Showing posts with label alam remaja. Show all posts

Saturday, 23 July 2016

Modul Kursus pra-perkahwinan

Highlighted points

Slot 1 : Aqidah

• Wajib tahu rukun Islam & rukun Iman , taarif Aqidah dan aplikasi dalam kehidupan seharian
• Hubungan dengan Allah kena jaga. Begitu juga hubungan dengan manusia
• Tahu tujuan hidup Allah ciptakan manusia
• Tahu kepentingan Aqidah dlm keluarga
• Terbatalnya Aqidah, maka terbubar perkahwinan

Slot 2 : Ibadah 

• Cakna soal ibadah dalam keluarga terutamanya solat
• Cakna soal bersuci
• Cakna soal haid, nifas, wiladah
• Suami, jgn biar isteri hanyut. kena tegas bab ni
• Suami/isteri saling kejut untuk bangun qiamulail

Slot 3 : akhlak

• Contohi akhlak ibu ayah dalam rumahtangga. Perhatikan cara mereka melaksanakn tanggungjawab as suami n isteri
• Akhlak adalah involuntary action ( tabiat semulajadi) dlm diri seseorang 
• Dlm perkahwinan, tindak tanduk harus selari dgn ajaran quran & sunnah
• Segala pengorbanan dalam kehidupan rumah tangga dikira disisi Allah ( kepenatan bekerja, kepenatan urus rumah tangga )
• Nilai utama sebuah perkahwinan : kesetiaan
• Tujuan utama perkahwinan : Untuk mendapat ketenangan, kebahgiaan, kasih-sayang
• Konflik akan timbul dlm rumah tangga. Hanya kekuatan rohani, emosi, iman yg mampu mengatasinya
• 5 tahun pertama perkahwinan adalah waktu yg paling mencabar

Slot 4 : Kesihatan Keluarga

• Faktor yg m'pengaruhi :
  - Gaya hidup ( 50% )
  - Persekitaran ( 20% )
  - Perkhidmatan kesihatan ( 10% )
  - Genetik ( 20% )

Slot 5 : Pengurusan masa & kewangan

• Pengurusan is all about :
- Apa matlamat & objektif ( short term & long term )
- Perancangan bagaimana mencapai objektif
- Perlaksanaan & penilaian adakah tercapai objektif

• 3 elemen penting :
  - Empathy ( able to feel what other people feel. banyangkn kita di tempat mereka. ni sifat atas pada simpati. )
  - Ikhlas ( buat sesuatu kerana Allah )
  - Matang ( orang yg matang mampu kawal diri )

• Agihkan perbelanjaan suami isteri kepada :

[ Keperluan asas ( 70% ) ] 
- Makanan & minumam
- Pakaian 
- Kediaman
- Kesihatan 

[ Kehendak 20% ]
- Kenderaan
- Perhiasan
- Peralatan elektrik

[ Simpanan 10% ]
 - Infaq ( harta simpanan akhirat )
 - Ibadah ( Haji, umrah )
 - kebajikan keluarga
 - Kecemasan
 - Bercuti

Slot 6 : Pengurusan Tekanan & konflik

• Atasi konflik dengan matang. Komunikasi perkara yang perlu dititikberatkan
• Bila suami/isteri sedang marah, lebih baik diamkan diri. Isteri terutamanya kena mengalah kerana keegoan seorang lelaki. Sentiasa setuju dengan kata2 suami 
• Tanda2 konflik :
  - Kurang kemesraan / hambar
  - Hilang ketenangan hidup
  - Kurangnya komunikasi

Slot 7 : Hubungan kekeluargaan

• Masalah pasangan yang baru berkahwin :
 - Ekonomi tak stabil
 - Tekanan( berpisah dengan keluarga )
 - Pentingkan keluarga sendiri
 - Tak kenal keluarga pasangan
 - Perbezaan citarasa & keinginan
 - Kematangan dlm masalah
 - Kemahiran yang terbatas
 - Putus asa / tak dapat sesuaikan diri
 - hubungan bersama

• Bila ada masalah ulang ayat 4 surah al-fatihah. Minta pada Allah demgan bersungguh-sungguh
• Sunnah sebenar Rasulullah SAW adalah monogani. Setelah kematian isteri pertama barulah rasulullah amalkan poligami
• Kunci kebahagiaan rumah tangga adalah suami yang solat jemaah 5 waktu di surau/masjid

Slot 8 : Perkahwinan & procedure 

• Tahu maksud perkhawinan ( istilah & bahasa )
• Tujuan perkahwinan :
  - Tuntutan fitrah
  - Sunnah 
  - Mendapat zuriat
  - Elak perkaran keji & mungkar
• Procedure perkahwinan :
Kita spesifik  bagi situasi suami/isteri sama negeri tapi berlainan daerah 
> Bakal suami & isteri dapatkn borang di pejabat agama daerah masing2.
> Lengkapkan borang bersama atachment yang diperlukan
> Bakal suami serahkan borang yg lengkap pada bakal isteri 
> Bakal isteri serahkan semua borang yg lengkap di pejabat agama daerahnya

• Rukun perkahwinan
  1) Suami
  2) Isteri
  3) Wali ( isteri sahaja )
  4) 2 orang saksi ( perlu bagi suami & isteri )
  5) Ijab & kabul
  
Saturday, 24 October 2015

Abah yang disayangi

Bismillah

Pagi ni dapat ‘wasap’ dari abah. Abah bukanlah jenis yang suka ber’wasap’ so bila dapat ‘wasap’ dari abah feeling dia excited sikit :p

                Abah macam tahu-tahu je aku tengah pokai sekarang. Aku memang selalu tunggu abah tanya je kalau nak duit. Rasa tak sanggup kalau nak minta kecuali kalau betul2 terdesak. Ye la , selama ini abah yang tanggung semua perbelanjaan aku. Even sampai sekarang. Kos yuran universiti dan semua nya dalam tanggungan abah. Bersyukur sangat dapat abah yang sangat bertimbang rasa. Alhamdulillah ni rezeki dari Allah. Semoga abah sentiasa di bawah rahmat dan perlindunganNya
               
               Abah , seorang yang suka menyimpan rahsia. Sama seperti arwah mama. Kalau nak tahu apa2 mesti kita yang perlu bertanya terlebih dahulu barulah abah akan cerita. Abah adalah orang yang ke-4 yang paling aku sayang. Setelah Allah, rasul & arwah mama. Sayang aku kat abah adalah kerana sifat2 yang terdapat dalam diri abah.

                Dahulunya abah tekun mencari rezeki buat kami sekeluarga. Aku tahu pasti banyak suka dan duka yang dilalui oleh abah sepanjang dia menjadi seorang pendidik. Menjadi guru, pensyarah, pengetua dan mendapat tawaran lebih tinggi tapi abah tolak. Rezeki yang abah dapat boleh dikatakan banyak diberi atau diutamakan kepada keluarga. Kerana abah sangat pemurah.  

Dan mungkin disebabkan terlalu banyak kerja , kesihatan abah juga tak berapa nak ok. Abah ada penyakit kencing manis, darah tinggi, gout dan dulu ada masalah jantung. Tapi Alhamdulillah semuanya terkawal dan abah masih lagi boleh buat kerja dengan cergas. Abah seorang yang suka jogging dan berkebun. Lepas ni nak ajak abah jogging kat luar sebab abah asyik jogging guna mesin tu je. X best lngsung huhu.

                Bila dah pencen, aku harap abah boleh rehat dengan tenangnya. Ya aku sangat berharap agar Allah berikan ketengan hati dan fikiran kepada abah saat ini.  Dan Alhamdulillah aku sangat gembira bila melihat abah tak pernah buang masa yang ada setelah pencen. Aku sangat happy melihat abah sentiasa bersemangat dalam beribadat,berdakwah dan menuntut ilmu. Abah sekarang menjadi imam di surau Kg Atas Tol. Aku berharap agar Allah sentiasa memberi ganjaran atas segala apa yang abah lakukan di muka bumi ini.

                Sepatutnya, aku sebagai anak abah patut mencontohi peribadi abah. Sepatutnya sentiasa mendoakan abah dan sentiasa berbuat baik pada abah dan tidak menghampakan abah. Apa yang abah harapkan ?

Ø  Anak yang soleh
Ø  Anak yang soleh
Ø  Anak yang soleh

Ya aku yakin itu yang paling abah harapkan akan anak2nya. Sama seperti arwah mama. Abah dan arwah mama tak begitu mengharapkan aku terlalu memikirkan tentang pointer. Sekiranya cemerlang itu rezeki dari Allah dan alhamdulilllah. Namun jauh lebih penting arwah mama dan abah sentiasa mengharap aku agar sentiasa solat diawal waktu sentiasa menuntut ilmu, beribadat kepada Allah dan jaga kesihatan. Itu yang menjadi keutamaan bagi mereka yang aku perasan. Mereka suruh aku kejar akhirat inshaAllah dapat kejayaan dunia + akhirat.

Ok !

So aku tak nak menghampakan harapan mereka. Aku kena berusaha sebaik mungkin. Jangan ambil mudah jangan malas2, dekatkan diri padaNya dan contohi peribadi Rasulullah. 

Tuesday, 6 October 2015

2015

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Tahun dimana terlalu banyak ‘unexpected things’ yang terjadi pada diri. Pahit manis kehidupan yang mematangkan diri. Terima kasih ya Allah.

Tahun dimana aku memasuki umur 20 tahun pd bulan Ogos. Dan betul lah orang kata bila masuk umur 20 -an, kita akan rasa pelbagai jenis ujian kehidupan. Ujian kematian, kewangan, jodoh (ehh) dan lain2.

Tahun dimana mama meninggalkan kami sekeluarga buat selamanya. Tahun dimana aku mendapat 2 orang anak buah lelaki yang sangat baik and I love them so much. Tak lupa aku mendapat ‘kakak’ baru yang sangat baik. Tahun dimana kami sekeluarga menerima baby Bella & Baby Ika.

Tahun dimana aku mendapat 2 jawatan exco persatuan. Tahun dimana aku harus melibatkan diri dalam prk ! dan selepas ini, aku harap tahun ini tahun dimana aku antara insan yang diberi peluang untuk pergi ke mobility program di Jepun next sem ! Ya Allah berilah aku ruang dan peluang ini ya Allah..

Dalam hidup yang sementara ini, aku berazam untuk menjadi manusia yang terbaik disisi Allah. Ya kadang2 aku kecundang, namun aku harus bangkit segera ! Tak nak masa di dunia ini berlalu begitu sahaja. Nauzubillah.

Sekiranya ada ruang dan peluang untuk memperbaiki kelemahan diri, aku akan ‘grab it’. Apa2 jawatan yang diberi padaku, aku harus cuba buat yang terbaik, eventhough its hard I’ll try my best. KeranaNya. At the same time pelajaran juga harus dititik berat

Tahun ini, aku bersemangat untuk terus belajar dalam bidang ini. Semangat yang bukan untuk exam semata, tapi semangat dimana aku nak jadi pakar dalam bidang ini. Supaya dapat memberi manfaat kepada Islam, keluarga & masyarakat sementara hidup di dunia ini.

Baru2 ni, musim prk tiba dan aku diberi kepercayaan untuk menjadi calon. Walaupun rasa berat untuk menjadi calon, tapi ini adalah untuk islam dan aku harus patuhi arahan ini. 

Dan Alhamdulillah Allah beri kekutan sepanjang minggu kempen.
Even manifesto kebudak-budakan - _- . Nak buat cmner kan. Ini semua arahan dan kita ikut jee apa yang disuruh. 

Tapi Allah tahu yang aku tak nak menang dalam ni dan Alhamdulillah beban amanah ini diberi pada orang lain ( akk final year & presiden fakulti )

The biggest and most challenging part was during speaking corner ! I’m a type of person that very ‘gemuruh’ bila bercakap depan orang ramai. Even dalam mind kata ‘ tak de ape2 lah. Senang je nih, kau boleh buat put !’ Tapi darah gemuruh tu akan ada and I was shaking too much !

But at the end I able to overcome it and congrats to me ! *clap hand*

Dan tak lain tak bukan, semua yang dilakukan ini hanya mengharao redha dariNya ! Semoga di akhirat kelak ada dicatit dalam buku amalan. Semoga diterima amalan ini ya Allah .. amiinn

Bab jodoh, well tak nak fikirkan lagi even roomates semua sibuk duk habaq time ni lah nak cari nak itu nak ini. haha, bab ni kita just letak kebergantungan pada Allah. Ada jodoh kita, tak kemana ;) haha. Aku setia, kau setia dan tunggu bila tiba masa yang Allah tetapkan. sekarang utamakan cinta yang lebih utama !

Looking forward for the others things that He already plan for me. Always redha on what He plan for you because perancangan Allah itu lah yang terbaik ! Perbaiki diri, be a better muslim day by day !

Monday, 20 July 2015

wad 1cd :)

Bismillah

Maha suci Allah yang mencipta alam ini dengan penciptaan yang agung. Sungguh banyak kebesaran  Allah jika kita meneliti penciptaanNya.Setiap sel-sel tidak berhenti bekerja  melaksanakan perintah dariNya dengan patuh. Akan tetapi terdapat manusia yang berani melanggar perintah Allah dan tidak melaksana suruhanNya. Bukan cakap tentang orang lain akan tetapi diri ini sendiri :(

Allahu Allah..

Saat ini, masuk hari ke 5 aku berada di hospital.wad 1cd yang menjadi rumah kedua saat ini. Menjaga mama yang sentiasa tabah menghadapi ujian dari Ilahi

Melihat dan memerhati  para doktor yang gigih bekerja menyumbang bakti kepada pesakit. Membuatkan aku rasa terharu dengan mereka. Kekuatan mental dan fizikal mereka dalam menjalankan tugas dan terus menerus memberi manfaat kepada manusia membuatkan aku turut bersemangat untuk berbakti kepada manusia.

Berkerja di bulan ramadhan dan syawal dengan hati yang cekal. Tidak berhenti dari pagi ke malam merawat pesakit. Ada yang stress dilihat dari raut wajah. Ada yang sentiasa tersenyum and soo cute :p .

Cuba bandingkan diri mereka dengan kau.Mereka manfaatkan semua nikmat yang Allah beri untuk mencari redhaNya. Mereka mnggunakan nikmat akal dengan sebaiknya dengan menuntut ilmu. Agar dengan ilmu yang dipelajari dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

Mereka menggunakan nikmat masa terluang dengan sebaiknya. Sehingga tak ada masa langsung untuk dibazirkan dengan perkara yang lagha.

Mereka menggunakan nikmat tenaga dengan berbakti dan terus berbakti. Alangkah beruntungnya sekiranya semua itu diniatkan hanya kerana Allah

Sempat juga aku berkenalan dengan nurse2 , HO , MO dan specialist yang sering datang menjenguk. Dan sangat kagum dengan specialist kerana kecekapan mereka dalam membuat keputusan. Ada HO yang kena marah kerana miscommunication. Kesiannyaa ;(. Sabar ya doktor .

Terima kasih Dr salman yg cute. Dr Zulfikri anak cikgu hanafi (pk1 shams :p ) , Dr shafiq yg mukanya sentiasa serius. Dr Rima yg sedang ber'HO' dlm keadaan pregnant .Tak lupa medical officer Dr Fong yg cute dan para specialist  . huhu. Kebanyakan HO berumur 26 tahun. Not my ideal type haha

A few days experience in surgical ward hsnz really made me learn a lot of new things.

Thursday, 6 March 2014

Kem Kembara Ilmu

Bismillah

Alhamdulillah Ya Allah, inginku merafa'kan kesyukuran padaMu kerana memberi peluang padaku untuk ditarbiyyah.Terima kasih ya Allah, terima kasih Ya Allah..

Ya Allah, sesungguhnhya banyak perkara yang aku dapat daripada hasil pentarbiyyahan ini.Sungguh banyak sekali..

  1. Iman

    Dengan menghadiri program tarbiyyah ini, sungguh ia meningkatkan imanku yang sememangnya senipis kulit bawang.Dek kerana pengisiannya, majlis ilmu,perbincangan,peringatan daripada facilitator.Sedikit sebanyak dapat meningkatkan imanku agar dapat menjalani kehidupan dengan lebih bersemangat sebagai hambaMu,sebagai khalifah di atas muka bumi ini.

    Memberi tamparan kepadaku akan betapa banyaknya dosa yang telah kulakukan sepanjang hayat di bumi milikMu ini.Betapa aku meremehkan tanggungjawab dalam melaksanakan amar makruf nahi mungkar.Betapa sedikitnya ilmu di dadaku dan betapa sedikitnya amalanku disisiMu ya Allah..Betapa tipisnya cintaku padaMu dan Rasulullah SAW. Astaghfirullah..
  2. Dakwah

    Alhamdulillah..dengan izin Mu ya Allah, hasil dari menghadiri program ini telah menanam semangat dalam diriku untuk menjadi da'ie yang sememangnya itu adalah tanggungjawab yang perlu aku laksanakan.Bukan sendirian kerana jika bersendirian, dakwah tidak berkesan dan tidak efektif. Dakwah harus dilaksanakan secara berjemaah

    Dakwah yang berkesan perlu ada strategi.Perancangan yang mantap,keikhlasan dan lain-lain.

Saturday, 18 January 2014

End of semester2

Bismillah

Alhamdulillah.Dengan rendah hatinya aku sebagai hambaMu ya Allah .Inginku panjatkan kesyukuran kepadaMu kerna Kau masih memberi ruang dan peluang kepadaku untuk terus hidup di dunia pinjaman yang sementara ini. Sebagai khalifah , sebagai hambaMu , sebagai anak , sebagai penuntut ilmu.

Sungguh benar jika ingin dihitung nikmat yang Kau beri tidak terhitung banyaknya. Namun aku malu.Sangat malu denganMu ya Allah. Akan segala dosa yang kian bertambah dari hari ke hari sedangkan Kau masih lagi memberi nikmat padaku. :'(

Syukur ya Allah, aku telah menamatkan semester 2 dalam ASper ini.Sememangnya sem2 ini lebih baik berbanding sem1. Kerana di sem2 ini aku lebih dekat padaMu walaupun adakalanya terleka. Di Sem2 ini hubungan bersama sahabat jauh lebih manis . Sem2 ini  banyak melatihku menjadi lebih berkeyakinan.Sem2 ini result ku elok sediiikit berbanding sem1. Sem2 juga memberi peluang padaku mempelajari pelbagai ilmu Mu ya Allah .Dan semua yang terjadi hanya dengan izinMu ya Allah.

Banyak juga kesilapan2 sepanjang sem2 ini yang aku harus 'take note'. Pertama sekali,tolonglah jaga aurat mu wahai diri. Jaga pemakaian mu jika hendak ke tandas. Ketahuilah bahawa dosa2 mu semua ditanggung oleh abah ! kasihanilah abah wahai diri. Abah berusaha mendekatkan diri pada Allah dan berusaha menjauhi dosa. Namun kau sebagai anak memberi dosa padanya ?? Astagfirullah..

Kedua, cubalah betulkan semula niat menuntut ilmu.Dan cubalah bersemangat + fokus dalam menuntut ilmu. Ingat, usaha setiap manusia itu berbeza-beza. Ada setengah manusia Allah jadikan dia mudah dalam menuntut ilmu. Usaha sedikit sahaja hasilnya berbaloi. Ada manusia yang harus usaha lebih untuk mencapai kejayaan. Dan kau adalah antaranya. Kau harus usaha lebih wahai diri..pertamanya Tawakkal . Then usaha..usaha..usaha..kemudian jangan berhenti berdoa memohon padaNya. Kemudian sekali lagi bertawakkal padaNya.

Ketiga, jagalah kesihatan mu wahai diri. Contohi gaya hidup rasulullah dalam segenap aspek. Jangan terlalu banyak makan sehingga kekenyangan. Sungguh kenyang itu banyak mendatangkan kesan pada diri kau. Menjadikan kau malas, tak aktif, pelupa. nauzubillah..rajin2 berpuasa ya wahai diri..yang penting ikhlaskan niat.

baju pinjam ^^

Dr Kidin <3

rambutan UPM :)

Big bad wolf with oldfriends ~

Soul Garden ! Syukur

Rehlah Broga hill

visiting nik at DQ

InshaAllah, esok aku akan berada di sem3 . Subhanallah..cepatnya masa berlalu ~ Semoga hari-hari ku semakin baik dari masa ke masa ! Agak2 berapalah pointer aku di sem2 ini ya Allah..Hanya padaMu aku bertawakkal. 

Saturday, 4 January 2014

Belajar Kerana Allah

Bismillah.

Alhamdulillah , Kupanjatkan kesyukuran kehadrat Mu ya Allah akan segala nikmat yang kau kurnia pada ku di dunia sementara ini. Semoga aku menjadi hambaMu yang sentiasa bersyukur kepadaMu. Amiin

Alhamdulillah, setelah aku memohon kepadaMu ya Allah akan petunjuk bagi ku untuk bermuhasabah. Mengapa prestasiku kian menurun sejak kebelakangan ini. Engkau telah memberi sedikit petunjuk kepadaku akan sebab-sebabnya. Terima kasih ya Allah

Aku mengetahui , mungkin ini adalah musibah yang Engkau beri padaku disebabkan dosa-dosaku yang lalu. Disebabkan perasaan riya' & ujub akan kejayaan yang pernah Kau kurnia padaku di dunia sebelum ini. Astaghfirullah. Wahai diri, bertaubatlah. Dan berazamlah supaya sentiasa memastikan dirimu jauh dari sifat terkutuk ini. Berdoalah wahai diri agar sentiasa dijauhkan dengan penyakit hati ini.

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tangan kamu sendiri. Dan Allah memaafkan sebahagian besar dari kesalahan-kesalahan kamu” [As Syura:30]

Dan aku juga baru tersedar bahawa niat aku menuntut ilmu tidak ikhlas kerana aku terlalu mengejar pointer.Aku terlalu memikirkan pointer untuk penghargaan manusia. Astaghfirullah...Walaupun aku cuba memperbaharui niat . Namun disebabkan kealpaan , niat itu hanya meniti di bibir dan tidak dihayati sepenuhnya.

Apa Sebenarnya niat belajar kerana Allah ?

'Saya akan cuba menjadi yang terbaik, selagi ALLAH beri ruang waktu untuk melihat dunia ini.' "YaRABB.., segala ketentuan dan cabaran hanya denganMU aku mengharapakan kebaikanNYA. Berikan aku Keikhlasan YaALLAH dalam menjalani hidupku, jadikan Redha itu sebagai penerimaanku terhadap ketentuanMU YaGHAFFUR.. dan Jadikanlah aku hamba yang sentiasa Bersyukur dengan apa jua nikmat yang Engkau berikan dan yang Engkau berkati'

 Harus di ingat bahawa kita berniat belajar kerana Allah . Jadi semoga dengan niat ini menjadikan kita lebih bersemangat dalam menuntut ilmu duniawi & ukhrawi. Semoga dengan niat ini menguatkan lagi mujahadah kita untuk menuntut ilmu kerana Allah. Jangan pandang enteng dengan kuasa niat kerana Allah.Kekadang kita tidak perasan bahawa hanya bibir yang meyatakan 

Baiklah,aku akan belajar kerana Allah

Akan tetapi pada waktu yang sama , tidak bersungguh-sungguh menuntut ilmu , suka bertangguh , tidak fokus , malas membaca , malas mengulang ilmu , malas menghafal .malas bertanya,tidak jumpa lecterur , tidur dalam kelas , makan _tidur_makan_tidur. Adakah itu yang dimaksudkan dengan belajar kerana Allah??

Tidak ! Bahkan dengan kuasa niat belajar kerana Allah sepatutnya menjadikan aku lebih bersemangat untuk menuntut ilmu . InshaAllah..

Peperiksaan ?

Kehidupan sebagai seorang pelajar pastilah tidak dapat lari daripada peperiksaan. Apabila menyebut tentang peperiksaan, tidak dapat tidak, keputusan peperiksaan amatlah dititikberatkan. Sudah menjadi lumrah, yang mendapat markah tinggi itu bersalut kegembiraan dan mereka yang mendapat markah rendah berselubung duka.

Setelah keputusan peperiksaan keluar, terdapatlah beberapa orang pelajar yang tidak mendapat markah yang diharapkan. Selepas selesai bermuhasabah, maka mereka berpendapat, belajar bukan kerana Dean list, tetapi belajar kerana Allah. Sekali saya memandang seperti tidak ada yang silap.

Ya, benar! Belajar kerana Allah. Tidak ada yang silapnya di situ.

Matlamat yang disalahertikan

Bagi kebanyakkan pelajar tahun 1 di sini, dan saya percaya di mana-mana pun, semua orang akan meletakkan target, “Sekurang-kurangnya, Dean list“. Tak dapat Dean list pun tidak mengapa. Janji, aku belajar kerana Allah. 
Namun aku tertanya-tanya, salahkah belajar kerana Dean list? Tidak bolehkah kita belajar kerana Allah dan dalam pada masa yang sama mendapat Dean list?

Pernah dikisahkan tentang seorang pemuda berperang kerana ingin mendapatkan bidadari. Maka timbul satu persoalan. Adakah dia berperang kerana Allah?

Ulama bersependapat mengatakan beliau berperang kerana Allah. Ini kerana, beliau yakin dengan balasan Allah janjikan iaitu balasan syurga dan bidadari. 

Berperang untuk menuntut janji-janji Allah.

Begitu jugalah dengan kita. Sunnatullah mengatakan mereka yang berusaha akan berjaya. Itu hukum alam. Syarat dan akibat. Mahukan akibat yang baik, ada syarat-syaratnya. Mahukan akibat yang kurang baik, ada syarat-syaratnya. Jadi bukankah mengejar kejayaan itu juga menunjukkan bahawa kita yakin dengan Allah? Percaya dengan sunnatullah?
Adakah mengejar kejayaan atau dalam konteks kita, Dean list adalah salah? Tidak kerana Allah?

Mereka yang berusaha pasti berjaya

Matlamat dan usaha

Tersebutlah kisah seorang pelajar yang terkejut dengan keputusan peperiksaan beliau. Maka terlintaslah dibenaknya, “Mesti aku belajar tidak ikhlas kerana Allah”. Maka dibetulkan niatnya. Semester seterusnya keadaan yang sama berulang. Keputusan masih sama, tidak berubah. Maka hatinya berkata, “Mungkin aku tidak cukup ikhlas”.  Kehidupannya diteruskan seperti biasa. Tidak apa yang berubah.

Dimana silapnya?
Cara kita bermuhasabah. Muhasabah niat itu tidak salah. Cuma muhasabah niat sahaja tanpa diteliti usaha yang telah kita berikan itulah yang silap. Mungkin saja usaha yang kita letakkan sudah sangat hebat, sehebat rakan-rakan kita yang lain. Rakan-rakan yang cemerlang dan selalu mendapat tempat teratas. Tapi, cukupkah?
Tahap usaha manusia itu berbeza

Manusia itu berbeza. Usaha yang perlu bagi mereka dan kita tidak sama. Andai masih gagal sedangkan sudah berusaha. Itu maknanya, usaha kita belum cukup. Masih ada ruang untuk berusaha.
Jangan sampai koreksi niat setiap hari , keputusan masih juga sama. Akhirnya Tuhan yang dipersalahkan. Usah kita lupa, sunnatullah yang Allah tetapkan. Kejayaan tidak datang tanpa usaha. Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.

Kesimpulan
Mengejar kejayaan itu tidak salah. Malah Islam sendiri menggalakan umatnya mengejar kejayaan dunia dan akhirat. Yang tinggalnya cuma, kenapa kita mahu berjaya. Niatlah kerana Allah kerana dengan itu segala benda yang baik dikira ibadah. Niatlah untuk mendapat kejayaan, kerana kita ialah umat yang Allah muliakan kerana Islam.
 
Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik