Friday 29 March 2013

7 Perangkap Semasa Menuntut Ilmu

1. Masih Mengenang Kegemilangan Lalu

Ramai  penuntut  di kolej/universiti  adalah  pelajar-pelajar  cemerlang di  sekolah menengah. Ini  memberi mereka  rasa  selamat  yang  palsu. Mereka  mungkin  telah menjadi  pelajar kesayangan  guru dan  pelajar cemerlang  dalam  kelas  mereka tetapi  apa yang  mereka tidak  sedar ialah  apabila mereka  masuk ke kolej/universiti,  mereka sedang  belajar dengan  200 lagi  pelajar cemerlang. Mereka juga tidak  sedar  bahawa mereka  sedang mempelajari  subjek yang  keseluruhannya  baru yang  mana mereka  perlu mendapat bimbingan  untuk  memperolehi  ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian, jika  pendekatan mereka silap, sukar bagi  mereka  untuk memahami  apa  yang mereka  sedang  pelajari.

2. Kejutan Budaya

Penuntut  yang  masuk  ke  kolej/universiti  akan  mengalami  perubahan  yang mendadak  dalam budaya  hidup dan  budaya belajar  mereka  yang mana  kini  mereka hidup  berjauhan daripada  ibu bapa mereka  atau  disiplin ketat  sekolah  berasrama. Oleh kerana kehadiran ke  kuliah  tidak  diambil maka  tidak ada  sesiapa pun yang tahu jika  seseorang itu  ponteng  kuliahnya. Di sekolah  atau pusat  matrikulasi, semua  yang perlu  dipelajari oleh  pelajar  diberi oleh guru  atau tutor. Sebaliknya  di kolej/universiti,  pensyarah bertugas  membekalkan prinsip-prinsip  asas dan  ilmu pengetahuan  teras yang  perlu diperluaskan  oleh penuntut-penuntut  sendiri dan berkeupayaan  menggunakan ilmu  yang  diberi.

Kejutan budaya  yang  mendadak ini menyebabkan  ada penuntut-penuntut  menghadapi kesukaran  menyesuaikan  diri mereka. Sekiranya  keadaan ini  tidak di tekankan  kepada penuntut-penuntut  dan menyediakan mereka  bersedia  terhadap  kenyataan ini, kejutan budaya  ini boleh  menjejaskan  prestasi mereka. Pendekatan  pembelajaran  berasaskan  masalah  yang  digunakan di kolej/universiti  adalah  sesuatu yang  baru dan ia menggunakan  kaedah  pembelajaran  terarah pada  penuntut  dan ia adalah amat  berbeza daripada  kaedah  belajar  di sekolah.

Situasi sebenar: Seorang penuntut  yang baru masuk  ke kolej/universiti  diberi  sebuah  kereta  dan  telefon bimbit dan  tinggal di  pangsapuri  bersama  kawan-kawannya. Dengan  budaya  berkumpulan ini mereka  keluar makan malam pada pukul 8  malam dan balik pada jam  10 malam, kemudian  baru mula belajar. Mereka meneruskan  rutin ini  sehingga semua  ahli dalam kumpulan  ini gagal peperiksaan  dalam peperiksaan  tahun pertama. Selepas  gagal percubaan  mengulangi peperiksaan  yang sama mereka terpaksa bertukar ke fakulti lain.

3. Memilih Atau Dipilih Oleh Rakan-rakan Yang ‘Salah’

Bercakap melalui pengalaman saya, saya dapati ramai pelajar yang cemerlang di sekolah tidak menunjukkan prestasi sebaik yang sepatutnya di universiti oleh kerana mereka bergaul dengan kumpulan rakan yang salah yang tidak tahu keutamaan dan matlamat penuntut kolej/universiti. Mereka suka dan teruja bertemu kawan-kawan baru dan menemui cara-cara baru menghabiskan masa berhibur sesama mereka terutama sekali apabila mereka mendapat banyak wang daripada ibu bapa kaya yang berfikir anak mereka akan mencapai prestasi yang baik jika mereka diberi segala-galanya.

4. Hilang Semangat
Ramai pelajar belajar bersungguh-sungguh untuk peperiksaan semata-mata untuk masuk universiti. Malangnya, haluan masa depan kerjaya mereka selepas masuk ke universiti tidak difikirkan dulu atau dibincangkan dengan kaunselor sekolah. Setelah bertungkus-lumus untuk masuk ke universiti, mereka hilang semangat dan hilang motivasi untuk belajar.

5. Dipaksa Oleh Ibu Bapa Untuk Mengambil Jurusan Tertentu

Contohnya, bidang perubatan. Ada juga penuntut-penuntut yang tidak berminat dalam jurusan perubatan tetapi masuk ke kolej/universiti kerana dipaksa oleh ibu bapa mereka. Subjek-subjek perubatan tidak boleh dipelajari jika seseornag itu tidak berminat. Melalui pengalaman saya, saya pernah melihat pelajar yang sudah masuk tahun empat berhenti kerana mereka tidak dapat meneruskan dan terpaksa memulakan pengajian di fakulti lain.

6. Belajar Bersendirian

Sewaktu menuntut di kolej/universiti, belajar dalam kumpulan adalah sangat penting. Tiga sebab utama kenapa ada penuntut-penuntut tidak belajar dalam kumpulan:

Tidak mahu orang lain tahu tentang kejahilan mereka dalam subjek-subjek yang diambil
Takut berkongsi pengetahuan mereka dengan rakan-rakan yang lain yang mungkin memperolehi markah yang lebih tinggi daripada mereka
Tidak mahu berusaha lebih
Melalui pengalaman saya, ramai penuntut yang tidak mendapat prestasi baik adalah mereka yang tidak mempunyai kumpulan belajar dan hanya berpuas hati duduk di perpustakaan berjam-jam lamanya dan membaca buku. Apabila mereka tidak lulus dengan baik dalam peperiksaan, mereka menjadi murung kerana tidak ada tempat mengadu. Keadaan ini menyebabkan mereka patah semangat dan hilang dorongan untuk belajar. Akhirnya berlakulah lingkaran ganas sebab dan akibat dengan mengakibatkan bertambah lagi kehilangan semangat mereka. Sebaliknya penuntut-penuntut yang ada kumpulan belajar lulus dengan lebih baik dan jika ada di antara mereka yang lulus tidak sebegitu baik, rakan sekumpulan akan cuba membantu mereka sebab kelemahan setiap ahli telah didedahkan semasa sesi perbincangan.

7. Terlalu Bersaing dan Tidak Bekerjasama

Keadaan ini lazim berlaku dikalangan penuntut-penuntut perempuan. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan mereka adalah pelajar cemerlang di sekolah menengah atau pusat matrikulasi. Akibatnya, mereka mahu kekal menjadi pelajar cemerlang dan menjadi terlalu bersemangat serta cuba mendapat sebanyak ilmu pengetahuan yang boleh, tanpa memberi pertimbangan kepada orang lain. Masalah ini dijelmakan dalam salah satu atau semua tingkah laku berikut:

Berebut mendapat perhatian pensyarah
Bersikap mementingkan diri dan tidak rela berkongsi dengan orang lain nota- nota dan buku-buku yang baik yang diberi pelajar senior
Mengawal atau mendominasikan sesi makmal dan tidak beri peluang kepada orang lain menyertai membuat eksperimen
Menyembunyikan fakta yang mereka telah pelajari

Belajar di kolej/universiti diibaratkan seperti berperang. Kita tidak boleh melakukannya bersendirian. Kerja berkumpulan amat penting. Tidak ada siapa menjadi pesaing dan semua orang merupakan rakan seperjuangan. Semua ahli mesti berkongsi kelengkapan perang untuk memenangi peperangan dan memperolehi kejayaan bersama. Tidak ada kuota berapa orang patut dapat A di kolej/universiti. Hakikatnya, seorang rakan yang mendapat A tidak akan merampas peluang kita untuk mendapat A. Lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita mendapat. Dengan kata lain, lebih banyak kita memberi ilmu pengetahuan kepada rakan-rakan kita, berkongsi nota dengan mereka, lebih banyak mereka akan berkongsi dengan kita. Dengan itu dua tambah dua jadi lima, ini yang kita panggil SINERGI.

by PROF. DR. MUHAYA HJ MOHAMAD
BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR YANG BAIK DAN BERJAYA

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik