Showing posts with label words. Show all posts

Sunday, 30 May 2021

Genap Setahun Perkahwinan💖

                                                                                                                                                                                                                                                              بسم الله ‎

Alhamdulillah atas segala nikmatMu ya Rabb. Terlalu banyak nikmatMu pd makhluk yg tak mampu untuk ku hitung. Semoga kita semua menjadi hamba yang bersyukur dan terus berusaha menambah amal soleh sebagai persiapan di hari Akhirat.

Hari ini 31 Mei 2021 genaplah setahun usia perkahwinan kami.. Nikah dulu masa PKP 1.0 . Sambutan 1st anniversary pun masih lg PKP haha. Tapi apapun itu semua rahmat dan ada hikmah disebalik ketentuanNya. Semoga Allah angkat wabak ini dari muka Bumi untuk kita terus menjalani kehidupan seharian seperti biasa amiin <3

31 Mei 2020 | 7 Syawal 1441 H

Setelah lama tak update blog ni jadi mungkin inilah masanya yang terbaik. Entry kali ni nak ajak diri sendiri untuk bermuhasabah akan sepanjang setahun usia perkahwinan.

  • Adakah Baitul Muslim ini mendekatkan diri kepada Allah SWT
  • Apa sumbangan dan mafaat yang telah kita beri kpd Agama, keluarga, masyarakat
  • Adakah semakin bertambahnya Ilmu dalam diri
  • Bagaimana tanggungjawab adakah terlaksana dengan baik
  • Bagaimana pengurusan ekonomi, komunikasi dan emosi adakah bertambah baik       
  • Sifat sabar, redha dan syukur adakah diterapkan dalam kehidupan seharian

Banyak lagi ruang Muhasabah yang boleh dilakukan. Tp apa yang paling penting adalah hubungan kita dengan Maha Esa. Solat kita, hati kita adakah jauh dariNya.. Sedekah kita, zikir harian kita. Selawat kita dan pendekatan dengan Al-Quran. Pendapat saya, dalam kita melaksana kewajipan seharian, hiasilah dengan ibadat Sunat. Walaupun sikit tapi berterusan tapi ia cukup power untuk buat kita rasa dekat dengan Allah.

"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun, (bagi orang yang bertaubat)." (Surah al-Mulk, ayat 2)

Bila sebut rumah tangga memang tak akan lari dari ujian Allah. Setiap orang akan diuji begitulah lumrah kehidupan dunia. Sebab itulah, kena terapkan nilai Sabar & Syukur dlm hidup. Allah akan uji hambaNya mengikut kemampuan masing-masing.  Kehidupan kita mungkin berbeza dengan orang lain kerana rezeki masing-masing tak sama. Siapalah kita untuk mempersoalkan takdir Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya..

Dalam kes rumah tangga kami pun diuji dengan saya yang mengalami keguguran sebanyak dua kali di awal trimester (minggu ke 9-10). Dr diagnose kan kehamilan saya sebagai ‘Anembyonic pregnancy’ atau ‘Blighted ovum’. 

Maksudnya persenyawaan telah berlaku akan tetapi janin tak dapat membesar dengan baik. Wallahu’alam semua itu dalam pengetahuan dan perancangan Allah SWT. Alhamdulillah kami dapat hadapi ujian ini dengan redha.. 

                                                    ٱللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَحْمِلُ كُلُّ أُنثَىٰ وَمَا تَغِيضُ ٱلْأَرْحَامُ وَمَا تَزْدَادُ ۖ وَكُلُّ شَىْءٍ عِندَهُۥ بِمِقْدَارٍ 

 Allah mengetahui apa yang dikandung oleh setiap perempuan, dan kandungan rahim yang kurang sempurna dan yang bertambah. Dan segala sesuatu pada sisi-Nya ada ukurannya (Ar-Ra'ad :8)

Allah beri ruang masa untuk kami berdua sebelum ada komitmen anak. Dan terlalu banyak lagi positif side yang boleh diambil. InshaAllah ada rezeki lain di masa akan dtg amiin.

Janin tak membesar hanya kantung shj kelihatan. Bdn dapat kesan dan
Allah permudahkan janin keluar dgn sendiri 

1st miscarriage - 1 Dis 2020
2nd Miscarriage - 1 May 2021

Dan terlalu banyak juga nikmat Allah beri buat kami berdua sepanjang perkahwinan buat kami terasa malu denganMu Ya Rabb. Diberi keluarga yang baik dan memahami, dikurniakan kesihatan untuk terus beribadah. Dikellilingi dengan insan-insan yang sangat baik. Diberi ketenangan hati, minda dan keamanan hidup. Allah terlalu banyak nikmatMu sehingga aku tak layak untuk mempersoal ujian yg diberi. Semoga kami menjadi hamba yang bersyukur dan dalam rahmatMu ya Rabb

                                                                      رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء

(Surah Ibrahim: 40)

Maksudnya: “Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.” 

Sunday, 2 September 2018

#UPM Di Hati

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha mengasihani

Terima kasih mungkin buat adik-adik yang akan baru memasuki alam universiti kerana singgah di blog ini :)

Pertamanya ingin diucapkan selamat datang buat adik-adik dan tahniah kerana terpilih untuk memasuki salah satu Univerisiti penyelidikan yang terkemuka di Malaysia iaitu Universiti Putra Malaysia. Anda sememangnya seorang yang HEBAT kerena terpilih. Tulisan ini anggaplah tulisan dari seorang kakak senior kepada adik-adik junior UPM ya. InshaAllah akak tulis ikhlas dari hati untuk kebaikan bersama gitew

Nak diceritakan, sememangnya akak bersyukur bila menjadi salah seorang pelajar UPM. Bukan sahaja kampus hijau yang sememangnya menyenangkan tapi banyak perkara lagi yang buat akak rasa bersyukur menuntu ilmu di UPM.

Dipermulaan akak betul-betul ingin menasihati adik-adik agar memperbetul dan memperbaiki semula niat. Tanya diri sendiri apa niat aku bila aku masuk UPM. Apa yang aku inginkan. Betulkan niat datang UPM ni adalah untuk menuntut ilmu supaya kita jadi pakar dalam bidang kita dan mampu memberi manfaat buat Agama, keluarga dan masyarakat. Sesuai dengan tema tag line UPM ' Berilmu Berbakti'

Bila niat dah settle, barulah semangat dan motivasi untuk belajar itu ada sepanjang semester. Ketahuilah zaman belajar di Universiti ini sangat jauh berbeza jika dibandingkan dengan zaman sekolah. Kesungguhan itu satu keperluan untuk terus survive. InshaAllah adik-adik akan faham bagaimana sistem dan stratergi bagaimana nak skor bila masuk semester pertama.

Kemudian nasihat akak, bila masuk zaman universiti janganlah kita hanya fokus pada pelajaran semata sampai menyebabkan kita langsung tidak bergaul bersama masyarakat. Zaman universiti adalah antara zaman yang membina soft skill atau kemahiran insaniah yang diperlukan once bila kita berkerjaya nanti.

Next, perlunya meraih pengalaman bagaimana menjadi AJK program dan menguruskan program. Pengalaman dalam berbisnes, bersukan, pengucapan awam, membina keyakinan diri dan banyak lagi. Pilihan ditangan anda. Jika anda ingin menjadi manusia yang lebih baik di masa hadapan, libatkan diri jika mana-mana peluang terbuka di hadapan anda. Dan please jangan buang masa anda untuk bercinta. It's a BIG WASTE of time bila once anda mula bercinta di zaman belajar. ELAKKAN. Anda hanya akan mengundang dosa disisi Allah. Bagaimana nak berkat ilmu pelajaran anda jika melibatkan diri dalam maksiat ini. *maaf kalau ada yang terasa tapi ini nasihat untuk kebaikan bersama. Peringatan itu perlu.

Antara nasihat lain, berbuatlah baik dengan semua insan sekeliling. Terutama pada pensyarah, rakan sekuliah, rakan sekolej dan semua. Jaga hubungan dengan Allah dan jaga hubungan dengan manusia. Jika niat kita baik dan ikhlas dipermulaan, inshaAllah Allah akan hantarkan insan yang baik disekeliling kita. Yakin dan percayalah ! Niat baik-baik ya ;)

Bila bercakap menjaga hubungan dengan Allah, ini juga antara yang menjadii fokus terpenting bagi akak. Sentiasalah berpesan pada diri bahawa hidup ini sementara dan kita akan dikembalikan pada Allah bila-bila masa sahaja. Boleh jadi ajal maut kita saat kita sedang belajar di zaman universiti. Jadi jagalah amalan kita dengan Allah SWT. Perkara basic adalah dengan menjaga solat kita. Perbaiki bacaan dalam solat dan rukun-rukun solat. Solat diawal waktu dan bagi muslimin solatlah berjemaah di surau terutama waktu subuh.

Disamping kita menuntut ilmu dunia, janganlah lupa untuk tuntut ilmu akhirat yang menjadi benteng kepada iman kita untuk selamat dunia akhirat. Bacalah buku, hadiri kuliah agama, bersahabatlah dengan sahabat yang baik akhlaknya dan yang mengajak kita kearah kebaikan. Akak dulu wajibkan diri akak untuk join persatuan agama sejak zaman asasi UPM dan yang menjadi pilihan di hati akak sentiasa adalah Persatuan Mahasiswa Islam UPM, PMIUPM. 

Jadi bagi adik-adik yang inginkan akhirat disamping dunia, yang ingin terlibat dalam dakwah dan tarbiyyah dan ingin melatih diri menjadi seorang pendakwah yang baik, silalah join PMIUPM :)

Basic thing dalam PMIUPM adalah hadiri usrah yang dijalankan mengikut kumpulan masing-masing. Itu yang paling penting.

Baiklah itu sahaja nasihat dari akak. Kalau ada apa-apa pertanyaan feel free to ask ;) 

Yang ikhlas,
Puteri Nazifah
Bachelor of Food Science & Technology

Monday, 10 July 2017

Words for soul

Bismillah.

Assalamualaikum.
kehadapan insan yang bernama Puteri Nazifah. :)

Apa khabar iman ? Apa khabar jiwa ?
Semoga semuanya baik-baik sahaja hendakNya

In life, kadang-kadang Allah uji dengan seribu satu perasaan. Demikianlah indahnya kehidupan yang Allah susun. Adakalanya Allah datangkan perasaan gembira dan senang hati. Ucaplah syukur alhamdulillah atas ketenangan itu, dan berbuat baiklah sebanyak mungkin.

Adakalanya Allah datangkan perasaan takut dan risau tanpa sebab. Jiwa resah gelisah, jantung berdegup dengan rancaknya meski berkali istighfar. Tatkala ini, perlu untuk diri bermuhasabah. Mungkin ada dosa yang kita sedar tak sedar. Dosa pada abah,dosa pada pendidik, pada keluarga, dosa pada sahabat2. Dosa di laman sosial yang mungkin mengguris hati mana2 pihak atau yang tidak menyenangkn. Amanah yang tak terlaksana atau tugasan yang mendatang. Perlunya pengharapan sepenuhnya kepada Allah dan bertaubatlah sentiasa. Indeed, manusia itu tak sempurna.

Adakalanya Allah datangkan perasaan sedih dan sunyi. Perasaan rindu akan kasih sayang dan tempat bermanja dengan arwah mama. Ya memang sejak pemergian arwah mama 22 July 2015, pasti akan diselebungi rasa sunyi dan sedih. Iyalah siapa lagi insan yang paling rapat dengan kita selain ibu kandung sendiri. Oleh itu kau kena kuat ! Katakan dalam diri 'hasbunallah wa ni'mal wakil'. Cukuplah Allah bagiku. All you need is Allah and bear in mind that He is very close to His servant. Dan yakinlah, jika ada rezeki, Allah akan datangkn seorang insan yang akan mengisi kekosongan itu. Indeed I have Allah, my family and friends in life. Tapi pasti fitrah seorang manusia perlukan pasangan untuk melengkapkan kekosongan yang masih ada. Thus, melengkapkan sebahagian dari agama kita. 

Dan sedarlah wahai diri,
Bahawa hidup ini memang tak seindah imaginasi. You have to accept that and don't expect too high in life to avoid disappointment. Just do the best as you can, leave it to Allah. If things turn out well then Alhamdulillah. If not, then keep calm and sabr.

Dear Puteri Nazifah,
Hiasi hidup ini dengan ketaqwaan. Taqwa itu adalah sifat berhati-hati. Umpama kau berjalan di ladang yang penuh duri yang tajam, pasti perjalanan itu penuh dengan sifat berhati-hati.

Ya, dalam hidup ini kau perlu berhati-hati. Hati-hati dari melanggar perintah Allah dan hati-hati dalam melaksana perintahNya

Hati-hati dari maksiat. Waktu solat, harus berhati-hati dari lalai. Harus latih diri untuk khusyu'. Solat itu jalan menuju kejayaan. Berhati-hati dalam melaksanakannya. 

Hati-hati dalam pergaulan. Jaga batasan ikhtilat dengan kaum muslimin. Untuk mengelak perasaan hati yang mungkin datang dari syaitan. Hati-hati dengan kata-kata terhadap sahabat juga reaksi dan layanan kita. Mungkin akan menyinggung perasaan dalam sedar atau tak.

Hati-hati dengan hati. Jangan dibiarkan ada penyakit riak, ujub, takbur, sum'ah. Mungkin dan pasti akan ada penyakit itu menimpa. Oleh itu penting untuk kau sedar akan ia. Jangan biarkan ia melarat nauzubillah.

Hati-hati dalam menuntut ilmu. Keberkatan itu perkara utama untuk dikejar. Bukan segulung ijazah yang membanggakan, bukan cgpa yang disaingi, bukan siapa yang lebih hebat dan cekap dalam ilmu. Tapi keberkatan. Dengan keberkatan ilmu Allah akan angkat darjat kita disisiNya. Juga akan ada ruang dan peluang untuk kita memberi manfaat kepada masyarakat. Dan ini bukan satu process yang mudah. Jadi jangan bermudah-mudah dalam menuntut ilmu.

Hati-hati dengan pancaindera kita. Jaga mata, jangan biarkn ia liar dengan pandangan dosa. Jaga perut, jangan biar ia dipenuhi dengan makanan sehingga memberatkan diri untuk ibadah. Jaga hati dan fikiran agar ingat akan Allah sentiasa. Jaga tangan,kaki,lidah dan lain-lain agar tidak melakukan sesuatu yang tak diredhaiNya.

Hati-hati dengan fizikal. Jangan dibiarkan ia lesu dari senaman. Senaman itu perlu untuk kecergasan. kecergasan itu perlu untuk tubuh badan yang sihat sentiasa. Tubuh badan yang sihat itu satu keperluan untuk ibadah dan menjadi manusia bermanfaat. Juga hati-hati dengan makanan. Jaga diet pemakanan seharian itu sangat penting. Elak penyakit merbahaya seperti kanser, kardiovaskular, diabetes, hypertension dan sebagainya. Nauzubillah.

Demikianlah taqwa. Betapa indahnya pakaian taqwa dalam keidupan seorang muslim. Ya, sememangnya iman seorang manusia itu ada pasang surutnya. Berdoalah pada Allah sentiasa. Agar diberi keteguhan iman untuk kita sentiasa hiasi diri dengan iman & taqwa. Semoga Allah beri keteguhan iman dan kesihatan tubuh badan yamg baik.

Sunday, 4 June 2017

Pesan Doktor

C&P

PESANAN KEPADA WANITA DAN PESAKIT2 SAYA

1. Jagalah kesihatan anda sebelum ditimpa penyakit. Tiada harta dan wang ringgit yang bertimbun banyaknya pun yang bolih menebus kesihatan bila sudah dilanda penyakit kronik.

2. Pencegahan penyakit adalah lebih baik dari rawatan. Tapi bila sudah ditimpa penyakit perlu cari ubat dari peringkat awal. Cari ubat dari doktor bertauliah dulu. Rawatan alternatif dan tradisional bolih dikabungkan kemudian.

3. Berdoa kepada Allah SWT setiap hari dan setiap waktu dan ditempat yang makbul doa agar dikuatkan iman dan diberi kesihatan badan, jiwa dan panca indera. Jangan putus doa atau putus harapan. Allah Maha Pengasih dan Penyayang.

4. Kuasai, kawal dan urus diri untuk mengikuti caragaya, budaya dan tabiat hidup kearah sihat walafiat. Jangan asyik bergantung dengan ubat. Ubah minda dan ubah tabiat kepada ciri2 positif. Hapuskan kepercayaa dan amalan kuno yang tidak berasaskan ilmu pengtahuan.

5. Maksud hadis - pada akhir zaman (sekarang) dua perkara menjadi punca utama bagi berbagai penyakit iaitu makanan tidak seimbang dan gangguan jiwa dan rohani. Memang benar.

Lain2 punca penyakit ialah keracunan dari berbagai punca saperti bahan2 kimia, radiasi dan pencemaran.

6. Penyakit timbul dari tabiat makan yang tidak sesuai serta pemilehan makanan yang kurang berkhasiat dan berzat. Sering berlebihan gula dan karbohaidret. Juga makanan yang munkin mengandungi toksin sebab diawet, diperoses, ditambaj perisa serta disimpan dalam tin.

Jauhkan makanan2 tersebut dan juga makanan2 segera dan junk serta minuman manis dan bergas. Makan bahan2 yang mentah dan segar - bayakkan sayur2 dan buah. 70% dari makanan dari sumber tersebut.

Kurangkan gula dan garam dalam masakan. Juga jangan memasak keterlaluan ( over cooking khususnya sayur2)

7. Makan bila lapar berhenti sebelum kenyang. Konyah makanan perlahan2 dan berulang2 sehingga makanan dalam mulut jadi lumat sebelum ditelan. Tebaik konyah antara 15 hingga 20 kali setiap suap makanan.

8. Mulakan makan dengan buah2an dan tunggu 15 hingga 20 minit sebelum makan nasi. Kalau bolih jangan tambah nasi; tambah lauk(perotin) dan sayur2 jika sajian pertama tidak mengeyangkan.

Waktu selingan (tea dan coffee break) makan kacang badam, peanuts , gajus atau walnut berserta kismis, keroma atau berries yang dikeringkan. Biji2 kuaci, sunflower, labu, semangka, adalah makanan sihat. Disertai air kosong atau air teh hijau.

9. Kurangkan minuman kopi kepada satu atau dua kali sahaja dalam sehari. Biasakan minum juz buah2 yang segar. Jus air kelapa muda tanpa ditambah gula adalah juz buah yang terbaik dari segi kandungan zat, vitamin dan logam. Banyakkan minum air mineral atau air kosong.

Mereka yang sering mengalami gangguan kencing dan lelehan lendir faraj amalkan minum juz cranberry, lemon , limau nipis atau kasturi.

10. Minyak kelapa dara (VCO) atau extra virgin olive oil adalah bail untuk fungsi otak dan jantung. Minumlah satu sudu pagi dan petang. Juga satu sudu madu lebah setiap hari.

11. Jadikan suka makan ulam dan salad sebagai satu tabiat dan budaya hidup. Ulam raja telah dikaji dan diboktikan sebagai antikanser. Begitu juga berbagai2 pucuk daun yang mudah ditanam disekitar rumah - sambung nyawa, misai kucing, kacang botor, tujuh jarum dll- mengandungi berbagai khasiat kesihatan ; mengawal kencing manis, darah tinggi serta meningkatkan fungsi otak dan jantung.

12. Bila sudah capai umor 50 tahun iaitu umor bagi kebanyakkan wanita capai menopos atau putus haid waspadalah tentang makanan. Ketika itu falsafah kita ialah makan untuk sihat bukan untuk menjamu selera atau untuk puaskan nafsu.

Ketandusan hormon estrogen ketika menopos bolih beri kesan negatif kepada kesihatan.
Banyak sayur2, bijiran dan kekacang saperti soya yang mengadungi phytoestrogen dan bolih dijadikan gantian.
Jika mengalami gejala2 teruk akibat menopos sebaiknya makan pil hormon estrogen sebagai gantian.

13. Stress yang tidak terkawal dan berlanjutan adalah punca bagi 1001 jenis penyakit. Sukar untuk kita lari dari berbagai jenis tekanan fizikal, mental dan rohani kerana ia bolih timbul dimana2 saja. Tetapi kita bolih tangkis, atasi dan mengurus stress supaya ia tidak menimbulkan penyakit.

14. Kaedah utama mengawal stress ialah mengamalkan ibadah mengikut jadual dan arahan Allah - solat fardu dan sunat, baca quran, zikir dan selawat, puasa dan sedekah. Quran adalah satu mukjizat dan rahmat terbesar dari Allah dan didalamnya terdapat syifa iaitu penyembuh bagi segala penyakit. Baca quran setiap hari.

15. Senyum selalu, ucap salam kepada sesiapa kita bertemu, bersalaman mesra dan berkenalan, kawal marah, jangan menyakiti dan menghina orang lain, terima teguran, rasa tawaduk dan rendah diri. Terima segala jenis musibah dan ujian Allah sebagai ' qada' dan kadar Allah '

16. Exercise tubuh badan juga satu kaedah kurangkan stress. Pilih saja apa jenis exercise sesuai dengan caragaya hidup kita selama 30 minit asalkan berpeluh - berjalan kaki, jogging, tunggang basikal, pergi gym, treadmill, taichi, silat atau yoga.

Exercise hasilkan banyak khasiat kesihatan, menfaat dan kebaikkan bagi kehidupan sesorang; bantu kawal penyakit diabetes, darah tinggi dan serangan jantung dan angin akhmar.

17. Lakukan 'deep breathing exercise' dimana2 saja, sambil duduk atau berdiri; dipejabat atau dirumah ; dipejabat khusus setelah berjam2 buat kerja atau pandang komputer.
Duduk dikursi, pusingkan menghadap kebelakang atau kesudut. Sedut nafas melalui hidung sedalam2 dan hembuskan keluar perlahan2 melalui mulut sambil baca subhanalla dan lafaz istigfar. Ulang beberapa kali selama 5 - 7 minit.

Kaedah ini bolih meningkan bekalan oksijen sambil mengurangkan kabon dioksida dari otak menjadikan kita lebih segar dan lebih tenang.

18. Amalkan memeriksa buah dada sendiri waktu mandi untuk mengesan ketulan khususnya kanser payudara. Untuk periksa payudara kanan, angkat keatas tangan kanan dan guna tangan kiri untuk periksa. Ulang sebelah kiri. Juga rasa dan periksa celah ketiak untuk kesan ketulan. Picit puting jika ada keluaran lendir atau darah. Jika ada simptom2 tersebut terus jumpa doktor.

19. Buat ujian 'pap smear' khususnya wanita yang pernah melahirkan anak, yang mengalami lelehan keputihan , perdarahan selepas persetubuhan dan perdarahan lepas menopos. Ulang ujian setiap tahun. Ini bertujuan mengesan kanser pangkal rahim. Malah lebih baik dikesan sebelum jadi kanser.

20. Pantau berat badan. Sebaiknya jangan biarkan melebihi 60 kg. Memang mudah naik berat tetapi untuk menurunkan berat badan sangat sukar. Kawal makan khususnya gula dan karbohaidret. Lakukan exercise setiap hari.

21. Jadikan tabiat berjumpa doktor jika ada sesuatu kelainan dalam edaran haid . Buat scan peranakkan khususnya jika anda mengalami senggugut, perdarahan banyak, berpanjangan dan tak tentu masa atau merasai bonggol atau tumbuhan pada perut. Sila hubungi YJN untuk dapat temu janti buat scan peranakkan.
http://www.jabalnur.net/376648669

22. Amalkan makan multivitamins (saperti obimin atau lain), fish oil, kalsium dan vitamin C terus menerus sehingga akhir hayat. Jangan berhenti selepas bersalin. Jadikan ia satu tabiat dan amalan harian.

Makanan harian kita tidak dapat menampong keperluan vitamin untuk tujuan baik pulih tisyu dan organ penting dalam tubuh badan.

Keperluan vitamin dan logan meningkat selepas bersalin, penyusuan bayi dan lepas bedan. Wanita juga kehilang logam iron ketika haid.

23. Supplements. Makanan2 tambahan yang mengandungi berbagai unsor saperti antioxidants, fiber, kolegen, peptides dan amino asid banyak dijual dipasaran.

Saya sendiri mengambil extra virgin olive oil, grape seeds(mengandungi resveraterol untuk jantung dan otak), royal jelly dan honey dan habbatus sauda.

24. Jangan tanya saya 'Apa pantang selepas bedah atau lepas bersalin"

Tanya saya 'Apa yang baik dimakan waktu pemulihan?'
Pertanyan kedua lebih wajar dan positif serta proaktif.

Semoga Allah berkati hidup kita dengan keteguhan iman, kesihatan badan dan murah rezeki yang halal. Serta kejayaan dan kebahagian hidup didunia dan akhirat. Aamin.

Tuesday, 30 May 2017

Dear Puteri Nazifah

Bismillah

Dear Puteri Nazifah,
Just think about it could make you feel delighted and gratified in life
Don't you think so ?

Starting from the elementary school in your life path,
Allah had sent to you to 4 different elementary school along with two different states.

4 different places during elementary school gives you chance to be friends with more and more people. Until now some of them are still keep in touch with me. It is very amiable enough that some of my friends from the elementary school adding me in the media's social group even though it was 10+ years back then.

Here, I would  like to express gratitude and dedication to :

  1. Muhammad Thoriq
    SK Kilimu Ranau Sabah
  2. Zulzafri
    SK Segamat Baru Johor
It seems funny when out of blue they came at the same time and adding me into their group at the same time, Haha thanks bro cause keeping me in touch with them. Really appreciate it from my bottom heart !

Keep in contact with your friends. Follow their life and ask about them. The value of a friendship is very worth to preserve. Some of them might always pray for you, some of them might help you in future, who knows ?

And Allah loves the one that take good care of one another.

And here come the turning point of my life. 

When I surprisingly managed  to score all A's in UPSR. Never expects it would happened ! And of course my mom and dad would be the happiest person on earth at that time !

5A's in UPSR had made me went to SHAMS. A school that thought me lots of things about life. All the memories that I had gained there surely always stayed in my heart forever. That made my self now. Make me who I am now. Can't even imagine who am I without light of SHAMS. Just think about it, if I didn't manage to get 5A's in UPSR. What would be happened to me ? Hence, be grateful and thankful to Allah.

5 years up and down in SHAMS. Extremely wonderful for me. All of those memories are pleasurable to think back. The moments you're called as 'anak pengetua'. The moments in hostel, DM, library, classroom, surau Al-Mumtazin. The moments when first time in lifetime received presents from a senior (chocolates, Ana Muslim magazine, Mc Donald burger, a nice written letter) haha, funny to think it back. And now that person, I would say he had succeed in life. May you become reference for ummah ! 

Impressive teachers, awe- inspiring friends including all of juniors and seniors. Splendid 3 days 1 night leadership camp and many others camps. Meeting, usrah and work with my 'Ohana'. The position as Timbalan Pengerusi PSS and much more. Extremely joyful enough to fill my teenager soul.

Alhamdulillah
And here come another turning point in life

When I managed to be one of UPMians that I had always dream of from back then. Even though got the opportunity to further study in Beijing China, with full scholarship and able to travel the world. But Allah had planned me to stay in UPM Serdang Malaysia ;)  And I know it is the best plan for me. InshaAllah

UPM

The place that I tried to find my self. The real me.
Where I start to realize so many things. The lack in me that I need to improve a lot ! And now still trying to improve my self. Where I found my strength and now trying to polish it more.

The place for me to seek for bunch of knowledge and experiences here. And I have to position my self or I have to aim my self high during this period of time ! This is the place, that teaches me about life. Real life !

Place that I met quality friends that performed very well in their life.So many friends here and the question is do you appreciate their presence ? 

This is the place that teaches me on how to be real Muslim in this worldly life, how to be good Daie along with full task of being full time students. Open my eyes on political view and their importance. Polished my leadership skill and many other skills ! 

Somehow makes me feel you're very lucky person on earth dear me. Be thankful to Allah. Don't look at the things that had gone. Don't compare yourself with others surely their life plan is different from your life plans. And Allah surely knows the best for you my dear :)

Life is short. Do the best you can. Don't be so harsh on yourself. Love and appreciate yourself and give room for yourself to make some improvement. Little by little improvement, day by day :)

I'm happy the way I am. Move forward and you are doing great dear me :)

Saturday, 25 March 2017

Memudah mudahkan perkara ?

C&P

Kita semua inginkan kehidupan yang mudah.
Kehidupan yang mudah, tenang dan gembira.
Saya juga begitu, tidak berbaloi untuk menjalani kehidupan yang singkat ini dengan hati yang dinginkeras dan dilalui dengan sukar.
Kehidupan kita, kitalah yang berhak menentukan.
Kitalah yang memilih sama ada hidup dengan tenang, atau ingin hidup dengan penuh penyesalan.
Namun memudahkan kehidupan tidak semudah yang kita sangka.
Ia memerlukan kita menilai kembali pemberatan setiap aspek dalam kehidupan kita dan setiap keputusan yang ingin kita ambil.
Walau apa pun yang kita buat untuk memudahkan kehidupan seharian kita, ada beberapa perkara kita harus sensitif dan berhati-hati, serta tak boleh kita abaikan.
Perkara-perkara ini jangan sesekali kita ‘buat mudah’, atau anda akan menyesal di suati hari nanti:

1. Jangan Memudahkan Sebarang Hubungan

Manusia, dijadikan Allah sebagai makhluk yang perlu bersosial.
Hidup secara ringkas bukan bermakna kita perlu menyingkirkan orang lain disekeliling hidup kita. Kita tidak harus hidup bersendirian.
Malah kita harus melebihkan masa kita bersama keluarga, ibu bapa dan sahabat.
Yang kita harus buat adalah, menyingkir sebarang pergantungan kita terhadap gadget dan meluangkan lebih masa terhadap perkara yang memperkukuhkan ikatan.
Jangan sampai kita menyesal nanti kerana insan-insan itu telah tiada, dan kita merindui saat bersama mereka.

2. Jangan memudahkan peranan kita dalam Masyarakat

Memudahkan hidup tidak bermakna kita harus memudahkan hidup kita dengan masyarakat setempat.
Malah hidup yang ringkas sepatutnya memberi kita ruang dan lebih peluang untuk hidup bersama-sama dengan orang lain.
Meluangkan masa dalam aktiviti kemasyarakatan disekitar rumah, sekolah, tempat kerja atau dikawasan kejiranan akan banyak memberi makna dalam kehidupan kita.
Setiap masa dan tenaga yang kita pasti menjanjikan  kepuasan hidup yang tak terbanding, disamping ganjaran pahala yang pasti dari Allah SWT.

3. Jangan memudahkan nikmat ‘rasa syukur’

Saya percaya kesinambungan terhadap rasa bersyukur adalah hidup secara sederhana.
Apabila seseorang benar-benar berasa bersyukur, tiada rasa lain yang dapat menggantikan perasaan tersebut.
Bilik yang penuh dengan gadget dan barangan mewah hanya merampas rasa bersyukur kita dengan membuatkan hidup kita lebih rumit.
Untuk hidup dengan penuh kesyukuran, kita perlu mengenalpasti apa yang kita perlukan dan kita harus merasai bagaimana ia menambahbaik kewujudan kita.
Rasa bersyukur bukan semata-mata rasa berterima kasih untuk apa yang kita ada; ianya tentang percaya apa yang ada sudah mencukupi buat kita.
Less is more.

4. Jangan memudahkan aspek kemurahan Hati

Need less, give more.
Disepanjang kehidupan kita, pasti banyak peluang terbuka luas untuk kita berbakti dan membantu orang lain.
Kita boleh berikan tempat tinggal, makanan, masa, pertolongan dan hadiah kepada orang lain. Rasulullah SAW menganjurkan supaya kita saling memberi hadiah walaupun sedikit.
Hadiah tidak dilihat dari nilai harganya tetapi lebih kepada nilai maknawinya.
Sabda Rasulullah,
 Daripada Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah S.A.W bersabda: “Saling memberikan hadiah di antara kamu nescaya kamu akan berkasih sayang”
Kehidupan para ulama salaf juga penuh dengan perkara seperti ini.
Mereka saling memberi hadiah, sekecil apapun bentuknya, kadangkala ada yang hanya berupa kurma yang belum masak, ada yang berupa setangkai bunga mawar, ada yang hanya berupa garam yang ditumbuk dan tumbuhan yang wangi harumnya.
Kita semua harus melabur dalam membina hubungan silaturahim, mengeratkan hubungan kekeluargaan dan mencipta peluang kewangan yang lebih baik.
Hasilnya?
Pasti ketenangan minda dan hati boleh kita wujudkan. Disamping hati yang gembira, bebas dari tekanan.
Tidak percaya?
Cubalah mula untuk mengamalkan memberi hadiah dan cuba mengeratkan hubungan, anda pasti kagum dengan apa yang anda akan rasakan.

5. Jangan pernah memudahkan dan menyesal dengan pendidikan walau apa pun terjadi.

Ada seorang sahabat saya melahirkan rasa menyesal mengejar degree dan master yang dirasakan ‘tidak berguna’. Perkara ini turut membuatkan saya berasa sedih kerana dia mengejar pencapaian akademiknya untuk sia-sia. 
Pelajaran – walau apa jua keadaan pun, apabila digunakan, ia akan memperkayakan kehidupan kita dengan pemahaman yang lebih jelas, tepat dan jelas.
Bila kita menghadkan pelajaran kita, maka ia juga turut menghadkan peluang kita untuk menyumbang kepada dunia.
Untuk setiap pelaburan untuk pendidikan yang kita buat, paling tidak pun, pasti ia akan membuatkan pemikiran kita lebih matang dan jauh dalam menyelesaikan setiap masalah yang berlaku dalam kehidupan kita.
Kejayaan bukan diukur dengan pekerjaan atau pangkat yang besar, tetapi

6. Impian kita tidak harus terhenti

Cita-cita dan keghairahan kita selalu tersekat dengan dengan jadual padat yang tidak pernah habis.
Hidup tidak seharusnya begini.
Bila kita melepaskan pergantungan terhadap gadjet dan kesibukan, kita akan mempunyai lebih masa dan tenaga untuk mengejar dan membuat apa yang kita suka itu.
Wujudkan ruang untuk kita menghidupkan cita-cita dan apa yang kita sukakan, dan selepas itu kita akan sedar apa yang selama ini membebankan kita.
Walaupun nampak tidak penting, tetapi jangan meremehkan perkara ini.

7. Memaafkan adalah elemen terpenting untuk mencapai ketenangan hati

Jika anda terlibat dengan sebarang perhubungan yang bertahan lebih daripada beberapa hari, anda akan tahu bahawa kemaafan adalah sebahagian daripada hidup.
Apabila kita mengurangkan kapasiti kita untuk memaafkan (atau meminta maaf), kita tak boleh berharap untuk menjadi matang dan berubah ke arah yang lebih baik.
Dalam sesuatu hubungan yang serius seperti perkahwinan, ia menuntut kita meminta maaf & memaafkan dengan ikhlas berulang kali. Lagi dan lagi disepanjang hayat.
Serius, hati kita tidak akan berasa tenang selagi kita mempertahankan ego dan tidak minta maaf terhadap kesalahan yang kita lakukan.
Meminta maaf bukan hanya sekadar apabila ia memang salah kita, namun sebagai ubat supaya sebarang salah faham tidak berlarutan.
Kadang hati kita tak tenang dan terus-terusan terluka sebab kita terlalu sukar untuk memaafkan.
Cuba perhatikan aliran air. Apa jadi kalau sesuatu terkumpul dan bertakung terlalu lama? Air tak dapat mengalir lancar, jadi keruh dan kotor.
Begitu juga hati.
Kita terlalu sukar nak memaafkan, dan benda tu jadi benci, jadi dendam dalam hati. Maka hati kita pun kotor, sebab kita tak dapat lihat hikmah dan kebaikan dalam memaafkan.
Nah, itulah puncanya hati tidak tenang.
Apa yang harus kita buat?
Maafkanlah.

8. Anda akan menyesal jika selalu meremehkan kegembiraan dalam kehidupan

Ramai orang beranggapan hidup serba mewah itu bahagia.
Kita selalu berfikir bahawa kita akan gembira apabila dapat beli semua perkara yang kita idamkan. Tetapi sebenarnya tidak.
Ia mungkin kelihatan menyedihkan untuk hidup dengan kekurangan, tetapi itu hanya kerana persepsi kita yang tidak membebaskan diri daripada belenggu mempercayai bahawa ‘nilai kebahagian’ kita datang dari apa yang kita boleh miliki.
Bukan orang yang memiliki iPhone itu lebih bermakna hidupnya. Tidak. Kebahagiaan tidak datang dari perkara-perkara tersebut.
Less stuff is more joy. Lebih kurang kita bergantung kepada gadjet, lebih ‘bermakna’ hidup kita. Kita akan rasa lebih hidup untuk menjalani hidup.
Kita yang menentukan nilai kebahagiaan kita sendiri, jangan pernah menyamakan kehidupan orang lain dengan kehidupan kita.
Sememangnya sudah menjadi lumrah manusia untuk berbanding-banding.
Anda selalu tidak sedar bahawa perbandingan akan membuatkan kita mempersoalkan apa yang telah kita ada.
Selalunya, anda selalu melihat rumput dihalaman tetangga lebih hijau daripada rumput halaman rumah sendiri.
Yang pasti: Kita akan selamanya kalah dengan kehidupan orang lain
In this game of life you will never reach a point where you are better than others in every way and why would you want to be.
Sebab itulah kita tidak bahagia.
Sebab kita lazimnya akan membandingkan hidup kita dengan benda yang salah.

Penutup: perbaiki 8 perkara diatas dan nikmati hidup ini

Apa banyak perkara yang kita tidak boleh buat mudah dalam hidup ini. Bersederhana itu adalah lebih, lebih indah.
Setiap perkara pasti ada baik dan buruknya. Maka tugas kita adalah untuk menimbang perkara-perkara ini dengan cermat.
Hidup yang secara minimal (minimalist) bukanlah satu kesalahan, namun tak semua perkara kita dapat singkirkan. Pada saya, cukuplah kita berpegang kepada prinsip Qanaah, iaitu merasa cukup dan tidak berlebih.
Kurangkan pergantungan terhadap gadjet, dan lebihkan masa kita untuk keluarga dan diri sendiri.
Apabila kita mengambil serius tentang perkara-perkara ini, pasti kita akan rasakan hidup ini lebih bermakna.
Apa mungkin tidak bersetuju dengan pandangan saya ini. Tinggalkan pendapat dan apa yang anda rasa pada ruangan komen dibawah.

Wednesday, 15 March 2017

Terusir

.

" Pertama, ialah orang perempuan yang mencintainya dengan tulus dan dicintainya. Perempuan yang begini, mencintai si lelaki untuk kemajuannya dan kebahagiaannya, dia lebih banyak memberi daripada memakan dan mempengaruhi, kerana lelaki itu bukan untuk dirinya, tetapi untuk kemuliaan orang banyak. Perempuan yang begini kerap kali menimbulkan kesungguhan berjuang, menimbulkan kegembiraan lelaki menempuh perkara yang sukar 
Prof Dr HAMKA 

Ingin aku jadi wanita itu,
Jika masanya tiba
Suatu hari nanti
Dengan izinNya

Tuesday, 7 February 2017

Tausiyah Mufti Untuk Mahasiswa

TAUSIYAH MUFTI UNTUK MAHASISWA
bersama SS Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

1. Masa belajar, Belajar sungguh-sungguh. Masa yang paling seronok adalah masa belajar. Walaupun masa itu kita tak ada duit. Cuma silapnya kita, masa belajar kita tak belajar. Akhirnya,kita tak mampu untuk menyelesailan masalah ummah, maka kita rugi.

2. Bertuah kerana kita belajar dalam negeri. Kelebihannya baik, banyak. Antaranya dekat dengan keluarga, kewangan pun lebih mudah dsb. Tanpa dinafikan luar negara ada kelebihan yang lain.

3. Kena cabar diri kita. Kita anggap orang belajar dalam negara ini pelajar kelas kedua. Kita anggap orang belajar luar negara hebat. Hakikatnya ramai tokoh² hebat di dunia ini belajar di dalam negeri. Antaranya Maulana Abu Hassan Ali an-Nadwi. Beliau belajar di India. Namun bahasa Arabnya lebih arab dari orang Arab. Sheikh Al Allamah Muhammad Al Amin Al Shanqiti, hanya belajar di Shanqit, Mauritania. Hafazannya luar biasa hebat. Dikagumi oleh ulama'2 Arab. Ketiga, Hamka. Luar biasa hebatnya. Mengarang tafsir Al-Azhar yang luar biasa. Maknanya tidak semestinya belajar di Al-Azhar baru jadi hebat. Sejarah ulama' terdahulu juga bukan dari kalangan orang Arab. Semua ni nak cerita bahawa kita duduk di sini, kita kena cuba untuk jadi hebat.

4. Bila kita berada dalam gelanggang ilmu, perkara yg paling bahaya ialah rendah semangat. Kita tak sangkut cita-cita kita tinggi. Bila kita sangkut rendah, kita dapat separuh daripada itu. Sheikh Dr. Qaradhawi menceritakan di dalam kitabnya, ketika beliau kecil guru sekolahnya pernah meminta beliau menulis karangan tentang cita-cita. Beliau menulis, cita-citaku adalah ingin menjadi Sheikhul Azhar. Terkejut gurunya. Namun ternyata hari ini beliau tidak pernah menjadi sheikhul Azhar. Namun anak-anak muridnya pula menggelar beliau dengan gelaran sheikhul ummah.

Kita perlu mencabar diri kita. Jangan merasa rendah diri dengan orang yang belajar di luar negara. Kita juga hendaklah bercita-cita tinggi. Jangan rendah semangat. Biar kita jadi pandai walaupun kita belajar di dalam negara lebih pandai dari orang yang belajar di luar negara. Bagaimana mahu jadi pandai?

1. Kita kena kuat membaca. Berjalan, kena ada buku. Jangan kita berjalan tanpa buku. Sarjana-sarjana hebat di dunia sangat kuat membaca. Mereka mengkhususkan sebahagian besar masa seharian mereka untuk membaca.

2. Minat yang sangat tinggi untuk belajar, bertalaqqi. Jangan kita jadi orang yang memandai-mandai, syok sendiri, faham sendiri, Google.

3. Kita kena banyakkan diskusi, bermuzakarah. Orang-orang hebat zaman dulu, mereka sentiasa bermuzakarah. Duduk dalam majlis muzakarah ini sangat penting.

4. Dalam belajar, kadang-kadang kita lupa satu benda yang penting, iaitu adab. Jarang kita belajar tentang adab. Imam-imam terdahulu mengarang banyak kitab tentang adab menuntut ilmu. Adab ni penting. Adab ni banyak. Adab dengan buku, adab dengan Quran, adab dengan guru, adab dengan kawan, dengan orang tua. Keberkatan guru yang senang dengan kelakuan muridnya menjadi doa yang menjadikan kehidupan diselubungi ketenangan. Binalah adab, tinggikanlah adab, jagalah adab.

Auditorium Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Bangsar Kuala Lumpur

Nasihat buat diri

C&P

Tiba-tiba rasa mahu ingin mencoretkan sedikit wasiat Dr Abdullah Azzam ( mujahidin agung di Bumi Afghanistan )

Aktor yang sgt hebat di medan tempur
Disegani kawan digeruni lawan
Di antara kalamnya dia pernah menyebut

“Menghentikan jihad sejenak sama artinya dengan menghentikan gerak laju dien Allah dalam kehidupan ini.”

* sekadar perkongsian, supaya kita terus berasa kita duduk dalam jalan ALLAH taala

1. Wahai Para Da’i Islam!

Carilah kematian niscaya anda akan dikurniakan kehidupan. Janganlah kamu semua tertipu oleh angan-angan kalian. Janganlah kalian sampai tertipu oleh buku-buku yang anda baca dan amalan-amalan sunnah yang anda lakukan sehingga anda melupakan kewajiban besar.

2.Wahai Para Ulama Islam!

Majulah kalian untuk memimpin generasi yang ingin kembali kepada Rabb-nya ini. Janganlah kalian cenderung kepada kehidupan dunia.

3.Wahai Kaum Muslimin!

Telah lama kalian tidur nyenyak, sehingga kerosakan bermaharajalela di negeri kalian.

4.Wahai Kaum Wanita!

Jauhilah kehidupan mewah dan megah karena kemewahan itu musuh disamping akan merosak jiwa manusia. Hindarilah barang-barang yang tidak terlalu penting dan cukupkanlah dengan keperluan2 asas.
Binalah anak-anak kalian untuk menjadi orang yang berani dan siap sedia berjihad.

Tanamkanlah pada jiwa anak-anak kalian cinta Jihad dan perjuangan. Hiduplah dengan penuh perhatian terhadap musibah kaum Muslimin. Biasakanlah paling tidak sehari dalam sepekan hidup menyerupai kehidupan kaum Muhajirin dan Mujahidin yang hanya memakan sekerat roti kering dan beberapa teguk air.

5.Wahai Anak-Anak!

Jauhkanlah diri kalian dari bualan lagu-lagu dan muzik-muzik orang-orang pengumbar nafsu. Jauhkanlah punggung kalian dari tilam orang-orang yang hidup bemewah-mewahan.

6.Wahai Ummu Muhammad! (Isteri Abdullah Azzam)

Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan sebanyak-banyaknya atas apa yang telah engkau lakukan kepadaku dan kepada kaum Muslimin.
Engkau telah bersabar hidup bersamaku setelah sekian lama merasakan manis pahitnya kehidupan. Engkau telah memberikan dukungan yang sangat berarti bagiku untuk berjalan di atas perjalanan yang penuh berkah ini dalam berjuang di medan Jihad.

Ke atas pundakmulah aku serahkan tanggung jawab keluarga pada tahun 1969, ketika kita baru mempunyai dua anak dan seorang bayi. Engkau hidup dalam sebuah kamar kecil yang terbuat dari tanah liat, tanpa dapur dan alat pemanas (untuk menghadapi musim dingin).
Kemudian aku serahkan ke atas bahumu segala urusan rumah tangga ketika beban semakin berat, keluarga semakin bertambah, anak-anak bertambah besar dan tamu-tamu bertambah banyak, tetapi engkau tetap tabah menghadapi semuanya.
Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan sebanyak-banyaknya atas apa yang telah engkau lakukan untukku.

Sesungguhnya kehidupan jihad adalah kehidupan yang paling lazat. Kesabaran menghadapi kesulitan lebih manis daripada hidup bergelumang kemewahan dan kemegahan.
Pertahankanlah hidup zuhud niscaya Allah mencintaimu, dan janganlah engkau menginginkan apa yang ada di tangan orang lain, nescaya mereka akan mencintaimu.

Al-Quran adalah kenikmatan dan teman hidup. Bangun malam, puasa sunat dan istighfar di waktu pagi akan membuat hati menjadi bersih dan menjadikan engkau merasakan manisnya ibadah.

Bertemanlah dengan wanita-wanita salihah, tidak tamak dan rakus kepada kehidupan dunia dan menjauhi kemewahan dan cinta dunia, akan memberikan ketenangan hati.

Semoga Allah mempertemukan dan menghimpun kita di Surga Firdaus, sebagaimana Allah menghimpun kita di dunia.

7.Wahai Kalian Anak-Anakku!

Sesungguhnya kalian tidak mendapatkan perhatianku kecuali sedikit. Kalian tidak memperoleh pembinaan dariku kecuali sedikit. Ya, aku tidak memberikan perhatian kepada kalian.

Tetapi apa yang dapat aku lakukan sementara malapetaka terhadap kaum Muslimin membuat orang hamil melahirkan kandungannya dan musibah yang menimpa Umat Islam membuat rambut bayi-bayi beruban.
Demi Allah, aku tidak kuasa hidup tenang sementara api malapetaka membakar hati kaum Muslimin.

Aku tidak rela hidup di tengah-tengah kalian menikmati hidangan-hidangan lazat. Demi Allah, sejak dulu aku membenci kemewahan, baik dalam pakaian, makanan ataupun tempat tinggal. Aku berusaha mengangkat kalian ke tingkat orang-orang zuhud dan aku jauhkan kalian dari lumpur kemewahan.

Aku wasiatkan kepada kalian agar berpegang teguh kepada Aqidah Salaf (Ahlus Sunnah wal-Jama’ah) .

Jauhkanlah diri kalian dari sikap berlebih-lebihan. Baca dan hafazlah Al-Quran.

Jagalah lisan, bangunlah malam, lakukanlah puasa sunnah, bergaullah dengan orang-orang baik, aktiflah bersama gerakan Islam.

Aku wasiatkan kepada kalian wahai anak-anakku agar kalian ta’at pada ibu kalian dan menghormati saudara-saudara perempuan kalian (Ummul Hasan dan Ummul Yahya). Carilah ilmu syari`ah yang bermanfaat. Ta’atilah saudara kalian yang terbesar (Muhammad) dan hormatilah dia.

Aku wasiatkan kalian agar saling mencintai sesama kalian. Berbuat baiklah kepada datuk dan nenek kalian (Ummu Faiz dan Ummu Muhammad), kerana keduanyalah, setelah Allah, banyak berjasa baik kepadaku. Sambunglah hubungan keluarga kita dan berbuat baiklah kepada keluarga kita. Penuhilah hak persahabatan kita kepada orang yang bersahabat demi kita.

Maha Suci Engkau Ya Allah, dan Maha Terpuji Engkau. Aku bersaksi bahwa tiada Ilah kecuali Engkau. Aku memohon keampunan-Mu dan bertaubat kepada-Mu.

Isnin, Asar, 22 Sya’ban 1406H (20 April 1986)
Abdullah Yusuf Azzam

Sunday, 4 December 2016

Current life cycle

Bismillah

Life cycle of a student.
Attended lecture, assignments, test, lab, lab report, assignments, presentation, case study, exams, scl
and the list goes on.

As one task done,
Here comes another task.
Work will always be there to be done.

Ask yourself.

" What am I doing this for ? "

" For what are you struggling this for ? "
" What makes you so eager to do the best ? " 

Reflect your own action. Look in deep your heart. Ask yourself

Does this thing makes you closer or further from Allah ?
If all these things make you further from Allah, makes you forget Him, you're in big trouble !

Dear me
please make sure that all of these things, you did it because of Allah. So that you will not wasting your time. All of the seconds flew will be rewarded ! As long as you do it for Allah bless. 

When you set your mind to do everything because of Allah , you'll be happy. You'll not stress out

If things happened as what you want, it will make you becomes grateful and humble persons.
If things happened as not in your planned, you will feel its a test from Allah, less stress and determine to correct the mistakes.

As time goes by,
Ask yourself. What have I done for the deen ?
What have I done to improve myself ?
What have I done to get closer to Allah ?
What have I done to make others closer to Allah ?

Let's be a productive Muslim !

ITQAN in every aspect

InsyaAllah 

Sunday, 13 November 2016

Impian & harapan

Bismillah

Alhamdulillah , syukur dipanjat kehadratNu Ilahi atas segala nikmat yang diberi.
Atas ketenangan hati yang dikurniakan. Keperluan untuk extend 1 semester bukanlah menjadi penghalang bagiku untuk terus bersemangat sebagai seorang penuntut ilmu disini. Malah ia menjadi pendorong bagiku untuk terus menuntut ilmu dengan penuh kesungguhan.

Despite every challenge that had come, He the Most Merciful always there to hear my pray and to ease my way. And deep in my heart surely know that every difficulty and every things that He had planned in Luh Mahfuz have it own reasons. And all of things that He planned Is actually brings lots of benefits to us.

Sesungguhnya Dia yang Maha Mengetahui akan sesuatu 
 Harapan Semester 9 🍀

Dengan izin yang Maha Kuasa akan segalanya. Dengan izin Dia Tuhan Sekalian Alam. Dengan keizinanNya Yang Maha Kaya , Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah. Dengan berkat doa abah, doa family , doa sahabat2 . InshaAllah kalau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, ingin sekali hati ini menjalani Latihan Industri di salah satu antara negara yang menjadi impian untukku jejak. Either Australia or New Zealand. Target for internship period : July 2018 - November 2018 ( either 5 months or 6 months depends )

New Zealand
Australia
MasyaAllah look at those beautiful scenery.
Ya Allah berilah aku ruang dan peluang untuk pergi menuntut ilmu ditempat yang terbaik buatku. Berilah peluang bagiku untuk melihat kebesaran ciptaanMu yang Maha Agung. Melihat kebesaranMu agar aku sentiasa dekat denganMu.

Pastinya suatu peluang yang indah jika diberi kesempatan untuk menjalani internship disana. Pastinya ia akan menjadi satu pengalaman yang mematangkan diri, meluaskan ilmu pengetahuan terutama dalam bidang aku. Peluang keemasan yang memerlukan ikhtiar dari sekarang !

Ya ikhtiar dari sekarang. Usaha dari sekarang.  Perancangannya bagaimana , jumpa lecterur yang berkaitan , financial ( yg penting tiket flight ditaja ) , doa dan doa .

Tapi apa yang lebih penting, esok dah start test 2 woi. Haha 😂 Jauh menerawang fikiran. Semester 5 tak habis lagi. Assignment minggu sebelum study week memanggil dah ni.

ok bye. Jangan lupa doa yang terbaik buat diri. Leave it to Allah. He know what  is the best  plan for you.

#staypositive
#staystrong
#stayfocus

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik