Friday 17 April 2015

Banyakkan ingat mati

Bismillah.

_Definisi_

Ok, straight to the point. Apakah yang dimaksudkan dengan hidup dan mati ? Sesungguhnya perkataan hidup dan mati adalah saling berlawanan sifatnya. Sepertimana dingin dan panas. So, dalam mendefinisikan mati “ Al-maut (mati) adalah lawan al- Hayah ( hidup)” Begitu juga definisi hidup.

Got it ?

Wahai diri
Jangan leka dan lalai dari mengingati kematian. Setiap jiwa akan merasainya.

“ Tiap-tiap jiwa akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sejalah desempurnakan pahalamu, Sesiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, makasungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan “

                                                                          Ali Imran : 185 

_Perbanyakkan ingat pemutus syahwat_

Sesungguhnya banyak kebaikan apabila seseorang mengingati mati. Ahli zuhud mengatakan bahawa mati merupakan nasihat yang paling luhur. Yakni “melihat orang-orang yang hendak mati” . Mengingati mati juga buat kita sedar akan betapa singkatnya dan sedikitnya nikmat kehidupan dunia yang kita kejar selama ini. Allah2 ~

Ok, pernah dengar tak hadis nabi yang berbunyi. “Jika kamu berada di pagi hari maka jangan menunggu petang hari. Jika kamu berada di petang hari jangan menunggu di pagi hari”

Nabi suruh kita gunakan setiap detik dalam hidup kita dengan sebaiknya. Jangan disiakan waktu yang ada. Sesungguhnya masa adalah modal yang diberi oleh Allah kepada kita. Jadi gunakan sebaiknya. Pastikan setiap detik yang berlalu adalah kebaikan. Dan nabi sambung hadis baginda di atas dengan

“Pergunakanlah kesihatanmu untuk sakitmu, dan hidupmu untuk matimu”
Kata2 Al-Qurthubi

“ Mengingati kematian menghalang seseorang dari melakukan kemaksiatan, melunakkan hati yang keras, menghilangkan perasaan gembira dengan dunia dan meringankan segala musibah”

_Ingat mati akan dikurniakan tiga hal_

Sesiapa yang banyak ingat akan mati maka akan dikurniakan tiga hal
Ø  Bersegera untutk bertaubat
Ø  Hati depenuhi sikap menerima
Ø  Rajin beribadah

      _ Sesiapa yang mencintai Syurga maka hendaklah ia mencintai kematian_

Bila sebut tentang syurga ? Apa yang terlintas di fikiran? Tentulah rasa cinta , seronok, tenang dan sebagainya. Namun bila sebut akan kematian ? Apa yang anda fikirkan ? Adakah resah, gelisah ? Sepatutnya apabila disebutnya kematian, hendaklah timbul dalam diri kita rasa cinta. Kerana kematian adalah jalan menuju ke syurga. Jalan bertemu Allah.

Jadi, banyakkan persiapan menuju kematian agar kita tidak lagi diselubungi kegelisahan, kerisauan dll.
Ya, masih banyak lagi persiapan yang harus kau lakukan wahai diri. Muhasabah dan terus muhasabah.

Wednesday 15 April 2015

Terkedu seketika

Saat abah bertanyakan kepadaku. “ Ipah bila habis belajar ? tahun berapa ? “

“ Tahun 2018 abah. Lambat lagi “ Jawabku spontan

Mama yang turut ada menjawab . “ entah sempat ke tidak la mama ni “ . Dengan nada yang sebak . walaupun mama cuba untuk cover ‘kesebakan’ itu. Tapi aku tahu mama sedang sebak.

Abah cuma mendiamkan diri. Mama beralih topik.

Aku terkedu. Sebak. Risau. Sedih.  Tak dapat melupakan ayat yang mama lontarkan.

Bermacam perasaan . Saling bercampur-baur.  Ya, ini adalah antara perkara yang sering aku fikirkan. sempat ke mama melihat aku memegang segulung ijazah ? Sempat ke mama melihat aku berkerjaya ? Sempat ke mama melihat aku ada kehidupan sendiri ?
Hanya padaMu tempat ku mohon ya Allah. DisisiMu ada perancangan yang terbaik. Aku hanya serahkan padaMu ya Allah. Aku redha akan segala ketentuanMu.

Namun, aku hanya mengharapkan agar kau beri kekuatan kepada kedua ibu bapaku dalam menghadapi ujian dunia ini. Aku hanya mengharapkan agar kau sayang mama abah sebagaimana mereka menyayangiku. Aku mengharapkan kau kurniakan husnul khatimah kepada mereka. Aku harap agar Kau terima segala amalan mereka dan terima taubat mereka. Aku mengharapkan agar kau permudahkan urusan mereka di hari perhitungan. Aku harap Kau pertemukan mama abah di syurga kelak. Hanya itu harapanku Ya Allah.

Ya Allah. Aku mohon padaMu. Janganlah disebabkan kami adik beradik, mama abah kesusahan di akhirat kelak.Aku merayu padaMU ya Allah. Cukuplah keperitan, kesusahan, penderitaan yang kami berikan kepada mereka saat di dunia ini. Jangan ya Allah. Jangan kau tambah penderitaan di akhirat disebabkan kami. 

Aku merayu padaMu ya Allah. Sesungguhnya Kau Maha Adil. Sesungguhnya Kau Maha Penyayang terhadap hamba Mu. Ya, aku yakin akan itu. Aku akan terus berdoa padaMu. InshaAllah.

Wahai diri,
Tanamkan dalam hati. Agar kau sentiasa mengembirakan hati mama abah. Sentiasa berbakti kepada mereka selagi mereka belum tinggalkan kau. Sentiasa doakan mereka. Sentiasa dan sentiasa. Ringankan beban mereka. Bantu mereka saat memerlukan. Dengar kata-kata mereka. Jaga hati mereka. Senangkan hati mereka. Jangan sesekali lawan mereka. Sentiasa ambil berat akan mereka sepertimana mereka concern mengenai kau. Sayangi mereka. Jangan kau menyesal kelak di kemudian hari.

Akan tetapi,
Boleh jadi jua , mungkin kau akan pergi dahulu. Sebelum mereka. Jadi sentiasalah bersiap sedia. Terlalu banyak dosa kau saat ini wahai diri. Adakah kau bersedia wahai diri ? Jangan leka, jangan lalai dengan kehidupan ini. Nikmat kehidupan ini hanya sediiikit. Tidak boleh menandingi nikmat di akhirat kelak. 

Rugi. 

Ya, sangat rugi kalau kau mengejar nikmat dunia yang hanya sedikit, sementara, tidak kekal dan hanya senda gurau disisiNya. Banyakkan ingat kehidupan di akhirat sana. Sudah cukupkah bekalan yang kau akan bawa ?

Fikir dan Fikir.

Sunday 12 April 2015

Amanat seorang ulama' ( Sheikh Ahmad Yassin )

Wahai anak-anakku, 
telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH s.w.t. dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh… daripada kehidupan kalian.

Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah.

Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang murni,
mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya.
Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. 

Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH S.W.T. dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian.

Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.

Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH.

Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan
hijab secara jujur dan betul.

Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan.
Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian.
Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.

Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang.

Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan.
Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah.
Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat.

Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik.
Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.

Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan.
Berpeganglah kepada agama kalian.

Carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik