihatanlah kunci kebahagiaan.

3- Mempunyai matlamat hidup yang jelas, kerana ianya pembakar semangat

4- Rela dan reda menerima kehidupan apa adanya termasuk pahit manis kehidupan.

5- Menumpukan perhatian pada kehidupan HARI INI, tidak menyesali masa lalu dan tidak gelisah menanti hari esok yang belum pasti.

6- Mampu berfikir dalam kerja dan berani mengambil keputusan. Tidak menyalahkan orang lain sekiranya keputusan yang diambil salah.

7- Selalu memerhatikan orang yang lebih rendah dari status ekonomi dan sebagainya ( latih diri bersyukur )

8- Tidak lokek senyuman dengan wajah yang manis dan sentiasa berkawan dengan orang yang optimis

9- Bersedia membantu orang lain supaya sentiasa bahagia kerana kita akan mendapat tenpias kebahagiaan

10- Mampu merebut peluang dan kesempatan berharga kerana ia pusat kebahagiaan 

Wednesday 8 June 2016

All I need is Allah

Allah.
Air mata deras mengalir di pipi
dengan hanya menyebut namaMu

Lantaran aku seorang hamba yang daif
Yang sering melakukan dosa saban hari
Yang sering leka dan lalai dari mengingatiMu

O Allah
sungguh tak terkata
betapa malunya aku denganMu
Atas nikmat yang Kau kurniakan
banyak yang tak terkira
sementara  aku jarang bersyukur

Syukur itu bukan dengan lisan semata
Namun syukur  hendaklah dibuktikan
dengan amalan yang diredhaiNya

O Allah,
Jadikan aku hamba yang dekat denganMu
Agar aku sentiasa dibawah pimpinanMu
Pimpinlah aku kejalan redhaMu

Allah
Kuatkan aku dalam mengharungi rimba duniawi
Agar sentiasa meletakkanMu
Sebagai matlamat utama

Dan aku, hamba yang lemah
memerlukan bantuanMu
untuk mengharungi semua ini

Rintangan hawa nafsu dan syaitan
Musuh utama dalam diri
Bantu aku wahai Tuhan
Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik