Showing posts with label Muhasabah. Show all posts

Sunday, 30 May 2021

Genap Setahun Perkahwinan💖

                                                                                                                                                                                                                                                              بسم الله ‎

Alhamdulillah atas segala nikmatMu ya Rabb. Terlalu banyak nikmatMu pd makhluk yg tak mampu untuk ku hitung. Semoga kita semua menjadi hamba yang bersyukur dan terus berusaha menambah amal soleh sebagai persiapan di hari Akhirat.

Hari ini 31 Mei 2021 genaplah setahun usia perkahwinan kami.. Nikah dulu masa PKP 1.0 . Sambutan 1st anniversary pun masih lg PKP haha. Tapi apapun itu semua rahmat dan ada hikmah disebalik ketentuanNya. Semoga Allah angkat wabak ini dari muka Bumi untuk kita terus menjalani kehidupan seharian seperti biasa amiin <3

31 Mei 2020 | 7 Syawal 1441 H

Setelah lama tak update blog ni jadi mungkin inilah masanya yang terbaik. Entry kali ni nak ajak diri sendiri untuk bermuhasabah akan sepanjang setahun usia perkahwinan.

  • Adakah Baitul Muslim ini mendekatkan diri kepada Allah SWT
  • Apa sumbangan dan mafaat yang telah kita beri kpd Agama, keluarga, masyarakat
  • Adakah semakin bertambahnya Ilmu dalam diri
  • Bagaimana tanggungjawab adakah terlaksana dengan baik
  • Bagaimana pengurusan ekonomi, komunikasi dan emosi adakah bertambah baik       
  • Sifat sabar, redha dan syukur adakah diterapkan dalam kehidupan seharian

Banyak lagi ruang Muhasabah yang boleh dilakukan. Tp apa yang paling penting adalah hubungan kita dengan Maha Esa. Solat kita, hati kita adakah jauh dariNya.. Sedekah kita, zikir harian kita. Selawat kita dan pendekatan dengan Al-Quran. Pendapat saya, dalam kita melaksana kewajipan seharian, hiasilah dengan ibadat Sunat. Walaupun sikit tapi berterusan tapi ia cukup power untuk buat kita rasa dekat dengan Allah.

"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun, (bagi orang yang bertaubat)." (Surah al-Mulk, ayat 2)

Bila sebut rumah tangga memang tak akan lari dari ujian Allah. Setiap orang akan diuji begitulah lumrah kehidupan dunia. Sebab itulah, kena terapkan nilai Sabar & Syukur dlm hidup. Allah akan uji hambaNya mengikut kemampuan masing-masing.  Kehidupan kita mungkin berbeza dengan orang lain kerana rezeki masing-masing tak sama. Siapalah kita untuk mempersoalkan takdir Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya..

Dalam kes rumah tangga kami pun diuji dengan saya yang mengalami keguguran sebanyak dua kali di awal trimester (minggu ke 9-10). Dr diagnose kan kehamilan saya sebagai ‘Anembyonic pregnancy’ atau ‘Blighted ovum’. 

Maksudnya persenyawaan telah berlaku akan tetapi janin tak dapat membesar dengan baik. Wallahu’alam semua itu dalam pengetahuan dan perancangan Allah SWT. Alhamdulillah kami dapat hadapi ujian ini dengan redha.. 

                                                    ٱللَّÙ‡ُ ÙŠَعْÙ„َÙ…ُ Ù…َا تَØ­ْÙ…ِÙ„ُ ÙƒُÙ„ُّ Ø£ُنثَÙ‰ٰ ÙˆَÙ…َا تَغِيضُ ٱلْØ£َرْØ­َامُ ÙˆَÙ…َا تَزْدَادُ ۖ ÙˆَÙƒُÙ„ُّ Ø´َÙ‰ْØ¡ٍ عِندَÙ‡ُÛ¥ بِÙ…ِÙ‚ْدَارٍ 

 Allah mengetahui apa yang dikandung oleh setiap perempuan, dan kandungan rahim yang kurang sempurna dan yang bertambah. Dan segala sesuatu pada sisi-Nya ada ukurannya (Ar-Ra'ad :8)

Allah beri ruang masa untuk kami berdua sebelum ada komitmen anak. Dan terlalu banyak lagi positif side yang boleh diambil. InshaAllah ada rezeki lain di masa akan dtg amiin.

Janin tak membesar hanya kantung shj kelihatan. Bdn dapat kesan dan
Allah permudahkan janin keluar dgn sendiri 

1st miscarriage - 1 Dis 2020
2nd Miscarriage - 1 May 2021

Dan terlalu banyak juga nikmat Allah beri buat kami berdua sepanjang perkahwinan buat kami terasa malu denganMu Ya Rabb. Diberi keluarga yang baik dan memahami, dikurniakan kesihatan untuk terus beribadah. Dikellilingi dengan insan-insan yang sangat baik. Diberi ketenangan hati, minda dan keamanan hidup. Allah terlalu banyak nikmatMu sehingga aku tak layak untuk mempersoal ujian yg diberi. Semoga kami menjadi hamba yang bersyukur dan dalam rahmatMu ya Rabb

                                                                      رَبِّ اجْعَÙ„ْÙ†ِÙŠ Ù…ُÙ‚ِيمَ الصَّلاَØ©ِ ÙˆَÙ…ِÙ† ذُرِّÙŠَّتِÙŠ رَبَّÙ†َا ÙˆَتَÙ‚َبَّÙ„ْ دُعَاء

(Surah Ibrahim: 40)

Maksudnya: “Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.” 

Saturday, 16 May 2020

Fasa Kehidupan yg Baru

Bismillah

Menjelang beberapa hari sahaja lagi, diri ini akan bertukar status dan mempunyai pendamping dan pasangan hidup dunia akhirat. 💚 Sedikit nasihat buat diri

Dengan izin Allah

Saya akan menjadi bakal isteri yg solehah, cerdik, matang, sabar, mempunyai hati yg lapang, istiqamah dlm perjuangan, setia, menghargai & menghormati suami, xmudah sensitif dgn hal kecil, cantik wangi dan kemas, memberi ketenangan di hati suami,pendengar yg baik, teman bicara suami, pemberi semangat, sentiasa melayani suami dan tabah menghadapi ujian Allah.

Kerana saya mempunyai bakal suami yg sangat baik hatinya, soleh, beragama, setia, sabar melayani isteri, mampu menjadi imam yg baik, ceria dan kelakar, bertanggungjawab, menepati janji, tinggi  handsome wangi dan kemas, sahsiah yg baik, tegas pd perkara yg benar, rajin menolong, memahami saya, teman pendengar dan penasihat yg terbaik, bijak dan bernas melontarkan pendapat.

Hakikat kehidupan berumah tangga memang penuh dengan nikmat dari Allah jua akan ada ujian yg berliku  Justeru pasakkan keazaman dalam diri untuk sentiasa bersyukr dan bersabar dalam setiap perkara.

Keutamaan adalah meraih redha Allah dalam hati masing2, berusaha membina keluarga yang mampu memberi Sakeenah (ketenangan) Mawaddah (penuh kasih sayang) dan rahmah disisi Allah SWT

Perbanyakkan amalan berjemaah untuk tautan hati bersama. Menjaga tarbiyyah dan Iman mengikut cara yang berkesa  dan sesuai tuk diri

Kerana rumah tangga yang bakal ditempuh umpama pelayaran aku dan dia dalam satu bahtera di lautan. Ia bukan mudah dan ia mencabar terutama saat ombak yang kuat datang menimpa. Namun akan ada hari yang tenang dan tiada ombak gelora. Tapi dengan izin Allah kita mampu hadapinya dan akan mencapai destinasi yang dituju yakni SYURGAMU Ya Rabb 🌈💚

Friday, 28 September 2018

Survival Dakwah Baitul Muslim

Bismillah.

Alhamdulillah syukur pada Allah atas segala nikmat yang diberi. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur pada Allah dan sabar dalam melakukan ketaatan padaNya.

Alhamdulillah berpeluang untuk mendengar kuliah daripada Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor, Puan Noraini Bt Hussin mengenai tajuk ‘Survival Dakwah Baitul Muslim’

Bilamana kita berintima’ dengan Jemaah, maka penting untuk kita untuk memastikan diri agar terus istiqamah dijalan ini. Mengapa pentingnya untuk terus istiqamah ? Bukan atas dasar semangat semata. Bukan atas dasar sahabat dan orang sekeliling semata. Tapi kena faham niat yang asas iaitu adalah untuk menyambung tali perjuangan Rasulullah SAW. Dengan niat agar perjuangan ini Allah akan menghapuskan dosa kita yang lalu dan agar kita diganjarkan dengan Syurga Firdaus kelak.

Dalam surah Ar Rum: 21 Allah telah gambarkan rumahtangga dalam Al-Quran sebagai
-  Gambaran rasa kasih mesra
- Bayangan yang teduh dan embun
- Bau-bauan yang semerbak harum

Dalam kuliah, Ustazah menekankan bahawa rumahtangga adalah antara aspek yang penting di jalan Jihad. Antara aspek yang membantu untuk diri kita terus terlibat untuk bergerak kerja Jemaah. Jadi pentingnya untuk kita terutama Muslimat untuk memilih pasangan hidup yang mempunyai kefahaman dan fikrah yang seiring sehaluan di jalan ini.

Dalam kita sibuk akan urusan dunia, janganlah lupa, leka, alpa dan lalai akan tanggungjawab kita yang utama yakni Amar Makruf Nahi Mungkar. Terutamanya kita sebagai ‘Abnaul Harakah yang dididik dengan manhaj tarbiyyah. Perlunya kita untuk terus melibatkan diri dalam menyampaikan Islam kepada mad’u. Yakinlah akan janji Allah bahawa siapa yang menolong agamaNya, Allah akan tolong kita dan perkukuhkan kedudukan kita. Yakin !

Ketahuilah tiada pemisah antara keluarga dan dakwah. Ada diantara kita terutamanya Muslimat setelah berumah tangga pasti akan menghadapi situasi dilema dalam keluarga dan dakwah. Antaranya dilemma pembahagian masa untuk keluarga dan dakwah, dilemma antara duit untuk keluarga dan dakwah dan sebagainya.

Nasihat yang diberi ustazah adalah, jangan takut dan jangan risau! Letakkan keyakinan diri kepada Allah SWT. Yakinlah bahawa rezeki itu di tangan Allah bukan atas tangan kita manusia yang tidak berkuasa dan lemah. Jangan takut untuk menginfaqkan diri, masa, tenaga dan harta kerana Allah kerana pasti akan ada ganjaran yang lebih baik disisiNya. Yakin ! Jangan takut kerana rezeki itu sentiasa ada untuk diagihkan bersama

Teringat kisah Uthman Bin ‘Affan seorang insan yang hebat sehinggakan malaikat berasa malu dan segan dengannya.

Suatu hari anaknya ditimpa penyakit dan dalam kesakitan. Akan tetapi pada masa yang sama ada tugasan dakwah yang perlu beliau selesaikan dan tanggungjawab terletak padanya. Saat beliau dimuka pintu rumah untuk pergi meninggalkan isteri dan anak yang sakit, isterinya memegang tangan dan bertanya

“ perlukah kanda pergi saat ini meninggalkan anak kita yang mengerang kesakitan ? “

Lalu Uthman Bin ‘Affan menjawab dengan ringkas, padat dengan penuh keyakinan

  Ya Allah, jika jalan ini benar maka Kau berilah kesembuhan buat anakku ini Ya Rabb “

Maka pergilah Uthman bin ‘Affan ke medan juang dan sekembalinya dia ke rumah, dengan izin Allah anaknya kembali sihat dan pulih.

MasyaAllah subhanallah. Begitulah kekuatan keimanan, kebergantungan sahabat Nabi kepada Allah SWT.

Nasihat bersama,
Sentiasalah tadah tangan penuh pengharapan pada Allah

“ Ya Allah, tempatkan aku bersama insan yang baik untuk kelangsungan bersama”

Friday, 19 May 2017

Lemah tanpaMu

Bismillah

Wahai Tuhan
Aku tahu aku lemah tanpaMu
Jadi, Kau pimpinlah diriku ini
Kau bantulah aku ya Allah
Aku sangat perlukanMu ya Allah
Setiap detik, setiap saat
Jangan biar aku dikuasai nafsu melainkan
hatiku ini dibawah penguasaanMu sepenuhnya

Wahai Tuhan,
Kehidupan dunia ini,
Aku tahu ia sementara.
Justeru, aku ingin buat yang terbaik 

Semampu yang boleh
Sehabis tenaga yang mampu 
Bantu aku ya Allah

Aku ingin menjadi hambaMu
Yang takut akan segala laranganMu dan ikut segala perintahMu

Yang khusyu' dalam solat, agar kau terima ia
Yang sentiasa ingat akanMu setiap saat
Yang beruntung hidupnya dunia dan akhirat
Yang sentiasa bersabar dan kuat atas ujian yang diberi.

Kuatkan aku ya Allah

Saturday, 25 March 2017

Memudah mudahkan perkara ?

C&P

Kita semua inginkan kehidupan yang mudah.
Kehidupan yang mudah, tenang dan gembira.
Saya juga begitu, tidak berbaloi untuk menjalani kehidupan yang singkat ini dengan hati yang dinginkeras dan dilalui dengan sukar.
Kehidupan kita, kitalah yang berhak menentukan.
Kitalah yang memilih sama ada hidup dengan tenang, atau ingin hidup dengan penuh penyesalan.
Namun memudahkan kehidupan tidak semudah yang kita sangka.
Ia memerlukan kita menilai kembali pemberatan setiap aspek dalam kehidupan kita dan setiap keputusan yang ingin kita ambil.
Walau apa pun yang kita buat untuk memudahkan kehidupan seharian kita, ada beberapa perkara kita harus sensitif dan berhati-hati, serta tak boleh kita abaikan.
Perkara-perkara ini jangan sesekali kita ‘buat mudah’, atau anda akan menyesal di suati hari nanti:

1. Jangan Memudahkan Sebarang Hubungan

Manusia, dijadikan Allah sebagai makhluk yang perlu bersosial.
Hidup secara ringkas bukan bermakna kita perlu menyingkirkan orang lain disekeliling hidup kita. Kita tidak harus hidup bersendirian.
Malah kita harus melebihkan masa kita bersama keluarga, ibu bapa dan sahabat.
Yang kita harus buat adalah, menyingkir sebarang pergantungan kita terhadap gadget dan meluangkan lebih masa terhadap perkara yang memperkukuhkan ikatan.
Jangan sampai kita menyesal nanti kerana insan-insan itu telah tiada, dan kita merindui saat bersama mereka.

2. Jangan memudahkan peranan kita dalam Masyarakat

Memudahkan hidup tidak bermakna kita harus memudahkan hidup kita dengan masyarakat setempat.
Malah hidup yang ringkas sepatutnya memberi kita ruang dan lebih peluang untuk hidup bersama-sama dengan orang lain.
Meluangkan masa dalam aktiviti kemasyarakatan disekitar rumah, sekolah, tempat kerja atau dikawasan kejiranan akan banyak memberi makna dalam kehidupan kita.
Setiap masa dan tenaga yang kita pasti menjanjikan  kepuasan hidup yang tak terbanding, disamping ganjaran pahala yang pasti dari Allah SWT.

3. Jangan memudahkan nikmat ‘rasa syukur’

Saya percaya kesinambungan terhadap rasa bersyukur adalah hidup secara sederhana.
Apabila seseorang benar-benar berasa bersyukur, tiada rasa lain yang dapat menggantikan perasaan tersebut.
Bilik yang penuh dengan gadget dan barangan mewah hanya merampas rasa bersyukur kita dengan membuatkan hidup kita lebih rumit.
Untuk hidup dengan penuh kesyukuran, kita perlu mengenalpasti apa yang kita perlukan dan kita harus merasai bagaimana ia menambahbaik kewujudan kita.
Rasa bersyukur bukan semata-mata rasa berterima kasih untuk apa yang kita ada; ianya tentang percaya apa yang ada sudah mencukupi buat kita.
Less is more.

4. Jangan memudahkan aspek kemurahan Hati

Need less, give more.
Disepanjang kehidupan kita, pasti banyak peluang terbuka luas untuk kita berbakti dan membantu orang lain.
Kita boleh berikan tempat tinggal, makanan, masa, pertolongan dan hadiah kepada orang lain. Rasulullah SAW menganjurkan supaya kita saling memberi hadiah walaupun sedikit.
Hadiah tidak dilihat dari nilai harganya tetapi lebih kepada nilai maknawinya.
Sabda Rasulullah,
 Daripada Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah S.A.W bersabda: “Saling memberikan hadiah di antara kamu nescaya kamu akan berkasih sayang”
Kehidupan para ulama salaf juga penuh dengan perkara seperti ini.
Mereka saling memberi hadiah, sekecil apapun bentuknya, kadangkala ada yang hanya berupa kurma yang belum masak, ada yang berupa setangkai bunga mawar, ada yang hanya berupa garam yang ditumbuk dan tumbuhan yang wangi harumnya.
Kita semua harus melabur dalam membina hubungan silaturahim, mengeratkan hubungan kekeluargaan dan mencipta peluang kewangan yang lebih baik.
Hasilnya?
Pasti ketenangan minda dan hati boleh kita wujudkan. Disamping hati yang gembira, bebas dari tekanan.
Tidak percaya?
Cubalah mula untuk mengamalkan memberi hadiah dan cuba mengeratkan hubungan, anda pasti kagum dengan apa yang anda akan rasakan.

5. Jangan pernah memudahkan dan menyesal dengan pendidikan walau apa pun terjadi.

Ada seorang sahabat saya melahirkan rasa menyesal mengejar degree dan master yang dirasakan ‘tidak berguna’. Perkara ini turut membuatkan saya berasa sedih kerana dia mengejar pencapaian akademiknya untuk sia-sia. 
Pelajaran – walau apa jua keadaan pun, apabila digunakan, ia akan memperkayakan kehidupan kita dengan pemahaman yang lebih jelas, tepat dan jelas.
Bila kita menghadkan pelajaran kita, maka ia juga turut menghadkan peluang kita untuk menyumbang kepada dunia.
Untuk setiap pelaburan untuk pendidikan yang kita buat, paling tidak pun, pasti ia akan membuatkan pemikiran kita lebih matang dan jauh dalam menyelesaikan setiap masalah yang berlaku dalam kehidupan kita.
Kejayaan bukan diukur dengan pekerjaan atau pangkat yang besar, tetapi

6. Impian kita tidak harus terhenti

Cita-cita dan keghairahan kita selalu tersekat dengan dengan jadual padat yang tidak pernah habis.
Hidup tidak seharusnya begini.
Bila kita melepaskan pergantungan terhadap gadjet dan kesibukan, kita akan mempunyai lebih masa dan tenaga untuk mengejar dan membuat apa yang kita suka itu.
Wujudkan ruang untuk kita menghidupkan cita-cita dan apa yang kita sukakan, dan selepas itu kita akan sedar apa yang selama ini membebankan kita.
Walaupun nampak tidak penting, tetapi jangan meremehkan perkara ini.

7. Memaafkan adalah elemen terpenting untuk mencapai ketenangan hati

Jika anda terlibat dengan sebarang perhubungan yang bertahan lebih daripada beberapa hari, anda akan tahu bahawa kemaafan adalah sebahagian daripada hidup.
Apabila kita mengurangkan kapasiti kita untuk memaafkan (atau meminta maaf), kita tak boleh berharap untuk menjadi matang dan berubah ke arah yang lebih baik.
Dalam sesuatu hubungan yang serius seperti perkahwinan, ia menuntut kita meminta maaf & memaafkan dengan ikhlas berulang kali. Lagi dan lagi disepanjang hayat.
Serius, hati kita tidak akan berasa tenang selagi kita mempertahankan ego dan tidak minta maaf terhadap kesalahan yang kita lakukan.
Meminta maaf bukan hanya sekadar apabila ia memang salah kita, namun sebagai ubat supaya sebarang salah faham tidak berlarutan.
Kadang hati kita tak tenang dan terus-terusan terluka sebab kita terlalu sukar untuk memaafkan.
Cuba perhatikan aliran air. Apa jadi kalau sesuatu terkumpul dan bertakung terlalu lama? Air tak dapat mengalir lancar, jadi keruh dan kotor.
Begitu juga hati.
Kita terlalu sukar nak memaafkan, dan benda tu jadi benci, jadi dendam dalam hati. Maka hati kita pun kotor, sebab kita tak dapat lihat hikmah dan kebaikan dalam memaafkan.
Nah, itulah puncanya hati tidak tenang.
Apa yang harus kita buat?
Maafkanlah.

8. Anda akan menyesal jika selalu meremehkan kegembiraan dalam kehidupan

Ramai orang beranggapan hidup serba mewah itu bahagia.
Kita selalu berfikir bahawa kita akan gembira apabila dapat beli semua perkara yang kita idamkan. Tetapi sebenarnya tidak.
Ia mungkin kelihatan menyedihkan untuk hidup dengan kekurangan, tetapi itu hanya kerana persepsi kita yang tidak membebaskan diri daripada belenggu mempercayai bahawa ‘nilai kebahagian’ kita datang dari apa yang kita boleh miliki.
Bukan orang yang memiliki iPhone itu lebih bermakna hidupnya. Tidak. Kebahagiaan tidak datang dari perkara-perkara tersebut.
Less stuff is more joy. Lebih kurang kita bergantung kepada gadjet, lebih ‘bermakna’ hidup kita. Kita akan rasa lebih hidup untuk menjalani hidup.
Kita yang menentukan nilai kebahagiaan kita sendiri, jangan pernah menyamakan kehidupan orang lain dengan kehidupan kita.
Sememangnya sudah menjadi lumrah manusia untuk berbanding-banding.
Anda selalu tidak sedar bahawa perbandingan akan membuatkan kita mempersoalkan apa yang telah kita ada.
Selalunya, anda selalu melihat rumput dihalaman tetangga lebih hijau daripada rumput halaman rumah sendiri.
Yang pasti: Kita akan selamanya kalah dengan kehidupan orang lain
In this game of life you will never reach a point where you are better than others in every way and why would you want to be.
Sebab itulah kita tidak bahagia.
Sebab kita lazimnya akan membandingkan hidup kita dengan benda yang salah.

Penutup: perbaiki 8 perkara diatas dan nikmati hidup ini

Apa banyak perkara yang kita tidak boleh buat mudah dalam hidup ini. Bersederhana itu adalah lebih, lebih indah.
Setiap perkara pasti ada baik dan buruknya. Maka tugas kita adalah untuk menimbang perkara-perkara ini dengan cermat.
Hidup yang secara minimal (minimalist) bukanlah satu kesalahan, namun tak semua perkara kita dapat singkirkan. Pada saya, cukuplah kita berpegang kepada prinsip Qanaah, iaitu merasa cukup dan tidak berlebih.
Kurangkan pergantungan terhadap gadjet, dan lebihkan masa kita untuk keluarga dan diri sendiri.
Apabila kita mengambil serius tentang perkara-perkara ini, pasti kita akan rasakan hidup ini lebih bermakna.
Apa mungkin tidak bersetuju dengan pandangan saya ini. Tinggalkan pendapat dan apa yang anda rasa pada ruangan komen dibawah.

Tuesday, 27 December 2016

Persahabatan kerana Allah SWT

Retrieved from  Abu Basyer FB account 
Ø£ًلسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ
بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِÙŠْÙ…ِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Bersahabat yang sebenar adalah persahabatan yang bukan setakat di dunia sahaja, tetapi persahabatan yang sebenar adalah persahabatan sehingga bertemu di syurga. Kita tidak mungkin selamat mengarungi bahtera kehidupan yang sangat luas dengan ancaman badai fitnah ini seorang diri. Kita tak dapat lolos dari ancaman fitnah dengan hanya mengandaikan kemampuan sendiri. Kerana kita diciptakan sebagai makhluk yang penuh kelemahan dan mudah terpedaya.

Firman Allah SWT yang bermaksud : ”Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah”(Surah an-Nisa ayat 28 )

Kebersamaan dan persahabatan di jalan Allahlah yang akan menghantarkan kita menyelesaikan hidup dengan kebaikan. Persaudaraan, kebersamaan dan persahabatan di jalan Allahlah yang juga akan mengiringi kita pada kebahagian akhirat.

Dan hanya persahabatan atas dasar iman dan takwalah yang abadi. Hal ini selaras dengan firman Allah dalam Al-Quran: “Teman-teman akrab pada hari itu(hari kiamat) sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.” (Surah az-Zukhruf ayat 67)

Ibnu Katsir mengatakan, seluruh persahabatan yang tidak dilandaskan kerana Allah pada hari kiamat akan berubah menjadi permusuhan. Begitu juga pesan Rasulullah SAW dalam hadisnya yang menyebutkan bahawa,”Kita akan dibangkitkan di hari kiamat bersama orang yang kita cintai.”

Siapa orang yang kita cintai? Siapa orang-orang yang paling dekat dengan kita dalam menjalani hidup ini? Siapa orang yang paling menghiasi ingatan kita? Siapa yang menemani langkah-langkah hidup kita? Orang solehkah dia? Mengajak ke arah kebaikan dan keredaan Allah kah dia? Dan alangkah indahnya seandainya ada pertemuan yang sangat mengharukan dan penuh kegembiraan. Mari mulai sekarang kita bersahabat dengan orang-orang yang mendekatkan kita pada reda Allah SWT.

Anas bin Malik r.a. berkata: Nabi SAW. bersabda yang bermaksud: "Di dalam syurga ada pasar tetapi tidak ada jual beli, hanya orang-orang berkumpul membicarakan keadaan ketika di dunia dan cara beribadat, bagaimana keadaan antara si fakir dengan yang kaya dan bagaimana keadaan sesudah mati dan lama binasa dalam kubur sehingga sampai di syurga".

Sahabat-sahabat yang pernah bertemu di dunia ini kerana Allah SWT dan berbincang bersama-sama untuk menjalankan kerja-kerja dakwah, melaksanakan amar makruf nahi mungkar dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengajak manusia lain untuk kembali kepada ajaran Islam nanti akan bertemu disyurga. Mereka akan mencari sahabat-sahabat mereka yang lain kenapa ada diantara mereka tidak berada disyurga? Sekiranya ada dikalangan mereka yang telah memasuki neraka maka mereka akan cuba memohon kepada Allah SWT untuk memberi syafaat kepada sahabat-sahabat mereka yang diseksa dineraka.

Ulama' Salaf ada memberi pesanan :"Carilah banyak sahabat, kerana sesungguhnya tiap-tiap mukmin itu mempunyai syafaat.Maka semoga engkau dapat masuk ke dalam syafaat sahabatmu. Orang-orang beriman dan beramal soleh dapat memberi syafaat (pertolongan) kepada sahabat-sahabatnya dan membawa masuk kedalam syurga. Dikatakan juga , apabila Allah SWT. mengampunkan dosa seseorang, maka orang tersebut akan dapat memberi syafaat kepada sahabat-sahabatnya."

Bagaimana Allah SWT memberi kemuliaan kepada orang-orang yang bertakwa, ketika didunia mereka bersahabat dan bersaudara kerana Allah SWT, mereka bertemu disyurga duduk berhadap-hadapan. Firman-Nya yang bermaksud : " Dan Kami cabut akan apa yang ada di hati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara
(dalam suasana kasih mesra)  serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing." (Surah al-Hijr ayat 47)

Di dalam hadis Qudsi Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Dimanakah orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku pada hari ini, Aku perlindungi mereka dibawah naungan Ku pada hari yang tiada lagi naungan kecuali naungan-Ku" (Hadis Riwayat Muslim)

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muaz dari Rasulullah SAW baginda bersabda maksudnya: "Allah Azzawajalla berfirman: 'Orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanKu, mereka mempunyai beberapa-beberapa mimbar dari cahaya, sangat dicita-citakan tempat-tempat mereka itu oleh para Nabi, Shiddiqin dan Syuhada." (Hadis Riwayat At-Tirmidzi, Ahmad, Ibnu Hibban, Hakim)

Dalam Hadis Qudsi yang lain diriwayatkan oleh Ubadah As-Sahamit, Allah SWT berfirman maksudnya : "Kasih sayangKu berhaklah diberikan kepada orang yang cinta mencintai keranaKu. Kasih-sayangKu berhaklah diberikan kepada orang yang sering memperhubungkan tali silaturahim keranaKu. Kasih sayangKu berhaklah diberikan kepada orang yang saling bernasihat keranaKu. Kasih sayangKu berhaklah diberikan kepada orang yang saling berziarah keranaKu. Kasih sayangKu berhaklah diberikan kepada orang yang saling bantu membantu keranaKu. Orang yang cinta mencintai keranaKu berada di atas mimbar-mimbar dari cahaya, sangat dicita-citakan tempat-tempat mereka itu oleh para Nabi, Siddiqin dan Syuhada." (Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban, Hakim, Qudha'i)

Alangkah tingginya kemuliaan mereka. Alangkah sempurnannya ganjaran yang akan mereka dapati kerana mereka berkasih sayang kerana Allah.

Sahabat yang dikasihi,
Persahabatan dalam Islam adalah persahabatan kerana Allah SWT. Bertemu dan berpisah semata-mata kerana Allah SWT untuk menjalankan kewajipan dakwah untuk  amar makruf nahi mungkar. Doa di antara dua sahabat yang berkasih sayang dan menjalin ukhwah Islamiah adalah makbul disisi Allah SWT.

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi SAW. bersabda yang bermaksud :
"Doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain kerana Allah dalam tempat yang berjauhan diterima oleh Allah SWT." (Hadis Riwayat Muslim)

Termasuk sahabat yang berjauhan adalah sahabat-sahabat di dalam alam maya (facebook) . Walaupun kita berjauhan dan perkenalan melalui alam maya tetapi jika persahabatan kita kerana Allah, saling nasihat menasihati, lengkap melengkapi dan berkongsi ilmu yang bermanfaat insya Allah kita semua akan termasuk di dalam hadis ini. Teruskanlah persahabatan ini dan jika kita ada permasaalahan berbincanglah bersama-sama dan carilah jawapannya mengikut ajaran Islam nescaya kita akan mendapat keredaan Allah SWT. di dunia dan akhirat. Doa-doa kalian kepada sahabat-sahabat kalian yang lain mustajab disisi Allah SWT.

Sahabat yang dihormati,
Marilah kita perbetulkan niat kita dalam persahabatan ini. Janganlah ada diantara kita cuba merosakkan persahabatan kerana Allah SWT ini dengan menibulkan perselisihan, fitnah memfitnah dan mengaibkan sesama kita. Jika ada perkara yang diperselisihkan perlulah saling bermaaf-maafan dan selesaikanlah secara hikmah dan lemah lembut. Buangkan segala sifat sombong, ujub dan bangga diri dalam diri kita dan hiasilah akhlak kita dengan akhlak Islam dan binalah ikatan persahabatan dan persaudaraan di antara kita semata-mata kerana Allah SWT.

Friday, 24 June 2016

Dimana kesungguhanmu ?

" Ramadhan ni cuti kan ? Buat apa kt rumah ? "

Soal aku kepada seorang sahabat yang disegani

" Bulan puasa ni duk pondok ngaji 🙈 tambah ilmu dah besaq kan "

Allahu 😢

Perasaan sebak terus menyapa hati. Tersentak dek beza antara dia dan aku. 

Malu dan kerdilnya aku disisiMu ya Allah
Lantaran ceteknya ilmu didada

Membiarkan usia muda berlalu begitu sahaja
Membiarkan waktu lapang berlalu begitu sahaja
Membiarkan keseronokan dunia menguasai diri
Membiarkan kesenangan dunia memberatkan diri untuk beramal

Dan aku disini masih lagi bermalas malasan

" Ilmu ada dimana-mana put,kat rumah pun ada :) "

Anda benar sahabat. Ilmu ada dimana-mana. Yang menjadi persoalan adalah kesungguhan kita dalam menuntutnya.

Alangkah indahnya, masa lapang yang diisi dengan majlis ilmu taman syurga

Alangkah indahnya masa lapang diisi dengan alunan kalamNya dan mentadabur ayatNya

Alangkah indahnya masa lapang terisi dengan amal ibadat yang penuh kesungguhan keranaNya

Alangkah indahnya masa dan tenaga muda disalurkan untuk Islam, ummah, keluarga , masyarakat menyambung perjuangan Rasulullah SAW !

Wahai diri,
Muhasabahlah. Jadikan diri lebih baik dari hari ke hari. Jangan bersedih atas kekurangan dan kelemahan diri namun terima seadanya, bersyukur dan perbaiki ia sedikit demi sedikit.

Gunakan masa lapang dengan baik
Gunakan tenaga muda untuk beri manfaat
Gunakan waktu muda untuk menuntut ilmu dengan sepenuh kesungguhan dan kemampuan diri

Ingat Allah sentiasa. Penuhi hati dengan Allah supaya perkara lain tidak memenuhi hatimu

#nota kaki
6 aspek ilmu yang perlu ada pada setiap daie berdasarkan tulisan Syeikh Yusul Al-Qaradawi dalam bukunya Thaqafah Ad-Dai'yah :

- Ilmu-ilmu Islam : Al-Quran, al-Sunnah, Fiqh, Usul Fiqh, Tasawwuf dan sistem- sistem Islam.

- Ilmu Sejarah

- Ilmu Kemanusiaan: Psikologi, Sosiologi, Ekonomi, Falsafah, Etika dan Sejarah 

- Ilmu Kesusasteraan dan Bahasa

- Ilmu Sains

- Ilmu Kajian Semasa (Current Affairs)

Wednesday, 8 June 2016

All I need is Allah

Allah.
Air mata deras mengalir di pipi
dengan hanya menyebut namaMu

Lantaran aku seorang hamba yang daif
Yang sering melakukan dosa saban hari
Yang sering leka dan lalai dari mengingatiMu

O Allah
sungguh tak terkata
betapa malunya aku denganMu
Atas nikmat yang Kau kurniakan
banyak yang tak terkira
sementara  aku jarang bersyukur

Syukur itu bukan dengan lisan semata
Namun syukur  hendaklah dibuktikan
dengan amalan yang diredhaiNya

O Allah,
Jadikan aku hamba yang dekat denganMu
Agar aku sentiasa dibawah pimpinanMu
Pimpinlah aku kejalan redhaMu

Allah
Kuatkan aku dalam mengharungi rimba duniawi
Agar sentiasa meletakkanMu
Sebagai matlamat utama

Dan aku, hamba yang lemah
memerlukan bantuanMu
untuk mengharungi semua ini

Rintangan hawa nafsu dan syaitan
Musuh utama dalam diri
Bantu aku wahai Tuhan
Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar

Wednesday, 18 May 2016

Keep Calm and Istighfar

Bismillah.

Terkadang dalam kehidupan
Hati sering dilanda rasa resah gelisah.
Kegelisahan yang entah dari mana.
Dan kemungkinan besar dari dosa diri.
Kerna sesungguhnya dosa itu meresahkan
Dan pahala itu menenangkan jiwa.

Teruskan bermuhasabah
fikirkan hari ini dipenuhi dengan ketenangan atau kegelisahan
Sekiranya tenang, bersyukur pada Allah dan terus istiqamah
Kiranya gelisah yang membelengu
Fikirkanlah dan bermuhasabahlah sentiasa
Bertaubat pada Allah akan dosa 
Dosa yang kadang2 kita tak sedar
akan tetapi sudah melarat dalam jiwa

Dosa lalai dari mengingatinya

Dosa leka dengan duniawi

Dosa tidak menegakkan kalimah tauhid 
Dosa malas melakukan kebaikan
Dosa terhadap hak keluarga yang tak tertunai
Dosa terhadap sahabat2 yang tanpa sedari

Dosa hati yang tak terjaga
Dosa itu dan ini yang sememangnya tak terhitung
Astaghfirullah ya Allah
Ampunkan dosa hambaMu ini

Bermuhasabahlah wahai diri
Sebelum diri kau di muhasabah kelak
Yang tak tertanggung dosa kau memikulnya
Leraikanlah beban dosa saat ini
Selagi hayat masih ada. Selagi peluang masih ada
Sebelum dileraikan dosa di akhirat kelas
Oh Allah, pimpinlah aku kerna aku lemah
Aku lemah tanpaMu Allah

Saturday, 16 April 2016

Tak senang nak senang

Bismillah.

Berakit- rakit dahulu berenang-renang kemudian.
Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.

Pegang kata2 itu wahai diri. Kerana hakikat kejayaan itu bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk dicapai. Kejayaan haruslah diiring dengan kepayahan, kesabaran, ketabahan, kegagalan dan banyak lagi.Siapa yang berusaha dia akan dapat. Itu sunnatullah yang Allah tetapkan. Allah akan beri kejayaan mengikut kadar usaha kau.

Dalam situasi sekarang, sebagai seorang penuntut ilmu. Kejayaan utama yang ingin dicapai bukanlah segulung ijazah semata. Akan tetapi ILMU ! Yes thats the main thing. Memperoleh ilmu yang bermanfaat agar dapat memberi manfaat kepada ISLAM, keluarga, diri dan masyarakat. Untuk menjadi manusia yang bermanfaat, kenalah ada ilmu pengetahuan untuk diamalkan. Dan hakikat kehidupan seorang penuntut ilmu bukanlah mudah.

Untuk menjadi seorang penuntut ilmu yang berjaya, haruslah korbankan banyak perkara. Ya . Korbankan waktu masa lapang, wang, tenaga, keseronokan dunia dan banyak lagi. Diniatkan kerana Allah dan sentiasalah berdoa pada Allah agar dikurniakan ilmu yang bermanfaat dan keberkatan dalam setiap perkara. Berdoalah pada Allah agar diberi kekuatan. Hanya padaNya tempat kita memohon kekuatan.

Bagi mereka yang diamanah Allah komitmen lain, makin banyaklah dugaan dan pengobanan yang harus ditempuh. Kerna kita telah berjanji dengan nama Allah dan Rasul untuk tegakkan ISLAM. Untuk BERSAMA-SAMA tegakkan kebenaran runtuhkan kebatilan. Sungguh bagi ahli, komitmen dakwah mengatasi segalanya. Kerana masyarakat sekarang perlu akan dakwah. Siapa lagi yang ingin meyambung perjuangan Rasulullah kalau bukan mereka yang dipilih Allah. Mereka yang diberi kefahaman oleh Allah.

Ingatlah Allah itu Maha Adil. Sometimes kita rasa terbeban sebagai ahli Jemaah ketika melihat kawan2 yang lain gembira antara mereka. Tiada komitmen, mempunyai masa lapang yang banyak untuk buat assignment, lab report, study group, buat nota, baca buku. Namun kau sebagai ahli , masa kau sedikit terhad berbanding mereka. But itu bukan alasan ! Allah itu Maha Adil . Allah pasti akan memberi ganjaran atas segala pengorbanan yang kau lakukan. Dengan syarat diniatkan hanya keranaNya.

Ahli Jemaah harus kuat !! Lawan syaitan yang sentiasa menjauhkan kita dariNya. Lawan nafsu yang sentiasa ingin melakukan perkara yang menyeronokkan. Korbankan waktu , tenaga, wang dan banyak lagi. Jadikan mereka yang berjaya sebagai inspirasi untuk terus kuat. Jaga tarbiyyah dzatiyah. Jaga ukhuwah yang menjadi kekuatan untuk terus istiqamah !

Ketahuilah wahai diri. Syurga itu merupakan impian utama bagi seorang muslim. Dan kejayaan sebenar adalah bila kita dapat bertemu Allah SWT yang Maha Agung. Dan ketahuilah bukan senang nak masuk syurga ! 

Friday, 12 February 2016

Pesan buat diri

Ramai manusia sibuk mengejar rezeki.
Dimana rezeki itu adalah suatu yang telah ditetap olehNya
Dan kita sekarang hanyalah perlu mendekatkan diri padaNya.
Diiringi rasa syukur padaNya.

Dengan mendekatkan diri dan bersyukur padaNya
Rezeki dilangit akan diturunkan
Rezeki dibumi akan dikeluarkan
Rezeki yang jauh didekatkan
Rezeki haram di halalkan
Rezeki yang sukar akan dipermudahkan.

Sekali lagi, pesan buat diri. Rezeki itu sudah ditetapkan Allah.
Jadi sekarang fokus atas tuntutan Allah padamu.

Jangan ada hasad dengki diatas rezeki manusia yang lain
Ketahuilah rezeki ditangan Allah. Bukan ditangan kita atau manusia lain

Katakanlah wahai diri yang lemah

" Ya Allah jadikan aku hamba yang gembira hanya denganMu. Aku tak perlu makhluk hanya perlu Mu ya Rabb. Cukuplah Engkau bagiku sebagai perlindung dan penolong "

Wahai diri

Sibukkan diri dengan memikirkan adakah Allah akan terima amalan mu atau tidak
Tak perlu lah berbangga dengan amalan yang sedikit.
Takut-takut amalan yang dilaksana tidak dipandang disisi Allah

Dan hakikatnya. Amalanmu masih sedikit. Sangat sedikit jika nak dibandingkan dengan orang2 yang soleh dan dijamin syurga olehNya.

Monday, 1 February 2016

Penyakit Hati

Sumber asal: http://aku-azharian.blogspot.com

Terdapat perbezaan antara ujub, riak dan takabbur. Apa yang selalu menjadi kekeliruan kita ialah untuk membezakan 3 penyakit hati ini. Ya, terdapat perbezaan antaranya.

Ujub

Jika yang dibicarakan adalah berkenaan dengan UJUB, maka kita perlu untuk memahami bahawa ujub ini timbul dalam hati. Ujub ini adalah lintasan-lintasan kecil yang membisikkan bahawa “aku sedang berbuat baik”, “aku hebat mampu berbuat sedemikian”, atau “wah, baik juga rupanya aku.”
Selalunya, ujub ini hadir sebegitu.
Maksud saya, ujub hadir ketika melakukan kebaikan.
Contohnya, tiba-tiba, minggu itu kamu berterusan menjadi orang pertama yang masuk ke surau pada waktu Subuh, hati-hati sahabat, bimbang akan hadir ucapan hati sebegini:
“Wah, mantap jugak aku rupanya, direct bangun paling awal nie.”
Maka, UJUB telah menjelma.
Juga, hati ini akan cenderung untuk memuji diri sendiri terhadap kelebihan yang ada. Ketika mempersembahkan jawapan di papan putih, ketika memberi ucapan di atas pentas, ketika azan dan menjadi imam, ketika mengalunkan bacaan Quran malah ketika menaip status di Facebook atau tweet di Twitter.
“Eh, ramainya like status aku, hebat juga ya, baru 5 minit sudah 100 like.”
“Bukan calang-calang, setiap tweet aku pasti saja ada yang retweet atau favourite.”
Itu, UJUB.

Riak

Beza pula dengan RIAK. Riak merupakan perbuatan yang menunjuk-nunjuk. Secara mudahnya, ketika sedang melakukan amal atau apa sahaja, ketika itu hadir dalam hati niat untuk menunjuk.
Bermakna, riak ini akan terjadi apabila wujud seseorang yang lain. Tidak akan terjadi riak jika tiada siapa yang kita mahu tunjuk, contohnya kamu hidup di sebuah pulau yang hanya kamu di situ.
Kamu melangkah masuk ke dalam surau, baru sahaja ingin melabuhkan punggung untuk duduk tiba-tiba masuk ustaz warden, sebagai Ketua Ibadah, nanti apa pula dia cakap, jadi kamu pun mula solat sunat Rawatib.
Nampak? Ayat “nanti apa pula orang cakap” yang timbul itu sudah cukup untuk membuktikan kamu hanya menunjuk-nunjuk.
Orang yang riak, selalunya tidak istiqomah. Apabila ada faedah, dia akan buat, apabila tiada, dia tidak buat. Maksudnya di sini, jika dia dapat tunjukkan pada orang, dia akan buat, jika tidak, dia tidak buat. Contoh di asrama, selalunya dia akan turun surau awal pada waktu Subuh, tetapi minggu itu, seluruh ahli biliknya pulang ke kampung, dia bukan setakat bangun lewat, malah hanya solat Subuh di biliknya sahaja.
Itu, RIAK.
Tetapi kena ingat, pada orang istiqomah pun riak ini boleh berlaku.
Contoh di surau lagi, setiap malam Khamis akan diadakan qiamullail, setakat ini kamu masih tidak terlepas lagi tetapi minggu itu kawan ajak tidur di rumahnya. Kamu menolak semata-mata tidak mahu terlepas qiamullail itu. Maklumlah, seluruh penghuni tahu kamu masih tidak terlepas lagi. Soalan saya, tidak boleh qiamullail di rumah kawannya saja? Jika dia beralasan di rumah kawannya payah nak bangun dan tiada ‘skuad’ yang mengejutkan seperti di asrama, itu lain cerita. Tetapi, selalunya dia bangun sendiri dengan menguncikan jam dan dia mampu sahaja bangun awal walau di mana pun, mengapa tidak tidur sahaja di rumah kawan dan qiam sahaja di sana?
Jelas RIAK di situ.

Takabbur

Sekarang, TAKABBUR. Ini juga perbuatan hati, dan merupakan penyakit. Seperti ujub, cuma takabbur ialah berasakan kamu adalah lebih hebat dari lainnya. Ujub, kamu puji diri sendiri. Takabbur, kamu bandingkan kamu dengan yang lain dan tinggikan dirimu. Lagi advance!
Dan juga lagi teruk.
Kamu lihat, semua orang adalah lebih rendah darimu dan kamu lebih mulia.  Bayangkan, kamu merupakan seorang pemidato yang hebat malah pernah menjuarai di peringkat kebangsaan. Satu masa, kamu menghadiri kursus pidato bersama kawan-kawan yang baru sahaja berkecipung dalam bidang ini. Jika wujud rasa dalam hati bahawa kamulah yang paling hebat, maka takabbur mula menguasai.
Natijahnya, kamu berasa tidak puas hati apabila orang lain yang menjadi ketua dan bukannya kamu. Kamu berasa, bukankah kamu yang memiliki pencapaian yang paling tinggi antara yang lainnya? Mengapa dia pula yang ketua? Ketika ada yang menegur kamu bahawa kamu salah pada sekian-sekian, kamu melenting dan tidak mahu terima malah tergamak berasa yang menegur itu memandai-mandai. Maklumlah, kamu peringkat kebangsaan, dia baru nak mula.
Itu, TAKABBUR.
Juga berlaku takabbur ini jika terdapat perbezaan bangsa, warna kulit dan negara. Di Malaysia, di negara sendiri, tiba-tiba seorang warga asing dari Bangladesh menegurmu kerana memotong barisan di ATM. Kamu pekakkan telinga dengan anggapan jijik dan selekehnya orang yang menegurmu itu.
Jelas benar takabbur di situ.
Takabbur ini sememangnya rasa dalam hati. Jika yang tebal sangat tu, mungkin sehingga ucap dengan lisan.
”Kau siapa nak tegur aku? Kau baru ijazah, aku dah Master kot..”
Sudahlah meninggi diri, merendahkan orang pula.
TUNTASNYA, ini semua penyakit hati. Gambaran ini sudah cukup untuk menggambarkan betapa buruknya sifat ini dan pelakunya. Syaitan itu sangat licik. Kadang-kadang tanpa sedar, kita telah bersifat dengan ujub, riak, takabbur dan penyakit hati yang lainnya.
Ketika melangkah masuk untuk beribadah, kamu mula berasa kamu hebat. Itu UJUB. Masuk pula seorang kawan, kamu sengaja lamakan ibadah itu atau zahirkan ibadah itu dengan suara atau sebagainya, itu RIAK. Ketika melihat kawan itu tidak beribadah seperti kamu, kamu berasa kamu lebih hebat dan mulia darinya, itu TAKABBUR.
Sia-sia sudah ibadahmu itu.
Malah, Allah dan Rasul melaknatnya.
Moga saya, moga saya, moga saya dan kalian dapat mengamalkan apa yang baik, dan meninggalkan apa yang buruk.
Wallahu ta’ala ‘alam bissowaab..

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik