Saturday 23 September 2017

Pilihan Raya kampus upm 2015 vs 2017

Bismillah

Perancangan Allah itu sentiasa yang terbaik buat hambaNya. Dia yang Maha Mengetahui akan segala sesuatu. Dia Maha Mengetahui kemampuan hambaNya  dan Allah tidak akan sesekali menzalimi hambaNya

Pilihan Raya kampus upm 2015 vs 2017

Dua situasi yang berbeza, dua cabaran yang berbeza.

2015-
Diberi kepercayaan untuk bertanding kerusi fakulti. Urusan penamaan calon dipermudah tapi mental & fizikal belum sepenuhnya bersedia untuk berkempen dan sebagainya. Kalah sebab dapat tempat ke-3 daripada 5 kerusi 😅

2017-
Diberi kepercayaan untuk bertanding kerusi fakulti. Mental & fizikal lebih baik berbanding sebelum ni sebab yakin dengan manifesto. Akan tetapi tidak dibenarkan pihak Jawatankuasa Pilihan Raya UPM untuk bertanding sebab Borang Penamaan Calon tidak diisi dengan lengkap (tertinggal isi tarikh di ruangan sign Dekan). adehh, Nak buat rayuan dah tak boleh 😅

Terima kasih yang tak terhingga pada SMART UPM kerana memberi kepercayaan untuk bertanding bagi sesi ini. Persiapan dari aku sedari semester lepas lagi sebagai persediaan yang mencukupi buat bertanding menjadi calon. Namun apakan daya, Allah tak beri keizinanNya buat aku dan pasti ada pelbagai hikmah yang tak tercapai dek akal fikiran.

Mungkin ini juga ruang bagi aku muhasabah diri, teguran yang besar buat diri, ruang untuk fokus pada perkara lain yang menjadi keutamaan yang lebih besar dalam hidup.

Jadi sekarang ni, bertenang hadapi semuanya. Dekatkan diri pada Allah, bertaubat akan segala dosa yang sememangnya bertimbun 😔

Dan sememangnya ini satu pengalaman yang menarik dan akan dikenang sepanjang hidup. Hasbunallah wa ni'mal wakil.

Antara dua pengalaman yang manis sepanjang berada di UPM. Ruang untuk muhasabah dan pasti setiap yang terjadi adalah yang terbaik disisi Allah SWT. Terima kasih pada semua pihak dan selamat maju jaya buat semua calon SMART UPM !

2015 vs 2017

Selamat berjuang buat sahabat

Simpanan untuk CV 😁

kecuaian diri sendiri kerana tak perasan untuk isi tarikh bahagian ruangan Dekan. Allah hijab mata ku huhu. Tak pe redha je

Tuesday 22 August 2017

Belajar masak

Bismillah

Arwah mama sememangnya suka memasak. Segala sifat keibuan arwah mama terserlah dalam masakannya. Kerana arwah mama juga suka makan (hehe) dan always gembira melihat makan minum suami dan anak-anaknya terjaga. Terima kasih mama. Semoga segala penat lelah mama mendapat ganjaran disisi Allah. Semoga setiap apa yang mama hidangkan termasuk air susu mama yang membentuk darah dan daging aku dan kami adik beradik mengalir dalam bentuk pahala yang berterusan buat mama di alam sana.

Kadang-kadang rasa menyesal pun ada kerana tak begitu bersungguh untuk belajar resepi turun-temurun dari arwah mama. Namun apakan daya. Teruskan je mana yang sempat belajar dari arwah mama dan semoga memberi manfaat buat diri.

Imbas kembali resepi yang menjadi kebiasaan arwah mama sebagai rujukan.  Dan juga resepi baru yang berkhasiat untuk dicuba. Belajar dan hadam. Tak dapat belajar semua, belajar sikit-sikit jadilah ek. All the best Puteri Nazifah! J

_ My list Recipe-to-learn & Ideas_
SARAPAN // MINUM PETANG

-         Aneka nasi goreng
-         Nasi lemak
-         Mihun goreng
-         Mee hoon sup
-         Mee goreng
-         Mee rebus
-         Mee kari
-         Kue Teow goreng
-         Kue Teow Kung Fu
-         Lempeng goreng + Sardin
-         Bubur nasi
-         Jemput-jemput
-         Pancake
-         Spaghetti Carbonara
-         Spaghetti Bolognese
-         Speghetti Oglio Olio
-         Macaroni goreng
-         Roti Jala + Kari ayam
-         Sandwich scrambled eggs + salad
-         American style breakfast (roti bakar+ baked beans + Scrambled eggs + Kentang goreng)
-         Ready-made keropok Tganu
-         French toast
-         Roti with spread
-         Popiah sayur / cendawan cheese
-         Samosa
-         Oat + milk + dried fruits
-         Telur separuh masak
-         Homemade fish & chips
-         Homemade burger
-         Homemade meat balls
-         Homemade nuggets
-         Cucur durian (Sabah style)

LAUK-PAUK

_IKAN_

-         Basic goreng kunyit ><
-         Goreng berlada
-         Masak 3 rasa (Ikan siakap/Ikan kerapu/bawal hitam)
-         Ikan Kukus (ikan tilapia / ikan bawal putih)
-         Cencaru sumbat
-         Ikan Bakar + air asam // sambal kicap
-         Masak asam rebus (ikan tongkol/ikan kembung)
-         Masak asam pedas (ikan kerisi/pari/selar)
-         Masak kicap (Ikan kembong/cencaru/Ikan tongkol)
-         Masak Sup (Ikan merah)
-         Masak Taucu (ikan kembong/ikan tongkol)
-         Gulai nenas ikan masin
-         Masak tempoyak (ikan patin)
-         Masak lemak cili padi (Ikan keli/ikan merah/ikan tenggiri)
-         Masak singgang (ikan tenggiri/ikan kembung)
-         Masak kari (ikan jenahak/ikan tenggiri/ikan merah)
-         Sambal tempe + ikan bilis + kentang
-         Ikan bilis goreng cili padi hijau
-         Ikan bilis masak sambal

_AYAM_

-         Nasi ayam resepi kakak
-         Ayam berempah
-         Ayam goreng crispy
-         Ayam masak merah
-         Ayam masak kurma
-         Ayam goreng kunyit
-         Ayam masak kicap
-         Ayam masak lemak cili api
-         Ayam masak butter
-         Ayam masak paprika
-         Ayam masak asam pedas
-         Sup ayam
-         Ayam percik
-         Ayam perap BBQ
-         Kari ayam
-         Ayam ungkep resepi kekni

_SEAFOOD_

-         Ketam masak lemak cili api
-         Ketam masak sambal
-         Lala Chinese style
-         Kupang masak lemak cili api
-         Tom yam seafood
-         Sambal sotong
-         Sambal tumis udang
-         Butter prawn
-         Sotong goreng tepung
-         Udang goreng tepung
-         Udang masak lemak kuning
      Kerang rebus
      Siput sedut masak lemak cili api

_DAGING_
-         Sup daging/sup tulang
-         Daging dendeng
-         Daging berlada
-         Daging kicap berempah
-         Daging masak hitam
-         Daging salai masak lemak cili api
-         Kari daging
-         Daging masak taucu
-         Bulgoggi (Korean style)
-         Perut lembu masak lemak hihi
-         Tomyam daging

SAYUR_SAYURAN

-         Sayur campur tumis air
-         Stir fried Bayam merah
-         Sup sayur
-         Kangkung tumis belacan
-         Tomyam sayur
-         Kailan ikan masin
-         Sayur masak lemak
-         Petola masak air (lada hitam + kepok keeping)
-         Sup cendawan
-         Sayur tumis sos tiram
-         Salad
-         Brokoli rebus
-         Ulam-ulaman

SPECIAL MENU

For special occasion like Eid Mubarak celebration or birthday or gathering or such J

-         Nasi Arab
-         Nasi dagang
-         Nasi kerabu
-         Lontong
-         Soto resepi mama
-         Begedil
-         Rendang ayam/daging
-         Kuah kacang
-         Ikan 3 rasa
-         Homemade chicken chop
-         BBQ
-         Coleslaw
-         Mashed potatoes
-         Shell Out!
-         Steam boat

ANEKA KUIH-MUIH // MANISAN:
-         Donut
-         Kuih keria
-         Mek Comey
-         Karipap
-         Agar-agar
-         Puding
-         Pengat pisang/ubi/durian
-         Bubur cha cha
-         Bubur pulut hitam
-         Puding roti
-         Roti jala + kuah manis

-         Churros
-         Triffle
-         Cream puff
-         Cheesekut
-         Butterscotch
-         Crème Brulee
-         Brownies
-         Cakes (Chocolate, span, Japanese cheese cake, red velvet)
-         Homemade ice cream

-         Lai Chee Kang
-         Cendol santan sawit J
-         Homemade soya milk
-         Homemade Tau Fu Fah
-         Pat Bing Su

-         Cocktail 

Wednesday 19 July 2017

Nilai sebuah kehidupan

Bismillah

Setiap manusia ada jalan hidup yang tersendiri. Rezeki masing-masing telah Allah tetapkan sedari awal lagi. Siapa kita untuk mempersoalkan takdir Allah. Siapa kita untuk membuat perbandingan akan nilai sebuah kehidupan.
" Siapa diri kita saat ini, Allah telah tahu sejak dahulu "
Ada insan, yang dimudahkan jalan untuk menuntut ilmu. Bermula dari sekolah rendah, sekolah menengah, kolej dan universiti sehinggalah ke peringkat pengajian yang tertinggi dan sehinggalah berjaya menjadi ahli akademik. Berkongsi dan mencurahkan segala yang dipelajari kepada masyarakat untuk dimanfaat bersama. Semuanya tampak mudah dan smooth di mata kita. Namun pahit dan perit perjuangan mereka hanya dalam pengetahuan Allah. Tapi diakhirnya, berkat segala kesusahan yang ditempuh, kesenangan dan ketenangan hidup dikecapi.

Ada insan, yang Allah hadiahkan keluarga yang menjadi penyejuk mata hati. Yang bersama-sama dalam melaksanakan ibadah dan tanggungjawab sebagai seorang muslim dengan sepenuhnya. Yang menjadikan islam sebagai cara hidup. Dan hasilnya, lahirlah keluarga yang penuh sakinah, berkasih sayang dan penuh kerahmatan disisiNya. Meski tak sesempurna di mata insan lain, namun cukup sempurna di mata Ilahi. 

Ada insan yang Allah tempatkan dia dalam kesusahan. Kesusahan dalam mencari rezeki. Keperluan yang sering tidak mencukupi untuk memburu impian duniawi. Namun Allah itu Maha Adil. Selepas kesusahan pasti akan terbit kesenangan. Berkat kesabaran menempuh kesusahan itu, dengan ikhtiar dan pengharapan sepenuhnya pada Ilahi maka hasilnya dia mendapat kesenangan dan ketenangan hidup.

Ada insan yang Allah tempatkan dia di medan amal yang bersesuaian dengan kebolehan dan kepakaran diri mereka. Dengan kepakaran itu, mereka mampu menyelesaikan tugas dan amanah dengan jayanya. Mereka bahagia dan tenang dengan kehidupan itu. 

Ada insan yang Allah beri rezeki kepada mereka untuk travel mengelilingi dunia melihat kebesaranNya. Dimana tak semua insan dapat mengecapi nikmat untuk mengembara dan bermusafir. Nikmat mengembara dan bermusafir ini antara nikmat yang paling berharga. Dapat melihat keindahan ciptaanNya di dunia ini dan belajar dari sebuah pengembaraan, adalah pengalaman yang tak boleh dijual beli.

Demikianlah kehidupan. Apa yang terjadi itu yang terbaik untuk diri kita. Pokoknya, posisikan diri kita agar sentiasa dibawah pengawasanNya sentiasa. Jadi hambaNya yang bertaqwa, buat yang terbaik. Dengan izinNya Allah akan beri yang terbaik. Allah akan beri kebahagiaan dan ketenangan hidup dunia akhirat dengan syarat kita bertaqwa pada Ilahi.

Jangan dibandingkan nilai sebuah kehidupan. Bersyukur seadanya dan definisi bahagia itu berbeza bagi setiap insan. Dan sedarilah untuk mendapat kebahagiaan dan ketenangan yang sebenar bukan satu jalan yang mudah. Bertabahlah dalam mengharunginya. 

Monday 10 July 2017

Words for soul

Bismillah.

Assalamualaikum.
kehadapan insan yang bernama Puteri Nazifah. :)

Apa khabar iman ? Apa khabar jiwa ?
Semoga semuanya baik-baik sahaja hendakNya

In life, kadang-kadang Allah uji dengan seribu satu perasaan. Demikianlah indahnya kehidupan yang Allah susun. Adakalanya Allah datangkan perasaan gembira dan senang hati. Ucaplah syukur alhamdulillah atas ketenangan itu, dan berbuat baiklah sebanyak mungkin.

Adakalanya Allah datangkan perasaan takut dan risau tanpa sebab. Jiwa resah gelisah, jantung berdegup dengan rancaknya meski berkali istighfar. Tatkala ini, perlu untuk diri bermuhasabah. Mungkin ada dosa yang kita sedar tak sedar. Dosa pada abah,dosa pada pendidik, pada keluarga, dosa pada sahabat2. Dosa di laman sosial yang mungkin mengguris hati mana2 pihak atau yang tidak menyenangkn. Amanah yang tak terlaksana atau tugasan yang mendatang. Perlunya pengharapan sepenuhnya kepada Allah dan bertaubatlah sentiasa. Indeed, manusia itu tak sempurna.

Adakalanya Allah datangkan perasaan sedih dan sunyi. Perasaan rindu akan kasih sayang dan tempat bermanja dengan arwah mama. Ya memang sejak pemergian arwah mama 22 July 2015, pasti akan diselebungi rasa sunyi dan sedih. Iyalah siapa lagi insan yang paling rapat dengan kita selain ibu kandung sendiri. Oleh itu kau kena kuat ! Katakan dalam diri 'hasbunallah wa ni'mal wakil'. Cukuplah Allah bagiku. All you need is Allah and bear in mind that He is very close to His servant. Dan yakinlah, jika ada rezeki, Allah akan datangkn seorang insan yang akan mengisi kekosongan itu. Indeed I have Allah, my family and friends in life. Tapi pasti fitrah seorang manusia perlukan pasangan untuk melengkapkan kekosongan yang masih ada. Thus, melengkapkan sebahagian dari agama kita. 

Dan sedarlah wahai diri,
Bahawa hidup ini memang tak seindah imaginasi. You have to accept that and don't expect too high in life to avoid disappointment. Just do the best as you can, leave it to Allah. If things turn out well then Alhamdulillah. If not, then keep calm and sabr.

Dear Puteri Nazifah,
Hiasi hidup ini dengan ketaqwaan. Taqwa itu adalah sifat berhati-hati. Umpama kau berjalan di ladang yang penuh duri yang tajam, pasti perjalanan itu penuh dengan sifat berhati-hati.

Ya, dalam hidup ini kau perlu berhati-hati. Hati-hati dari melanggar perintah Allah dan hati-hati dalam melaksana perintahNya

Hati-hati dari maksiat. Waktu solat, harus berhati-hati dari lalai. Harus latih diri untuk khusyu'. Solat itu jalan menuju kejayaan. Berhati-hati dalam melaksanakannya. 

Hati-hati dalam pergaulan. Jaga batasan ikhtilat dengan kaum muslimin. Untuk mengelak perasaan hati yang mungkin datang dari syaitan. Hati-hati dengan kata-kata terhadap sahabat juga reaksi dan layanan kita. Mungkin akan menyinggung perasaan dalam sedar atau tak.

Hati-hati dengan hati. Jangan dibiarkan ada penyakit riak, ujub, takbur, sum'ah. Mungkin dan pasti akan ada penyakit itu menimpa. Oleh itu penting untuk kau sedar akan ia. Jangan biarkan ia melarat nauzubillah.

Hati-hati dalam menuntut ilmu. Keberkatan itu perkara utama untuk dikejar. Bukan segulung ijazah yang membanggakan, bukan cgpa yang disaingi, bukan siapa yang lebih hebat dan cekap dalam ilmu. Tapi keberkatan. Dengan keberkatan ilmu Allah akan angkat darjat kita disisiNya. Juga akan ada ruang dan peluang untuk kita memberi manfaat kepada masyarakat. Dan ini bukan satu process yang mudah. Jadi jangan bermudah-mudah dalam menuntut ilmu.

Hati-hati dengan pancaindera kita. Jaga mata, jangan biarkn ia liar dengan pandangan dosa. Jaga perut, jangan biar ia dipenuhi dengan makanan sehingga memberatkan diri untuk ibadah. Jaga hati dan fikiran agar ingat akan Allah sentiasa. Jaga tangan,kaki,lidah dan lain-lain agar tidak melakukan sesuatu yang tak diredhaiNya.

Hati-hati dengan fizikal. Jangan dibiarkan ia lesu dari senaman. Senaman itu perlu untuk kecergasan. kecergasan itu perlu untuk tubuh badan yang sihat sentiasa. Tubuh badan yang sihat itu satu keperluan untuk ibadah dan menjadi manusia bermanfaat. Juga hati-hati dengan makanan. Jaga diet pemakanan seharian itu sangat penting. Elak penyakit merbahaya seperti kanser, kardiovaskular, diabetes, hypertension dan sebagainya. Nauzubillah.

Demikianlah taqwa. Betapa indahnya pakaian taqwa dalam keidupan seorang muslim. Ya, sememangnya iman seorang manusia itu ada pasang surutnya. Berdoalah pada Allah sentiasa. Agar diberi keteguhan iman untuk kita sentiasa hiasi diri dengan iman & taqwa. Semoga Allah beri keteguhan iman dan kesihatan tubuh badan yamg baik.

Sunday 4 June 2017

Pesan Doktor

C&P

PESANAN KEPADA WANITA DAN PESAKIT2 SAYA

1. Jagalah kesihatan anda sebelum ditimpa penyakit. Tiada harta dan wang ringgit yang bertimbun banyaknya pun yang bolih menebus kesihatan bila sudah dilanda penyakit kronik.

2. Pencegahan penyakit adalah lebih baik dari rawatan. Tapi bila sudah ditimpa penyakit perlu cari ubat dari peringkat awal. Cari ubat dari doktor bertauliah dulu. Rawatan alternatif dan tradisional bolih dikabungkan kemudian.

3. Berdoa kepada Allah SWT setiap hari dan setiap waktu dan ditempat yang makbul doa agar dikuatkan iman dan diberi kesihatan badan, jiwa dan panca indera. Jangan putus doa atau putus harapan. Allah Maha Pengasih dan Penyayang.

4. Kuasai, kawal dan urus diri untuk mengikuti caragaya, budaya dan tabiat hidup kearah sihat walafiat. Jangan asyik bergantung dengan ubat. Ubah minda dan ubah tabiat kepada ciri2 positif. Hapuskan kepercayaa dan amalan kuno yang tidak berasaskan ilmu pengtahuan.

5. Maksud hadis - pada akhir zaman (sekarang) dua perkara menjadi punca utama bagi berbagai penyakit iaitu makanan tidak seimbang dan gangguan jiwa dan rohani. Memang benar.

Lain2 punca penyakit ialah keracunan dari berbagai punca saperti bahan2 kimia, radiasi dan pencemaran.

6. Penyakit timbul dari tabiat makan yang tidak sesuai serta pemilehan makanan yang kurang berkhasiat dan berzat. Sering berlebihan gula dan karbohaidret. Juga makanan yang munkin mengandungi toksin sebab diawet, diperoses, ditambaj perisa serta disimpan dalam tin.

Jauhkan makanan2 tersebut dan juga makanan2 segera dan junk serta minuman manis dan bergas. Makan bahan2 yang mentah dan segar - bayakkan sayur2 dan buah. 70% dari makanan dari sumber tersebut.

Kurangkan gula dan garam dalam masakan. Juga jangan memasak keterlaluan ( over cooking khususnya sayur2)

7. Makan bila lapar berhenti sebelum kenyang. Konyah makanan perlahan2 dan berulang2 sehingga makanan dalam mulut jadi lumat sebelum ditelan. Tebaik konyah antara 15 hingga 20 kali setiap suap makanan.

8. Mulakan makan dengan buah2an dan tunggu 15 hingga 20 minit sebelum makan nasi. Kalau bolih jangan tambah nasi; tambah lauk(perotin) dan sayur2 jika sajian pertama tidak mengeyangkan.

Waktu selingan (tea dan coffee break) makan kacang badam, peanuts , gajus atau walnut berserta kismis, keroma atau berries yang dikeringkan. Biji2 kuaci, sunflower, labu, semangka, adalah makanan sihat. Disertai air kosong atau air teh hijau.

9. Kurangkan minuman kopi kepada satu atau dua kali sahaja dalam sehari. Biasakan minum juz buah2 yang segar. Jus air kelapa muda tanpa ditambah gula adalah juz buah yang terbaik dari segi kandungan zat, vitamin dan logam. Banyakkan minum air mineral atau air kosong.

Mereka yang sering mengalami gangguan kencing dan lelehan lendir faraj amalkan minum juz cranberry, lemon , limau nipis atau kasturi.

10. Minyak kelapa dara (VCO) atau extra virgin olive oil adalah bail untuk fungsi otak dan jantung. Minumlah satu sudu pagi dan petang. Juga satu sudu madu lebah setiap hari.

11. Jadikan suka makan ulam dan salad sebagai satu tabiat dan budaya hidup. Ulam raja telah dikaji dan diboktikan sebagai antikanser. Begitu juga berbagai2 pucuk daun yang mudah ditanam disekitar rumah - sambung nyawa, misai kucing, kacang botor, tujuh jarum dll- mengandungi berbagai khasiat kesihatan ; mengawal kencing manis, darah tinggi serta meningkatkan fungsi otak dan jantung.

12. Bila sudah capai umor 50 tahun iaitu umor bagi kebanyakkan wanita capai menopos atau putus haid waspadalah tentang makanan. Ketika itu falsafah kita ialah makan untuk sihat bukan untuk menjamu selera atau untuk puaskan nafsu.

Ketandusan hormon estrogen ketika menopos bolih beri kesan negatif kepada kesihatan.
Banyak sayur2, bijiran dan kekacang saperti soya yang mengadungi phytoestrogen dan bolih dijadikan gantian.
Jika mengalami gejala2 teruk akibat menopos sebaiknya makan pil hormon estrogen sebagai gantian.

13. Stress yang tidak terkawal dan berlanjutan adalah punca bagi 1001 jenis penyakit. Sukar untuk kita lari dari berbagai jenis tekanan fizikal, mental dan rohani kerana ia bolih timbul dimana2 saja. Tetapi kita bolih tangkis, atasi dan mengurus stress supaya ia tidak menimbulkan penyakit.

14. Kaedah utama mengawal stress ialah mengamalkan ibadah mengikut jadual dan arahan Allah - solat fardu dan sunat, baca quran, zikir dan selawat, puasa dan sedekah. Quran adalah satu mukjizat dan rahmat terbesar dari Allah dan didalamnya terdapat syifa iaitu penyembuh bagi segala penyakit. Baca quran setiap hari.

15. Senyum selalu, ucap salam kepada sesiapa kita bertemu, bersalaman mesra dan berkenalan, kawal marah, jangan menyakiti dan menghina orang lain, terima teguran, rasa tawaduk dan rendah diri. Terima segala jenis musibah dan ujian Allah sebagai ' qada' dan kadar Allah '

16. Exercise tubuh badan juga satu kaedah kurangkan stress. Pilih saja apa jenis exercise sesuai dengan caragaya hidup kita selama 30 minit asalkan berpeluh - berjalan kaki, jogging, tunggang basikal, pergi gym, treadmill, taichi, silat atau yoga.

Exercise hasilkan banyak khasiat kesihatan, menfaat dan kebaikkan bagi kehidupan sesorang; bantu kawal penyakit diabetes, darah tinggi dan serangan jantung dan angin akhmar.

17. Lakukan 'deep breathing exercise' dimana2 saja, sambil duduk atau berdiri; dipejabat atau dirumah ; dipejabat khusus setelah berjam2 buat kerja atau pandang komputer.
Duduk dikursi, pusingkan menghadap kebelakang atau kesudut. Sedut nafas melalui hidung sedalam2 dan hembuskan keluar perlahan2 melalui mulut sambil baca subhanalla dan lafaz istigfar. Ulang beberapa kali selama 5 - 7 minit.

Kaedah ini bolih meningkan bekalan oksijen sambil mengurangkan kabon dioksida dari otak menjadikan kita lebih segar dan lebih tenang.

18. Amalkan memeriksa buah dada sendiri waktu mandi untuk mengesan ketulan khususnya kanser payudara. Untuk periksa payudara kanan, angkat keatas tangan kanan dan guna tangan kiri untuk periksa. Ulang sebelah kiri. Juga rasa dan periksa celah ketiak untuk kesan ketulan. Picit puting jika ada keluaran lendir atau darah. Jika ada simptom2 tersebut terus jumpa doktor.

19. Buat ujian 'pap smear' khususnya wanita yang pernah melahirkan anak, yang mengalami lelehan keputihan , perdarahan selepas persetubuhan dan perdarahan lepas menopos. Ulang ujian setiap tahun. Ini bertujuan mengesan kanser pangkal rahim. Malah lebih baik dikesan sebelum jadi kanser.

20. Pantau berat badan. Sebaiknya jangan biarkan melebihi 60 kg. Memang mudah naik berat tetapi untuk menurunkan berat badan sangat sukar. Kawal makan khususnya gula dan karbohaidret. Lakukan exercise setiap hari.

21. Jadikan tabiat berjumpa doktor jika ada sesuatu kelainan dalam edaran haid . Buat scan peranakkan khususnya jika anda mengalami senggugut, perdarahan banyak, berpanjangan dan tak tentu masa atau merasai bonggol atau tumbuhan pada perut. Sila hubungi YJN untuk dapat temu janti buat scan peranakkan.
http://www.jabalnur.net/376648669

22. Amalkan makan multivitamins (saperti obimin atau lain), fish oil, kalsium dan vitamin C terus menerus sehingga akhir hayat. Jangan berhenti selepas bersalin. Jadikan ia satu tabiat dan amalan harian.

Makanan harian kita tidak dapat menampong keperluan vitamin untuk tujuan baik pulih tisyu dan organ penting dalam tubuh badan.

Keperluan vitamin dan logan meningkat selepas bersalin, penyusuan bayi dan lepas bedan. Wanita juga kehilang logam iron ketika haid.

23. Supplements. Makanan2 tambahan yang mengandungi berbagai unsor saperti antioxidants, fiber, kolegen, peptides dan amino asid banyak dijual dipasaran.

Saya sendiri mengambil extra virgin olive oil, grape seeds(mengandungi resveraterol untuk jantung dan otak), royal jelly dan honey dan habbatus sauda.

24. Jangan tanya saya 'Apa pantang selepas bedah atau lepas bersalin"

Tanya saya 'Apa yang baik dimakan waktu pemulihan?'
Pertanyan kedua lebih wajar dan positif serta proaktif.

Semoga Allah berkati hidup kita dengan keteguhan iman, kesihatan badan dan murah rezeki yang halal. Serta kejayaan dan kebahagian hidup didunia dan akhirat. Aamin.

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik