Showing posts with label motivasi. Show all posts

Friday, 28 September 2018

Survival Dakwah Baitul Muslim

Bismillah.

Alhamdulillah syukur pada Allah atas segala nikmat yang diberi. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur pada Allah dan sabar dalam melakukan ketaatan padaNya.

Alhamdulillah berpeluang untuk mendengar kuliah daripada Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor, Puan Noraini Bt Hussin mengenai tajuk ‘Survival Dakwah Baitul Muslim’

Bilamana kita berintima’ dengan Jemaah, maka penting untuk kita untuk memastikan diri agar terus istiqamah dijalan ini. Mengapa pentingnya untuk terus istiqamah ? Bukan atas dasar semangat semata. Bukan atas dasar sahabat dan orang sekeliling semata. Tapi kena faham niat yang asas iaitu adalah untuk menyambung tali perjuangan Rasulullah SAW. Dengan niat agar perjuangan ini Allah akan menghapuskan dosa kita yang lalu dan agar kita diganjarkan dengan Syurga Firdaus kelak.

Dalam surah Ar Rum: 21 Allah telah gambarkan rumahtangga dalam Al-Quran sebagai
-  Gambaran rasa kasih mesra
- Bayangan yang teduh dan embun
- Bau-bauan yang semerbak harum

Dalam kuliah, Ustazah menekankan bahawa rumahtangga adalah antara aspek yang penting di jalan Jihad. Antara aspek yang membantu untuk diri kita terus terlibat untuk bergerak kerja Jemaah. Jadi pentingnya untuk kita terutama Muslimat untuk memilih pasangan hidup yang mempunyai kefahaman dan fikrah yang seiring sehaluan di jalan ini.

Dalam kita sibuk akan urusan dunia, janganlah lupa, leka, alpa dan lalai akan tanggungjawab kita yang utama yakni Amar Makruf Nahi Mungkar. Terutamanya kita sebagai ‘Abnaul Harakah yang dididik dengan manhaj tarbiyyah. Perlunya kita untuk terus melibatkan diri dalam menyampaikan Islam kepada mad’u. Yakinlah akan janji Allah bahawa siapa yang menolong agamaNya, Allah akan tolong kita dan perkukuhkan kedudukan kita. Yakin !

Ketahuilah tiada pemisah antara keluarga dan dakwah. Ada diantara kita terutamanya Muslimat setelah berumah tangga pasti akan menghadapi situasi dilema dalam keluarga dan dakwah. Antaranya dilemma pembahagian masa untuk keluarga dan dakwah, dilemma antara duit untuk keluarga dan dakwah dan sebagainya.

Nasihat yang diberi ustazah adalah, jangan takut dan jangan risau! Letakkan keyakinan diri kepada Allah SWT. Yakinlah bahawa rezeki itu di tangan Allah bukan atas tangan kita manusia yang tidak berkuasa dan lemah. Jangan takut untuk menginfaqkan diri, masa, tenaga dan harta kerana Allah kerana pasti akan ada ganjaran yang lebih baik disisiNya. Yakin ! Jangan takut kerana rezeki itu sentiasa ada untuk diagihkan bersama

Teringat kisah Uthman Bin ‘Affan seorang insan yang hebat sehinggakan malaikat berasa malu dan segan dengannya.

Suatu hari anaknya ditimpa penyakit dan dalam kesakitan. Akan tetapi pada masa yang sama ada tugasan dakwah yang perlu beliau selesaikan dan tanggungjawab terletak padanya. Saat beliau dimuka pintu rumah untuk pergi meninggalkan isteri dan anak yang sakit, isterinya memegang tangan dan bertanya

“ perlukah kanda pergi saat ini meninggalkan anak kita yang mengerang kesakitan ? “

Lalu Uthman Bin ‘Affan menjawab dengan ringkas, padat dengan penuh keyakinan

  Ya Allah, jika jalan ini benar maka Kau berilah kesembuhan buat anakku ini Ya Rabb “

Maka pergilah Uthman bin ‘Affan ke medan juang dan sekembalinya dia ke rumah, dengan izin Allah anaknya kembali sihat dan pulih.

MasyaAllah subhanallah. Begitulah kekuatan keimanan, kebergantungan sahabat Nabi kepada Allah SWT.

Nasihat bersama,
Sentiasalah tadah tangan penuh pengharapan pada Allah

“ Ya Allah, tempatkan aku bersama insan yang baik untuk kelangsungan bersama”

Wednesday, 19 July 2017

Nilai sebuah kehidupan

Bismillah

Setiap manusia ada jalan hidup yang tersendiri. Rezeki masing-masing telah Allah tetapkan sedari awal lagi. Siapa kita untuk mempersoalkan takdir Allah. Siapa kita untuk membuat perbandingan akan nilai sebuah kehidupan.
" Siapa diri kita saat ini, Allah telah tahu sejak dahulu "
Ada insan, yang dimudahkan jalan untuk menuntut ilmu. Bermula dari sekolah rendah, sekolah menengah, kolej dan universiti sehinggalah ke peringkat pengajian yang tertinggi dan sehinggalah berjaya menjadi ahli akademik. Berkongsi dan mencurahkan segala yang dipelajari kepada masyarakat untuk dimanfaat bersama. Semuanya tampak mudah dan smooth di mata kita. Namun pahit dan perit perjuangan mereka hanya dalam pengetahuan Allah. Tapi diakhirnya, berkat segala kesusahan yang ditempuh, kesenangan dan ketenangan hidup dikecapi.

Ada insan, yang Allah hadiahkan keluarga yang menjadi penyejuk mata hati. Yang bersama-sama dalam melaksanakan ibadah dan tanggungjawab sebagai seorang muslim dengan sepenuhnya. Yang menjadikan islam sebagai cara hidup. Dan hasilnya, lahirlah keluarga yang penuh sakinah, berkasih sayang dan penuh kerahmatan disisiNya. Meski tak sesempurna di mata insan lain, namun cukup sempurna di mata Ilahi. 

Ada insan yang Allah tempatkan dia dalam kesusahan. Kesusahan dalam mencari rezeki. Keperluan yang sering tidak mencukupi untuk memburu impian duniawi. Namun Allah itu Maha Adil. Selepas kesusahan pasti akan terbit kesenangan. Berkat kesabaran menempuh kesusahan itu, dengan ikhtiar dan pengharapan sepenuhnya pada Ilahi maka hasilnya dia mendapat kesenangan dan ketenangan hidup.

Ada insan yang Allah tempatkan dia di medan amal yang bersesuaian dengan kebolehan dan kepakaran diri mereka. Dengan kepakaran itu, mereka mampu menyelesaikan tugas dan amanah dengan jayanya. Mereka bahagia dan tenang dengan kehidupan itu. 

Ada insan yang Allah beri rezeki kepada mereka untuk travel mengelilingi dunia melihat kebesaranNya. Dimana tak semua insan dapat mengecapi nikmat untuk mengembara dan bermusafir. Nikmat mengembara dan bermusafir ini antara nikmat yang paling berharga. Dapat melihat keindahan ciptaanNya di dunia ini dan belajar dari sebuah pengembaraan, adalah pengalaman yang tak boleh dijual beli.

Demikianlah kehidupan. Apa yang terjadi itu yang terbaik untuk diri kita. Pokoknya, posisikan diri kita agar sentiasa dibawah pengawasanNya sentiasa. Jadi hambaNya yang bertaqwa, buat yang terbaik. Dengan izinNya Allah akan beri yang terbaik. Allah akan beri kebahagiaan dan ketenangan hidup dunia akhirat dengan syarat kita bertaqwa pada Ilahi.

Jangan dibandingkan nilai sebuah kehidupan. Bersyukur seadanya dan definisi bahagia itu berbeza bagi setiap insan. Dan sedarilah untuk mendapat kebahagiaan dan ketenangan yang sebenar bukan satu jalan yang mudah. Bertabahlah dalam mengharunginya. 

Saturday, 27 May 2017

Ramadhan Kareem !

Bismillah

Tak nak cakap banyak.

Cuma satu sahaja,

" Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas peluang ini "

Ramadhan

Bulan ibadah
Bulan Tarbiyyah
Bulan ummat Muhammad SAW
Bulan mujahadah
Bulan silaturrahim
Bulan kasih sayang dari Allah
Bulan pengampunan
Bulan kerehatan

Lailatul Qadr , bulan yang lebih baik dari 1000 bulan

Allahu,

Wahai diri. Jangan jadi orang yang rugi !

Ayuh, tingkatkan iman
Ayuh, tingkatkan amal

Ayuh, tingkatkan taqwa

Raih pengampunan dari Yang Maha Esa !

Tuesday, 7 February 2017

Nasihat buat diri

C&P

Tiba-tiba rasa mahu ingin mencoretkan sedikit wasiat Dr Abdullah Azzam ( mujahidin agung di Bumi Afghanistan )

Aktor yang sgt hebat di medan tempur
Disegani kawan digeruni lawan
Di antara kalamnya dia pernah menyebut

“Menghentikan jihad sejenak sama artinya dengan menghentikan gerak laju dien Allah dalam kehidupan ini.”

* sekadar perkongsian, supaya kita terus berasa kita duduk dalam jalan ALLAH taala

1. Wahai Para Da’i Islam!

Carilah kematian niscaya anda akan dikurniakan kehidupan. Janganlah kamu semua tertipu oleh angan-angan kalian. Janganlah kalian sampai tertipu oleh buku-buku yang anda baca dan amalan-amalan sunnah yang anda lakukan sehingga anda melupakan kewajiban besar.

2.Wahai Para Ulama Islam!

Majulah kalian untuk memimpin generasi yang ingin kembali kepada Rabb-nya ini. Janganlah kalian cenderung kepada kehidupan dunia.

3.Wahai Kaum Muslimin!

Telah lama kalian tidur nyenyak, sehingga kerosakan bermaharajalela di negeri kalian.

4.Wahai Kaum Wanita!

Jauhilah kehidupan mewah dan megah karena kemewahan itu musuh disamping akan merosak jiwa manusia. Hindarilah barang-barang yang tidak terlalu penting dan cukupkanlah dengan keperluan2 asas.
Binalah anak-anak kalian untuk menjadi orang yang berani dan siap sedia berjihad.

Tanamkanlah pada jiwa anak-anak kalian cinta Jihad dan perjuangan. Hiduplah dengan penuh perhatian terhadap musibah kaum Muslimin. Biasakanlah paling tidak sehari dalam sepekan hidup menyerupai kehidupan kaum Muhajirin dan Mujahidin yang hanya memakan sekerat roti kering dan beberapa teguk air.

5.Wahai Anak-Anak!

Jauhkanlah diri kalian dari bualan lagu-lagu dan muzik-muzik orang-orang pengumbar nafsu. Jauhkanlah punggung kalian dari tilam orang-orang yang hidup bemewah-mewahan.

6.Wahai Ummu Muhammad! (Isteri Abdullah Azzam)

Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan sebanyak-banyaknya atas apa yang telah engkau lakukan kepadaku dan kepada kaum Muslimin.
Engkau telah bersabar hidup bersamaku setelah sekian lama merasakan manis pahitnya kehidupan. Engkau telah memberikan dukungan yang sangat berarti bagiku untuk berjalan di atas perjalanan yang penuh berkah ini dalam berjuang di medan Jihad.

Ke atas pundakmulah aku serahkan tanggung jawab keluarga pada tahun 1969, ketika kita baru mempunyai dua anak dan seorang bayi. Engkau hidup dalam sebuah kamar kecil yang terbuat dari tanah liat, tanpa dapur dan alat pemanas (untuk menghadapi musim dingin).
Kemudian aku serahkan ke atas bahumu segala urusan rumah tangga ketika beban semakin berat, keluarga semakin bertambah, anak-anak bertambah besar dan tamu-tamu bertambah banyak, tetapi engkau tetap tabah menghadapi semuanya.
Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan sebanyak-banyaknya atas apa yang telah engkau lakukan untukku.

Sesungguhnya kehidupan jihad adalah kehidupan yang paling lazat. Kesabaran menghadapi kesulitan lebih manis daripada hidup bergelumang kemewahan dan kemegahan.
Pertahankanlah hidup zuhud niscaya Allah mencintaimu, dan janganlah engkau menginginkan apa yang ada di tangan orang lain, nescaya mereka akan mencintaimu.

Al-Quran adalah kenikmatan dan teman hidup. Bangun malam, puasa sunat dan istighfar di waktu pagi akan membuat hati menjadi bersih dan menjadikan engkau merasakan manisnya ibadah.

Bertemanlah dengan wanita-wanita salihah, tidak tamak dan rakus kepada kehidupan dunia dan menjauhi kemewahan dan cinta dunia, akan memberikan ketenangan hati.

Semoga Allah mempertemukan dan menghimpun kita di Surga Firdaus, sebagaimana Allah menghimpun kita di dunia.

7.Wahai Kalian Anak-Anakku!

Sesungguhnya kalian tidak mendapatkan perhatianku kecuali sedikit. Kalian tidak memperoleh pembinaan dariku kecuali sedikit. Ya, aku tidak memberikan perhatian kepada kalian.

Tetapi apa yang dapat aku lakukan sementara malapetaka terhadap kaum Muslimin membuat orang hamil melahirkan kandungannya dan musibah yang menimpa Umat Islam membuat rambut bayi-bayi beruban.
Demi Allah, aku tidak kuasa hidup tenang sementara api malapetaka membakar hati kaum Muslimin.

Aku tidak rela hidup di tengah-tengah kalian menikmati hidangan-hidangan lazat. Demi Allah, sejak dulu aku membenci kemewahan, baik dalam pakaian, makanan ataupun tempat tinggal. Aku berusaha mengangkat kalian ke tingkat orang-orang zuhud dan aku jauhkan kalian dari lumpur kemewahan.

Aku wasiatkan kepada kalian agar berpegang teguh kepada Aqidah Salaf (Ahlus Sunnah wal-Jama’ah) .

Jauhkanlah diri kalian dari sikap berlebih-lebihan. Baca dan hafazlah Al-Quran.

Jagalah lisan, bangunlah malam, lakukanlah puasa sunnah, bergaullah dengan orang-orang baik, aktiflah bersama gerakan Islam.

Aku wasiatkan kepada kalian wahai anak-anakku agar kalian ta’at pada ibu kalian dan menghormati saudara-saudara perempuan kalian (Ummul Hasan dan Ummul Yahya). Carilah ilmu syari`ah yang bermanfaat. Ta’atilah saudara kalian yang terbesar (Muhammad) dan hormatilah dia.

Aku wasiatkan kalian agar saling mencintai sesama kalian. Berbuat baiklah kepada datuk dan nenek kalian (Ummu Faiz dan Ummu Muhammad), kerana keduanyalah, setelah Allah, banyak berjasa baik kepadaku. Sambunglah hubungan keluarga kita dan berbuat baiklah kepada keluarga kita. Penuhilah hak persahabatan kita kepada orang yang bersahabat demi kita.

Maha Suci Engkau Ya Allah, dan Maha Terpuji Engkau. Aku bersaksi bahwa tiada Ilah kecuali Engkau. Aku memohon keampunan-Mu dan bertaubat kepada-Mu.

Isnin, Asar, 22 Sya’ban 1406H (20 April 1986)
Abdullah Yusuf Azzam

Saturday, 7 January 2017

2017 - part I

                                                                                                                                     بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

" Be better person day by day " 

Alhamdulillah. Thank you, Allah, for the opportunity to keep moving in this worldly journey of life. 7 days of 2017 passed and now I'm totally free. Well, just free for a while heh

Ok lets straight to the point. For this year what should I do to improve myself? Set life goals and InshaAllah He The Most Merciful God Allah SWT will always be there to fullfill you need. Never stop praying !

  •  As His servant

Two postulates that motivate me the most :

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku.” (QS. Adz Dzariyat: 56)

أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ
Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (QS. Al Mu’minun: 115).

  • As a Daie

Dampingi sahabat yang baik akhlaknya dan perbaiki ukhuwah. Perbaiki sahsiah diri. Bergerak kerja bersama jemaah kerana kau seorang tak mampu. Patuhi segala arahan dan laksanakan dengan SEBAIKNYA malah lebih dari itu. Ingat kesan bila amanah tak dituruti.Mudahkan urusan sahabat lain. Ikhlas supaya amalan diterima Allah ! Tuntut ilmu dan sebarkan. Tunjuk akhlak yang baik terutama dalam kepada keluarga. Sesungguhnya dakwah melalui akhlak adalah yang terbaik. Fikir penat lelah Rasulullah dalam perjuangan menegakkan Islam. Fikir sumbangan kau dalam kemenangan Islam.Fikir nasib di akhirat kelak. Adakah dipenuhi penyesalan atau ketenangan ? Fikir adakah kau salah seorang yang menyumbang dalam kemenangan Islam. Jika tidak maka rugilah akan dikau wahai diri. Ingat kau dah janji dengan nama Allah & Rasul dalam dakwah ini. Terus thabat dan istiqamah. Banyakkan berdoa. Dan banyakkan berdoa agar dikurnia pasangan yang sama fikrah untuk terus dalam dakwah & tarbiyyah :3

  • As a child
Banyakkan berdoa untuk arwah mama. Banyakkan sedekah untuk arwah mama. Dalam seharian kau hidup, jangan lupakan arwah mama dalam setiap amalan, dalam setiap doa. Jangan lupa jasa dia, pengorbanannya, nasihatnya dan semua yang dah mama buat. jangan lemah semangat malah kau perlu lebih semangat !

Untuk abah, banyakkan berdoa. Agar abah diberi hidup dan hati yang tenang. Dikurnia husnul khatimah, dijauhi su'ul khatimah. Dipertemukan mama abah disyurga. Diampunkan segala dosa, diterima segala amalan. Dikurnia ganjaran yang besar atas segala yang telah abah lakukan. Mendapat keberkatan dalam umur. Bila abah disisi, layan abah dengan baik sebaiknya. Banyakkan komunikasi, dengar nasihat abah. Jaga makan minum abah. Tunjuk sahsiah yang menenangkan hati abah. Raut wajah manis dengan senyuman dan ceria sentiasa. Untuk abah yang tersayang. Ingat jasa, kasih sayang cinta seorang ayah tiada penghujungnya.

  • As a learner
Terus bersemangat tuntut ilmu. Ingat Allah akan angkat darjat orang yang berilmu. Perkemas adab dalam menuntut ilmu supaya berkat itu ada. Bila pensyarah mengajar fokus dan review semula apa yang diajar. Jangan time exam baru terhegeh nak review. Ingat, kau nak jadi pakar dalam bidang ni. Banyakkan berdoa. Ilmu itu dari Allah bukan dari usaha kau semata. Bukan dari manusia tapi dari Allah yer. Fokus dan terus fokus dalam menuntut ilmu. Jangan hilang tumpuan kerana perkara lain. Time ni lah nak tuntut ilmu sebanyaknya. Banyakkan membaca. Dan ingat ilmu itu cahaya dan cahaya takkan menembusi hati yang gelap. Gelap itu mungkin kerana maksiat. So jauhi maksiat. Jaga hati, jaga mata dan jaga anggota badan yang lain dari maksiat. Maintain pointer dan semoga semakin meningkat ke kelas pertama. Eh jap review balik niat astaghfirullah huhu. 

  • As a youngest sister
Banyakkan berdoa untuk mereka. Sesungguhnya Allah yang memegang hati manusia. Doa agar Islam sentiasa diamalkan dalam kehidupan seharian mereka. Doa agar anak saudara kau menjadi insan yang selamat dalam mengharungi dunia mendatang. Doa agar islam tertegak dalam diri mereka. Sungguh hidup zaman sekarang, kalau tak adanya islam dalam diri memang susah nak survive. Berusahalah dan jangan putus asa.

Sunday, 4 December 2016

Current life cycle

Bismillah

Life cycle of a student.
Attended lecture, assignments, test, lab, lab report, assignments, presentation, case study, exams, scl
and the list goes on.

As one task done,
Here comes another task.
Work will always be there to be done.

Ask yourself.

" What am I doing this for ? "

" For what are you struggling this for ? "
" What makes you so eager to do the best ? " 

Reflect your own action. Look in deep your heart. Ask yourself

Does this thing makes you closer or further from Allah ?
If all these things make you further from Allah, makes you forget Him, you're in big trouble !

Dear me
please make sure that all of these things, you did it because of Allah. So that you will not wasting your time. All of the seconds flew will be rewarded ! As long as you do it for Allah bless. 

When you set your mind to do everything because of Allah , you'll be happy. You'll not stress out

If things happened as what you want, it will make you becomes grateful and humble persons.
If things happened as not in your planned, you will feel its a test from Allah, less stress and determine to correct the mistakes.

As time goes by,
Ask yourself. What have I done for the deen ?
What have I done to improve myself ?
What have I done to get closer to Allah ?
What have I done to make others closer to Allah ?

Let's be a productive Muslim !

ITQAN in every aspect

InsyaAllah 

Sunday, 13 November 2016

Impian & harapan

Bismillah

Alhamdulillah , syukur dipanjat kehadratNu Ilahi atas segala nikmat yang diberi.
Atas ketenangan hati yang dikurniakan. Keperluan untuk extend 1 semester bukanlah menjadi penghalang bagiku untuk terus bersemangat sebagai seorang penuntut ilmu disini. Malah ia menjadi pendorong bagiku untuk terus menuntut ilmu dengan penuh kesungguhan.

Despite every challenge that had come, He the Most Merciful always there to hear my pray and to ease my way. And deep in my heart surely know that every difficulty and every things that He had planned in Luh Mahfuz have it own reasons. And all of things that He planned Is actually brings lots of benefits to us.

Sesungguhnya Dia yang Maha Mengetahui akan sesuatu 
 Harapan Semester 9 🍀

Dengan izin yang Maha Kuasa akan segalanya. Dengan izin Dia Tuhan Sekalian Alam. Dengan keizinanNya Yang Maha Kaya , Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah. Dengan berkat doa abah, doa family , doa sahabat2 . InshaAllah kalau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, ingin sekali hati ini menjalani Latihan Industri di salah satu antara negara yang menjadi impian untukku jejak. Either Australia or New Zealand. Target for internship period : July 2018 - November 2018 ( either 5 months or 6 months depends )

New Zealand
Australia
MasyaAllah look at those beautiful scenery.
Ya Allah berilah aku ruang dan peluang untuk pergi menuntut ilmu ditempat yang terbaik buatku. Berilah peluang bagiku untuk melihat kebesaran ciptaanMu yang Maha Agung. Melihat kebesaranMu agar aku sentiasa dekat denganMu.

Pastinya suatu peluang yang indah jika diberi kesempatan untuk menjalani internship disana. Pastinya ia akan menjadi satu pengalaman yang mematangkan diri, meluaskan ilmu pengetahuan terutama dalam bidang aku. Peluang keemasan yang memerlukan ikhtiar dari sekarang !

Ya ikhtiar dari sekarang. Usaha dari sekarang.  Perancangannya bagaimana , jumpa lecterur yang berkaitan , financial ( yg penting tiket flight ditaja ) , doa dan doa .

Tapi apa yang lebih penting, esok dah start test 2 woi. Haha 😂 Jauh menerawang fikiran. Semester 5 tak habis lagi. Assignment minggu sebelum study week memanggil dah ni.

ok bye. Jangan lupa doa yang terbaik buat diri. Leave it to Allah. He know what  is the best  plan for you.

#staypositive
#staystrong
#stayfocus

Monday, 3 October 2016

Wishes

Bismillah

Human always have a wish. Well, of course not a wish. But wishes! Yes, lots of wishes.
Hope it will be some kind of motivation in life guided by Allah

I wish

.. to always be closed to You oh Allah
.. to always remember You in every second
.. to be protected by You oh Allah in life and afterlife

I wish

.. to be a good daie
.. to be a good daughter
.. to be a good sister
.. to be a good aunt
.. to be a good friend
.. to bring happiness to people surrounds me

I wish

.. to live with calm heart and full of Allah’s bless
.. to have moderate lifestyle
.. to always bring benefits to Deen, family, society
.. to have life partner that always remind me, protect me and guide      me
.. to have nice future family that follows what Muhammad SAW        had thought

I wish

.. to gratefully graduate with full of success
.. to have stable work and stable life
.. to develop necessary skills
.. to appreciate the God’s creation by traveling the world
.. to be strong enough go through everything that Allah planned

I wish

.. to have pure heart ( free from riya’ ujub takbur sum’ah )
.. to perform Hajj
.. to able to spread dakwah
.. to have husnul khatimah
.. to success in afterlife

Wahai diri. 

Sedarlah, kehidupan tak semudah yang disangka. Kadangkala dosa menjadi hijab. Sentiasalah bertaubat dan berusaha menjadi hamba yang berTAQWA ! Kerana orang yang bertaqwa itu, Allah janjikan kejayaan Dunia akhirat. Teruskan berdoa, usaha dan tawakal pada Allah

Tuesday, 9 August 2016

Bagaimana mendapat hari yang berkah ?

Bismillah

Petikan dari buku " Jangan bersedih , jadilah wanita yang paling bahagia " tulisan Dr 'Aidh Abdullah Al Qarni.

Cubalah ketika anda mendirikan solat subuh untuk duduk dengan khusyuk dan menghadapkan diri anda ke arah kiblat sepuluh minit atau seperempat jam, kemudian lanjutkanlah dengan memperbanyakkan zikir dan berdoa. Mintalah kepada Allah hari yang indah, hari yang baik dan penuh keberkatan, hari yang berbahagia, serta hari yang berisis kejayaan, kesolehan dan keuntungan. Mintalah kepadaNya hari tanpa mara bahaya, krisis dan masalah. Dan hari yang rezekinya berlimpah, kebaikannya banyak, perlindungan yang luas atau hari yang tiada keruh di dalamnya, yang tiada pula kesusahan dan kesedihan.

Dari Allah jualah kebahagiaan dipinta. Dari Allah jualah rezeki diharapkan. Dari Allah jualah kebaikan diharapkan. Duduk seperti ini InsyaAllah akan menjafi jaminan bagimu dalam menghadapi hari yang penuh barakah dan bermanfaat.

Diantara hal yang dianjurkan bila anda melakukan pekerjaan atau sedang duduk adalah hendaklah anda mendengar sesuatu dari kitabullah, baik dari kaset atau radio yang bacaannya dilakukan oleh seorang qari yang patuh, khusyu' lagi merdu suaranya. Dia memperdengarkan kepada anda sebahagian dari ayat Allah SWT yang ada dalam kitabNya dan anda mendengarkannya dengan penuh keraguan dan kecurigaan yang mencemarinya, lalu anda akan kembali menjadi baik keadaannya dan lebih lapang dadanya daripada sebelumnya.

Friday, 24 June 2016

Dimana kesungguhanmu ?

" Ramadhan ni cuti kan ? Buat apa kt rumah ? "

Soal aku kepada seorang sahabat yang disegani

" Bulan puasa ni duk pondok ngaji 🙈 tambah ilmu dah besaq kan "

Allahu 😢

Perasaan sebak terus menyapa hati. Tersentak dek beza antara dia dan aku. 

Malu dan kerdilnya aku disisiMu ya Allah
Lantaran ceteknya ilmu didada

Membiarkan usia muda berlalu begitu sahaja
Membiarkan waktu lapang berlalu begitu sahaja
Membiarkan keseronokan dunia menguasai diri
Membiarkan kesenangan dunia memberatkan diri untuk beramal

Dan aku disini masih lagi bermalas malasan

" Ilmu ada dimana-mana put,kat rumah pun ada :) "

Anda benar sahabat. Ilmu ada dimana-mana. Yang menjadi persoalan adalah kesungguhan kita dalam menuntutnya.

Alangkah indahnya, masa lapang yang diisi dengan majlis ilmu taman syurga

Alangkah indahnya masa lapang diisi dengan alunan kalamNya dan mentadabur ayatNya

Alangkah indahnya masa lapang terisi dengan amal ibadat yang penuh kesungguhan keranaNya

Alangkah indahnya masa dan tenaga muda disalurkan untuk Islam, ummah, keluarga , masyarakat menyambung perjuangan Rasulullah SAW !

Wahai diri,
Muhasabahlah. Jadikan diri lebih baik dari hari ke hari. Jangan bersedih atas kekurangan dan kelemahan diri namun terima seadanya, bersyukur dan perbaiki ia sedikit demi sedikit.

Gunakan masa lapang dengan baik
Gunakan tenaga muda untuk beri manfaat
Gunakan waktu muda untuk menuntut ilmu dengan sepenuh kesungguhan dan kemampuan diri

Ingat Allah sentiasa. Penuhi hati dengan Allah supaya perkara lain tidak memenuhi hatimu

#nota kaki
6 aspek ilmu yang perlu ada pada setiap daie berdasarkan tulisan Syeikh Yusul Al-Qaradawi dalam bukunya Thaqafah Ad-Dai'yah :

- Ilmu-ilmu Islam : Al-Quran, al-Sunnah, Fiqh, Usul Fiqh, Tasawwuf dan sistem- sistem Islam.

- Ilmu Sejarah

- Ilmu Kemanusiaan: Psikologi, Sosiologi, Ekonomi, Falsafah, Etika dan Sejarah 

- Ilmu Kesusasteraan dan Bahasa

- Ilmu Sains

- Ilmu Kajian Semasa (Current Affairs)

Thursday, 21 April 2016

Appreciate current moments

There was a pathetic day. My heart, mixed with different feelings and in emotionally depress. Deeply missing everything in Malaysia. Abah, family, teachers, course mates, sahabat and everything ! Eager to go back to Malaysia as soon as possible although a month left. Feeling want to cry all the time yet, no improvement from it and sometimes makes it worse.

At some point, I asked Allah for guidance and eliminate this feeling in me. knew it's not good for me and I knew it's the devil's strategy that brings me into this awfully bad mood. So that I become weaker and weaker in life.
اللّهمّ إنّى أعوذ بك من الهمّ والحزن
Kept  repeated the verse and did some self reflection. Suddenly bumped into a quote that really made me realized ! Its quote from Dr. Bilal Philips said that

" fewer worries, more smiles. Less thinking, more praying. Less blaming, more praising. Less of you, more of Allah. "

I realized in my life, always anxious and worried about the future. What will happens to me in the future. Will I be okay in the future next month, next year, next 5 years, next 10 years. Although I know that the future will not surely come cause we don't know when is the doom. And now I know that the main reason that made me sad was because always worries and less zikr.

Thinking about the past also made you feel sad. Please, never let the past and the future control your mind. But make the current moment as your main focus ! Its pointless to regret the past because its already leave you behind. Keep moving foward, determine not to do the same mistakes and let by gone be by gone.

Forget about the past, fewer think about the future, do the best and appreciate current moments because of ALLAH !

" Fikiran mempengaruhi emosi, Emosi mempengaruhi tindakan, Tindakan mempengaruhi Hasil "

Saturday, 19 March 2016

Passionate

Some might think what is it food technology? Are you going to a chef ? are you cooking in class ? Nutritionist ? That would be the common perspectives regarding on my course. But it is actually different from people perspectives even in my own view before I applied this course and learn about it. Never imagine that I would like this course so much. Not 100% but I feelin like its not waste of time to learn every single knowledge in this course cause I know the importance in the future. I feel not only learning because of the examination only and that’s makes me HAPPY even though my cgpa is not that high( so far it slightly increases and dean list is my target ! ) hAha .But anyway, Alhamdulillah full stop !

Yes, for me this course is actually hard because of lack of time to study as I’m a type of person that need to spend lots of time to digest information so that I could really understand it better forever . And the problem is in the campus I have so many things to do that made me hard to concentrate to learn better. But hey, do you realize that now you’re giving ALASAN to yourself. Look other person although they have many other things to be done more than you but they could do it properly. You’re just lazy to do the best. Just increase your effort Put ! And get closer to Allah because only Him can helps us and He is the STRENGTH that you need in life.

Even though the basic salary of a food technologist in market are not high. But as long as you work with full of heart and bring benefits to Deen ,family ,society and yourself is enough to make us happy in this worldy life. My target is to work with HALAL JAKIM. Really determine to work with them as it is very useful job to help people eat something that the prophet  SAW said “ HALAL & THOIYYIBAH”. Help the food manufactures to get their HALAL certificate of their product is not like ABC you know. It should start from the beginning until the end of the process. GMP, HACCP and much more need to learn and applied . Analyte how many % of alcohol in the product. Is there any doubt ingredient in the product ? The enzyme extract, colouring, gelatin sources, emulsifiers . How about the instrument ? and many more.

FOOD BIOCHEMISTRY

Very incredibly interesting to learn. But the chemical reaction is no fun to learn as it a little bit complicated to understand and remember hihi.  The fun part is that you can explain the nature creation of Allah’s phenomena to food in perspective of biochemistry. For example, Why apple turns brown when expose to air ? Why biscuits turn soggy and cake becomes hard when expose to air.  How in the earth does omega-3 help to boost your brain performance ? Why youre crying when cutting onion haha. And bla bla bla *Ar. Theerapong used to say this J*

FOOD + ENGINEERING = FOODENG <3

Quite interesting to learn the concept but need to be extra carefull in manufacture. I just love to learn the concept, the formulation and how to calculate for example how many sugars needed to add to produce 20% of solids in fruit juice. Thermal processing of food, Food freezing, dehydration, psychometric, the heat exchanger and many more. Really admire people that good in this. It cool ! hihi

FOOD HEALTH & NUTRITION

This is the most interesting part for me as we eat food everyday and we will know the path or the journey of the food in our body ;) The digestion of large molecule to the simplest and being absorbed by our bodies according to what Allah had command. In food basically consist of carbohydrate, fat, protein, vitamin & mineral, ash, moisture content. What is the differences between vitamin and mineral ? And much things to remember regarding on nutrition. I’ll learn about this later .

FOOD MICROBIOLOGY

Fun to learn ! We able to know the present microorganisms in our food. Eventhough it’s very tiny and cant be seen thru naked eyes, but it is so powerful to make you sick if accidently ingest them. The toxic from pathogen enough to make you diarrhoea, vomiting all night every 2 hours haha. Thru microbiology, we learn how to make the live culture of this amazing creature of Allah in petri dish with correct technique. And then ble to see them thru microscope and thousands of them in just tiny drops in the slide. Maha suci Allah yang mencipta.

And the rest of it still in learning process. Really hope that Allah will give benefits knowledge for me and for all my course mates. May Allah bless our effort to go through the life as students. May we appreciate to the opportunity that He give us to learn. Move forward and try the best you can. Get closer to Allah and leave everything to Allah. May we died in iman with ‘husnul khatimah’

amiin.

Wednesday, 16 March 2016

Tarbiyyah MFU

Bismillah.

Alhamdulillah ya Allah. Keberadaan sahabatku Nusrah disini mampu mengajak aku kepada ketaatan padaMu. Terima kasih Kau hadirkan Nusrah dalam hidupku. Sesuai la dengan namanya. ‘Nusrah’ pertolongan dariNya. Tak sangka Thailand menjadi tempat aku untuk menguat Tarbiyyah Dzatiyah ! Thanks budak ngade :3

with budak ngade

Benarlah kata hadis. Jika kita berseorangan kita tak akan kuat berbanding secara berjemaah. Jika berseorangan, syaitan akan mudah menghasut dan kita pasti akan tewas dengan dorongan hawa nafsu. Umpama seekor kambing tanpa kumpulannya pasti mudah sang serigala untuk menawan. Malas untuk beribadat, futur, leka dan sebagainya. Pentingnya fungsi sahabat yang patut mengajak kepada kebaikan dan ketaatan padaNya. Semoga Allah bantu kami untuk istiqamah hinga akhir hayat, ikhlaskan hati kami, dan terima amalan sebagai bekalan di akhirat kelak.

Jika nak dibandingkan amalan para solehin tentunya jauh perbezaannya dengan diri . Dengan status belum tentu adakah aku mampu selamat di negeri akhirat kelak. Dengan godaan syaitan sewaktu beramal. Tak tentu Allah terima atau tidak. Ya Allah jauhi penyakit hati dalam diri kami. kurniakan kami keberkatan dalam umur . Engkau tempat kami bergantung dengan penuh pengharapan.

Dengan harapan supaya dapat istiqamah terutama di Malaysia dengan kekuatan dariNya melalui sahabat :
  • Usaha solat awal waktu & berjemaah
  • Baca & tadabur Quran sentiasa
  • Baca buku haraki sentiasa
  • Dhuha setiap hari
  • Puasa sunat seminggu sekali.
  • Solat sunat sebelum subuh wajib !
  • Solat sunat rawatib ikut kemampuan
  • Jihad lawan nafsu
  • Qiamulail tiap hari ( at least bangun baca quran / zikir if tak mampu )
  • Mathurat tiap petang
  • Bersemangat tuntut ilmu
  • Isi waktu dengan perkara faedah. Jauhi perkara yang lagha (buat jadual harian )
  • Dakwah
  • Zikir sentiasa

Ramadhan, makin menghampiri ! bulan yang penuh berkat disisiNya. Hadiah dariNya buat umat nabi Muhammad. Allahu Akbar. Berilah kesempatan untuk aku bertemu bulan Ramadhan. Sekiranya berkesempatan untuk bertemu Ramadhan, aku harus usaha lebih keras untuk melawan hawa nafsu. Cabaran besar buat kau wahai diri. Cabaran yang maha besaar buat diri aku untuk menghadapi hari2 seterusnya di rumah. Aku keseorangn dengan nafsu yang sentiasa mengajak ke lembah kehinaan.

Ya Allah bantu aku . Sungguh aku lemah tanpaMu..

Saturday, 12 March 2016

Choices in your hand

There was one day, Azri went to a park alone. On his way, he saw a beautiful and stylish pinky flower, so he picked it for himself. Then, when he keep walking along the field, he saw another prettier flower.

However, he knew that prettier and better flower does not mean he has to pick it again. He knew that the best flower for him is defined by his own self. Hence, he continued his journey although he keep seeing another better flowers along his way after that.

"Because there will always be a better flower, but that does not mean it is better for us. It depends on us whether to stay with our original one, or to move on. And I choose to be loyal."

#AskAiman

😽

Copy & paste

Saturday, 24 October 2015

Abah yang disayangi

Bismillah

Pagi ni dapat ‘wasap’ dari abah. Abah bukanlah jenis yang suka ber’wasap’ so bila dapat ‘wasap’ dari abah feeling dia excited sikit :p

                Abah macam tahu-tahu je aku tengah pokai sekarang. Aku memang selalu tunggu abah tanya je kalau nak duit. Rasa tak sanggup kalau nak minta kecuali kalau betul2 terdesak. Ye la , selama ini abah yang tanggung semua perbelanjaan aku. Even sampai sekarang. Kos yuran universiti dan semua nya dalam tanggungan abah. Bersyukur sangat dapat abah yang sangat bertimbang rasa. Alhamdulillah ni rezeki dari Allah. Semoga abah sentiasa di bawah rahmat dan perlindunganNya
               
               Abah , seorang yang suka menyimpan rahsia. Sama seperti arwah mama. Kalau nak tahu apa2 mesti kita yang perlu bertanya terlebih dahulu barulah abah akan cerita. Abah adalah orang yang ke-4 yang paling aku sayang. Setelah Allah, rasul & arwah mama. Sayang aku kat abah adalah kerana sifat2 yang terdapat dalam diri abah.

                Dahulunya abah tekun mencari rezeki buat kami sekeluarga. Aku tahu pasti banyak suka dan duka yang dilalui oleh abah sepanjang dia menjadi seorang pendidik. Menjadi guru, pensyarah, pengetua dan mendapat tawaran lebih tinggi tapi abah tolak. Rezeki yang abah dapat boleh dikatakan banyak diberi atau diutamakan kepada keluarga. Kerana abah sangat pemurah.  

Dan mungkin disebabkan terlalu banyak kerja , kesihatan abah juga tak berapa nak ok. Abah ada penyakit kencing manis, darah tinggi, gout dan dulu ada masalah jantung. Tapi Alhamdulillah semuanya terkawal dan abah masih lagi boleh buat kerja dengan cergas. Abah seorang yang suka jogging dan berkebun. Lepas ni nak ajak abah jogging kat luar sebab abah asyik jogging guna mesin tu je. X best lngsung huhu.

                Bila dah pencen, aku harap abah boleh rehat dengan tenangnya. Ya aku sangat berharap agar Allah berikan ketengan hati dan fikiran kepada abah saat ini.  Dan Alhamdulillah aku sangat gembira bila melihat abah tak pernah buang masa yang ada setelah pencen. Aku sangat happy melihat abah sentiasa bersemangat dalam beribadat,berdakwah dan menuntut ilmu. Abah sekarang menjadi imam di surau Kg Atas Tol. Aku berharap agar Allah sentiasa memberi ganjaran atas segala apa yang abah lakukan di muka bumi ini.

                Sepatutnya, aku sebagai anak abah patut mencontohi peribadi abah. Sepatutnya sentiasa mendoakan abah dan sentiasa berbuat baik pada abah dan tidak menghampakan abah. Apa yang abah harapkan ?

Ø  Anak yang soleh
Ø  Anak yang soleh
Ø  Anak yang soleh

Ya aku yakin itu yang paling abah harapkan akan anak2nya. Sama seperti arwah mama. Abah dan arwah mama tak begitu mengharapkan aku terlalu memikirkan tentang pointer. Sekiranya cemerlang itu rezeki dari Allah dan alhamdulilllah. Namun jauh lebih penting arwah mama dan abah sentiasa mengharap aku agar sentiasa solat diawal waktu sentiasa menuntut ilmu, beribadat kepada Allah dan jaga kesihatan. Itu yang menjadi keutamaan bagi mereka yang aku perasan. Mereka suruh aku kejar akhirat inshaAllah dapat kejayaan dunia + akhirat.

Ok !

So aku tak nak menghampakan harapan mereka. Aku kena berusaha sebaik mungkin. Jangan ambil mudah jangan malas2, dekatkan diri padaNya dan contohi peribadi Rasulullah. 

Saturday, 5 September 2015

Amalan Anak untuk Ibu Bapa yang telah meninggal dunia

السَّلاَمُ عَلَيْكُم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Ibu bapa adalah orang yang paling berjasa kepada anak-anaknya. Bermula daripada kesusahan ibunya mengandung selama 9 bulan 9 hari. Kesusahan melahirkan anak-anak dan menyusukan dan membesarkan mereka.

Bagi anak-anak jasa dan pengorbanan ibu bapa sangat besar nilainya. Mereka dengan penuh rasa tanggungjawab membesar, mendidik dan memelihara anaknya hingga menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat dan negara. Seorang anak yang diasuh dan dididik dengan nilai agama, hendaklah memberi penghormatan dan kasih sayang sewajarnya kepada mereka.

Kita hendaklah menunjukkan rasa terima kasih dengan sentiasa berbuat baik dan tidak melanggar segala perintahnya, menjaga perasaannya jangan sampai terluka serta menjaganya ketika mereka dalam tua atau uzur.

Sememangnya, kedudukan atau darjat ibu bapa di sisi Allah sangat mulia dan tinggi sekali, sehingga menjadi sebagai ukuran penentu bagi keredaan dan kemurkaan Allah. Ini sebagaimana sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud: "Keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa dan kemurkaan Allah pula terletak pada kemurkaan ibu bapanya." (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Hakim).

Berdasarkan maksud hadis di atas, seharusnya sebagai insan yang memiliki kesempurnaan akal, kita berusaha untuk mencapai keredaan ibu bapa. Namun dalam masyarakat kita, lebih-lebih lagi pada zaman sekarang ini, kenyataannya masih ramai yang belum insaf dan tidak prihatin terhadap keterangan hadis di atas. Mereka dengan rasa tanpa segan silu, melakukan penderhakaan terhadap ibu bapa yang banyak berjasa.

Sahabat yang dimuliakan,
Setiap yang hidup anak mati , mati tetap datang kepada sesiapa sahaja tanpa mengira umur apabila saatnya sampai maka dia akan dijemput oleh Allah SWT untuk bertemu dengan-Nya di alam barzakh. Apabila ibu atau bapa kita sudah meninggal dunia atau kedua-duanya sudah kembali kerahmatullah, sebagai anak apakah hadiah dan bantuan terbaik yang dapat kita berikan tanda kita kasih dan sayang kepada kedua ibu bapa kita? , dan sebagai tanda penghargaan kita sebagai seorang anak yang soleh atau solehah?

 Terdapat dalam hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim bahawa seorang sahabat bertanya Nabi SAW mengenai apakah jasa yang boleh dilakukan oleh anak kepada kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia.?

"Setiap kali Rasulullah SAW mengadakan majlis iaitu tempat baginda mengajar umatnya, ia sentiasa di penuhi oleh orang ramai. Pada suatu hari ketika baginda sedang duduk di sekeliling oleh para sahabat, datanglah seorang lelaki yang bernama Usaid bin Malik bin Rabiah menghadapnya. Dia adalah seorang pahlawan Islam yang sangat berani.

Setiap kali Nabi SAW mengadakan majlis itu, Usaid sentiasa menghadirinya. Dia merasakan segala nasihat-nasihat tentang agama dan ilmu itu sangat penting baginya. Ketika mereka sedang asyik mendengar syarahan dari baginda, tiba-tiba datang seorang lelaki dari golongan Bani Salmah. Sebaik sahaja dia masuk kemajlis itu dengan hormat dia pun bertanya kepada Rasulullah SAW :

“Ya Rasul Allah, masih dapatkah saya berbuat baik terhadap ibu bapa saya meskipun mereka telah meninggal dunia. Semasa mereka masih hidup saya telah berbuat baik terhadap mereka mengikut apa yang terdaya oleh saya. Saya sentiasa berfikir apakah yang boleh saya lakukan setelah keduanya meninggal dunia.”

Rasulullah SAW menjawab yang bermaksud :

“Ya…dapat, sembahyangkanlah untuk kedua ibu bapa kamu, mohon keampunan untuk keduanya, laksanakanlah wasiatnya dan eratkanlah silaturahim dengan orang-orang yang kedua ibu bapa kamu lakukan serta muliakanlah teman kedua ibu bapa kamu.”

Sebaik sahaja mereka terdengar jawapan dari Rasulullah SAW itu mereka terdiam seketika tetapi di wajah masing-masing terbayang kegembiraan. Lelaki yang bertanya tadi masih tidak faham akan jawapan yang di berikan oleh Rasulullah SAW, lantas dia meminta baginda menerangkan sekali lagi.

Rasulullah SAW  tersenyum mendengar kata-kata lelaki itu lantas baginda pun bersabda yang bermaksud “Apabila meninggal dunia seorang anak Adam maka putuslah segala amalannya kecuali tiga iaitu :

1. Sedekah yang di tinggalkan semasa hidup.

2. Ilmu yang di menfaatkan dan

3. Anak yang soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya.”

Setelah Rasulullah SAW berkata begitu barulah lelaki itu faham dan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Nabi SAW kerana telah memberi sesuatu yang besar menfaatnya kepada yang hidup maupun yang telah mati.”

(Hadis Riwayat Luqman Hakim)

Berdasarkan hadis di atas terdapat beberapa amalan yang boleh dilakukan oleh seorang anak untuk kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia iaitu :

1. Sembahyangkan untuk mereka.

2. Mohon keampunan untuk mereka.

3. Laksanakan wasiat yang mereka tinggalkan.

4. Eratkanlah silaturahim dengan orang-orang yang mereka lakukan

5. Muliakanlah teman-teman mereka.

6. Doakan kepada mereka. (Setiap selepas solat fardu berdoalah kepada Allah SWT untuk  kedua ibu bapa supaya Allah SWT mengampunkan semua dosa-dosa mereka)

Selain daripada perkara-perkara diatas seorang anak yang soleh atau solehah akan melakukan beberapa perkara kebaikan untuk membantu ibu bapa mereka yang sedang berada di alam barzakh sebagai ikhtiar dan usaha-usaha untuk membantu mereka beroleh kebaikan dan tambahan pahala yang berterusan.

1. Banyakkan bersedekah terutama sedekah jariah (pembinaan sekolah agama, masjid, rumah anak yatim dan mewakafkan tanah perkuburan orang Islam) niatkan untuk mereka.

2. Sedekahkan al-Quran, buku-buku Islam di sekolah-sekolah agama atau maahad tahfiz atau dimasjid-masjid niatkan untuk mereka.

3. Selalu sedekahkan al-Fatihah, surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-nas, surah Yasin, surah al-Baqarah dan ayat-ayat al-Quran yang lain untuk mereka. Sebaik-baik yang membacanya adalah kita sendiri sebagai seorang anak.
Sedekah bacaan al-Quran menurut majoriti ulama ahli sunah waljamaah sampai kepada simati :

Abu al-Lajlaj Abu Khalid (seorang sahabat) mendengar Nabi SAW menggalakkan para sahabat membaca ayat suci al-Quran di bahagian kepala dan kaki si mati di atas kubur. Lalu mewasiatkan amalan tersebut kepada anaknya supaya berbuat demikian.

Abd Rahman bin al-A’la bin Lajlaj daripada bapanya, katanya : berkata Abu al-Lajlaj Abu Khalid : “Wahai anakku, apabila aku meninggal dunia kebumikanlah aku. Apabila kamu meletakkan jasadku di liang lahad, bacalah: “Dengan nama Allah dan atas agama Rasulullah SAW, Kemudian curahkanlah tanah dengan cermat ke atasku. Kemudian bacalah disisi kepalaku permulaan surah al-Baqarah dan penutupnya, kerana aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda sedemikian.” (al-Thabrani, Mu’jam al-Kabir, 1982, Maktabah al-Ulum Wal Hikam, hlm 220 juz 19)

Di dalam kitab al-Azkar di bawah tajuk: “Apa yang perlu dibaca selepas pengebumian?. Imam al-Nawawi menyebutkan: “Al-Syafie dan para sahabat (ulamak Syafi’iyyah) mengatakan: “Disunatkan membaca disisi kubur sesuatu daripada ayat al-Quran. Mereka mengatakan: Jika mereka mengkhatamkan al-Quran kesemuanya maka itu adalah (sesuatu yang) baik.” (al-Nawawi, al-Azkar, Dar al-Makrifah: Beirut, 1996, hlm. 142 )

Imam al-Hassan bin al-Sobbah al-Za’farani berkata: “Aku bertanya kepada al-Syafi’ie tentang bacaan al-Quran di kubur. Lalu beliau menjawab: “Tidak mengapa. Al-Khallal meriwayatkan daripada Al-Sya’bie katanya: “Orang Ansar apabila berlakunya kematian dikalangan mereka, maka mereka selalu mengunjungi kuburnya untuk membaca al-Quran di sisinya.”

4. Selesaikan semua hutang-hutang mereka samaada hutang sesama manusia atau hutang dengan Allah SWT. Jika hutang sesama manusia tidak diselesaikan roh mereka akan tergantung di antara langit dan bumi. Hutang dengan Allah SWT adalah nazarnya (jika ada). fidyah kerana meninggalkan puasa. Jika ibu bapa mempunyai hutang dengan bank seperti rumah, kereta dan lain-lain pinjaman tersebut melalui cara riba maka tukarkanlah pinjaman tersebut kepada cara muamalah  Islam dan tukar hak milik kepada anak-anak, kerana berat dosanya yang ditanggung oleh ibu bapa di alam barzakh.

5. Jika ibu bapa belum menunaikan haji maka kita boleh upahkan haji untuk mereka (niatkan upah haji untuk mereka).

6. Beramal dengan amalan Islam. Semua anak-anak yang masih hidup apabila mereka tidak mengamalkan cara hidup Islam dengan melakukan maksiat dan dosa, anak perempuan tidak menutup aurat,  bergaduh sesama adik beradik kerana harta pusaka semua tindakkan ini menyusahkan dan membebankan ibu bapa kita yang berada dialam barzakh. Ibu bapa akan menyesal kerana mereka tidak mendidik anak-anak mereka dengan cara hidup Islam hingga mereka melakukan maksiat kepada Allah SWT. Ketika ini penyesalan sudah tidak berguna lagi kerana perkara tersebut sudah berlaku. Tetapi untuk anak-anak pula macamana mereka hendak membantu ibu bapa mereka yang sudah mati tadi? Maka mereka perlu beramal soleh, beramal ibadah dan beramal kebaikan kerana semua pahala yang kalian buat akan membari saham yang besar kepada ibu bapa kalian yang sedang menderita di alam barzakh.

Amalkanlah ilmu yang diajarkan oleh kedua ibu bapa kalian maka mereka akan mendapat pahala ilmu yang bermanfaat. Banyakkan sedekah jariah dan niatkan untuk ibu bapa maka ibu bapa kalian akan mendapat pahala sedekah jariah.

Sahabat yang dikasihi,
Teruskan berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT. Apabila kita selesai solat fardu atau ketika berada diwaktu-waktu akhir malam , waktu mustajab doa maka berdoalah untuk kesejahteraan ibu bapa kita yang telah meninggal dunia :

Segala puji bagi Allah yang telah memerintah kami untuk bersyukur dan berbuat baik kepada ibu dan bapa, dan berwasiat agar kami menyayangi mereka berdua sebagaimana mereka telah mendidiki kami sewaktu kecil.

Ya Allah sayangilah kedua orang tua kami. Ampuni, rahmati dan redhailah mereka.

Ya Allah ampunilah mereka dengan keampunan menyeluruh yang dapat menghapuskan dosa-dosa mereka yang lampau dan perbuatan buruk yang terus menerus mereka lakukan.

Ya Allah, berbuat baiklah kepada mereka sebanyak kebaikan mereka kepada kami setelah dilipatgandakan, dan pandanglah mereka dengan pandangan kasih sayang sebagaimana mereka dahulu memandang kami.

Ya Allah berilah mereka hak rububiyah-Mu yang telah mereka sia-siakan kerana sibuk mendidik kami.

Maafkanlah segala kekurangan mereka dalam mengabdi kepada-Mu kerana mengutamakan kami.

Maafkanlah mereka atas segala dosa, maksiat dan syubahat yang mereka jalani dalam usaha menghidupkan kami.

Ya Allah berilah mereka bagian ganjaran dari ketaatan yang Engkau hidayahkan kepada kami, kebaikan yang Engkau mudahkan bagi kami, dan taufiq yang telah mendekatkan kami kepada-Mu.

Dan jangan bebankan kepada mereka segala dosa dan kesalahan yang kami lakukan dan tanggungjawab yang kami abaikan. Dan janganlah tambahkan dosa kami ke atas dosa mereka.

Bagi ibu bapa dan nenek moyang kami yang telah meninggal, berikanlah mereka rahmat yang menerangi pembaringan mereka di kubur dan rahmat yang menimbulkan rasa aman ketika manusia merasa ketakutan saat dibangkitkan. Jadikanlah lubang kubur mereka daripada taman-taman syurga. Jauhkan lubang kubur mereka salah satu daripada lubang-lubang api neraka.

Ya Allah lemah lembutlah kepada mereka yang berbaring di kubur dengan kelembutan yang melebihi sikap lembut mereka kepada kami di masa hidup mereka.

Ya Allah janganlah sampaikan kepada mereka berita tentang kami yang mengecewakan mereka, dan jangan bebankan dosa-dosa kami kepada mereka.

Jangan hinakan mereka di hadapan pasukan kematian, malaikat Munkar dan Nakir dengan perbuatan-perbuatan hina dan mungkar yang kami lakukan.

Senangkanlah roh mereka dengan amal-amal kami di tempat pertemuan para arwah, ketika orang yang soleh bergembira dengan putera-puteri mereka yang soleh. Janganlah jadikan mereka ternoda oleh perbuatan buruk kami.

Ya Allah jadikanlah kami penyejuk hati mereka pada hari berdirinya para saksi. Dan jadikanlah mereka orang-orang yang paling cemburu dengan keberhasilan anak-anak mereka hingga Engkau kumpulkan kami, mereka dan segenap kaum muslimin di negeri kemuliaan-Mu, tempat menetapnya rahmat-Mu, dan tempat para wali-Mu bersama orang-orang yang Engkau beri kenikmatan,

Yaitu, para nabi, shiddiqin, syuhada dan solihin, mereka itulah sebaik-baiknya teman.

Demikianlah kurnia dari Allah dan Allah cukup mengetahui. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah kepada junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabat baginda.

Walhamdulillahi Rabbil `Aalamin.  Amin

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik