Wednesday 27 July 2016

Habibie Ainun

Bismillah

Kebosanan melanda diri saat berada di rumah. Nak baca buku, mood hilang entah ke mana. Dan nak buat benda lain pun xde mood. Lalu teringat ada rakan dari Indonesia sewaktu di Thailand yang gigih copy movie Indonesia ke hard disk aku. Thanks a lot kak Anni ❤

Scroll hard disk banyak juga movie tak tertengok. And hati tergerak nak tengok movie yang bertajuk
 ' Habibie Ainun ' . Filem adaptasi dari sebuah novel.

MasyaAllah tak sangka ia sebuah filem yang cukup memberi inspirasi for me. Inspirasi apa tu ? as a student ? as a daie ? as a child ? No no.. Inspiration as a good wife and good marriage life haha. 😅🙈 

Thank you Allah. For open my eyes and heart by this wonderful movie.

Ok nak cerita part mana dulu ni . Let's see. Bahagikan kepada tiga part :

[ Part 1 : Good and responsible husband ]

Rudy Habibie, watak si suami dalam filem ini. Seorang engineer aerospace yang genius dan dikagumi bukan sahaja di Indonesia malah dikagumi rakyat German tempat dia bermula carrier as an engineer. Sewaktu membentang idea atau projek pertama di German, Rudy jatuh sakit dan terpaksa di bawa pulang ke Indonesia untuk menerima rawatan.

Sewaktu di Indonesia, Rudy bertemu Ainun rakan sekolah lamanya dahulu dan masih memendam perasaan pada Ainun yang saat ini tamat pengajian kedoktoran. Rudy tidaklah berharta berbanding lelaki lain yang datang berduyun-duyun untuk meminang Ainun. Namun, Ainun tetap menerima Rudy untuk dijadikan pasangan hidup. 

Maka, berkahwinlah Ainun dan Rudy atas dasar kesetiaan cinta yang tulus ikhlas cewah.Dan mereka memulakan hidup di German atas permintaan Rudy. 

Di German sebagai seorang engineer yang baru ingin memulakan carrier, tentulah starts from zero. Rudy tekun dan gigih untuk memulakan projek baru. pelbagai rintangan dan kesusahan yang ditempuh dan akhirnya Rudy menjadi seorang yang sangat berjaya dan menjadi rakyat Indonesia yang dikagumi di mata dunia. 

Dan kejayaan Rudy tak bermakna tanpa pengorbanan isterinya Ainun dan juga dua orang anak mereka.

From what I see, Rudy seorang yang sangat bertanggungjawab, humble, amanah, hard working, caring, loving, setia and much more. Love to see the way he treat her wife. Even though banyak kerja dan masalah yang perlu diselesaikan, namun Rudy tetap layan isteri dan anak dengan penuh kasih sayang dan tanggung jawab. ❤

[ Part 2 : Lovely and responsible wife ]

Yes the most important part :3
Ainun, ya Allah sangat cantik, ayu, lembut, manis dan humble orangnya. Aku suka sekali watak Ainun ini dong. 

Setelah menikah, Ainun mengikuti suaminya ke German untuk mencari rezeki. Di sana dia sebagai full time housewife dan selalu support suaminya from back dan menjalankan tugas harian dengan baik sekali.

Ainun, melayan suaminya dengan penuh kelembutan, kasih sayang dan sentiasa merajakan suaminya dalam setiap hal. Dalam kehamilan pertamanya, Ainun mengadu pada Rudy yang dia mau pulang ke Indonesia kerana tak tahan. Namun Rudy menyuruhnya agar bersabar untuk menunggu kejayaan suaminya suatu hati nanti.

Berkat kesabaran, pengorbanan dan doa Ainun, Rudy menjadi insan yang berjaya di German dan kedutaan Indonesia mempelawa Rudy untuk berkhidmat di negaranya sendiri.

Setelah pulang ke Indonesia, Ainun meminta izin Rudy untuk berkerja sebagai seorang doktor dan Rudy memberi keizinan. Dan kini mereka berdua bertungkus lumus bekerja untuk mencari rezeki sampai suatu hari Ainun merasakan tanggungjawab kepada 2 orang anaknya terabai. Dengan berat hati dia melepaskan kerjaya sebagai doktor demi memberi sepenuh tumpuan kepada anak-anaknya 

Ainun & Rudy Habibie. They're very sweet towards each other. Kesetiaan, amanah, kesungguhan, dorongan semangat antara satu sama lain really impress me 😌. 

Setelah Rudy memiliki segalanya. Ainun jatuh sakit yang tak dapat disembuh. Dan pergilah Ainun buat selamanya meninggalkan Rudy sendirian bersama 2 orang anak mereka. Rudy kesedihan dan redha dengan ketentuan Ilahi dan redha akan isterinya. 

[ Part 3 : Loyal and responsible to country ]

Kesungguhan dalam bekerja pasangan ini membuatku kagum. Demi kemajuan negara dan masyarakat Indonesia. Menjadi manusia yang bermanfaat adalah harapan dan pesanan Nabi SAW pada kita. Rudy seorang yang sangat amanah. Pernah diajak untuk menerima rasuah namun ditolak dengan sekerasnya. Menggunakan ilmu pengetahuan untuk dimanfaatkan sebaiknya begitu juga Ainun.

Saturday 23 July 2016

Modul Kursus pra-perkahwinan

Highlighted points

Slot 1 : Aqidah

• Wajib tahu rukun Islam & rukun Iman , taarif Aqidah dan aplikasi dalam kehidupan seharian
• Hubungan dengan Allah kena jaga. Begitu juga hubungan dengan manusia
• Tahu tujuan hidup Allah ciptakan manusia
• Tahu kepentingan Aqidah dlm keluarga
• Terbatalnya Aqidah, maka terbubar perkahwinan

Slot 2 : Ibadah 

• Cakna soal ibadah dalam keluarga terutamanya solat
• Cakna soal bersuci
• Cakna soal haid, nifas, wiladah
• Suami, jgn biar isteri hanyut. kena tegas bab ni
• Suami/isteri saling kejut untuk bangun qiamulail

Slot 3 : akhlak

• Contohi akhlak ibu ayah dalam rumahtangga. Perhatikan cara mereka melaksanakn tanggungjawab as suami n isteri
• Akhlak adalah involuntary action ( tabiat semulajadi) dlm diri seseorang 
• Dlm perkahwinan, tindak tanduk harus selari dgn ajaran quran & sunnah
• Segala pengorbanan dalam kehidupan rumah tangga dikira disisi Allah ( kepenatan bekerja, kepenatan urus rumah tangga )
• Nilai utama sebuah perkahwinan : kesetiaan
• Tujuan utama perkahwinan : Untuk mendapat ketenangan, kebahgiaan, kasih-sayang
• Konflik akan timbul dlm rumah tangga. Hanya kekuatan rohani, emosi, iman yg mampu mengatasinya
• 5 tahun pertama perkahwinan adalah waktu yg paling mencabar

Slot 4 : Kesihatan Keluarga

• Faktor yg m'pengaruhi :
  - Gaya hidup ( 50% )
  - Persekitaran ( 20% )
  - Perkhidmatan kesihatan ( 10% )
  - Genetik ( 20% )

Slot 5 : Pengurusan masa & kewangan

• Pengurusan is all about :
- Apa matlamat & objektif ( short term & long term )
- Perancangan bagaimana mencapai objektif
- Perlaksanaan & penilaian adakah tercapai objektif

• 3 elemen penting :
  - Empathy ( able to feel what other people feel. banyangkn kita di tempat mereka. ni sifat atas pada simpati. )
  - Ikhlas ( buat sesuatu kerana Allah )
  - Matang ( orang yg matang mampu kawal diri )

• Agihkan perbelanjaan suami isteri kepada :

[ Keperluan asas ( 70% ) ] 
- Makanan & minumam
- Pakaian 
- Kediaman
- Kesihatan 

[ Kehendak 20% ]
- Kenderaan
- Perhiasan
- Peralatan elektrik

[ Simpanan 10% ]
 - Infaq ( harta simpanan akhirat )
 - Ibadah ( Haji, umrah )
 - kebajikan keluarga
 - Kecemasan
 - Bercuti

Slot 6 : Pengurusan Tekanan & konflik

• Atasi konflik dengan matang. Komunikasi perkara yang perlu dititikberatkan
• Bila suami/isteri sedang marah, lebih baik diamkan diri. Isteri terutamanya kena mengalah kerana keegoan seorang lelaki. Sentiasa setuju dengan kata2 suami 
• Tanda2 konflik :
  - Kurang kemesraan / hambar
  - Hilang ketenangan hidup
  - Kurangnya komunikasi

Slot 7 : Hubungan kekeluargaan

• Masalah pasangan yang baru berkahwin :
 - Ekonomi tak stabil
 - Tekanan( berpisah dengan keluarga )
 - Pentingkan keluarga sendiri
 - Tak kenal keluarga pasangan
 - Perbezaan citarasa & keinginan
 - Kematangan dlm masalah
 - Kemahiran yang terbatas
 - Putus asa / tak dapat sesuaikan diri
 - hubungan bersama

• Bila ada masalah ulang ayat 4 surah al-fatihah. Minta pada Allah demgan bersungguh-sungguh
• Sunnah sebenar Rasulullah SAW adalah monogani. Setelah kematian isteri pertama barulah rasulullah amalkan poligami
• Kunci kebahagiaan rumah tangga adalah suami yang solat jemaah 5 waktu di surau/masjid

Slot 8 : Perkahwinan & procedure 

• Tahu maksud perkhawinan ( istilah & bahasa )
• Tujuan perkahwinan :
  - Tuntutan fitrah
  - Sunnah 
  - Mendapat zuriat
  - Elak perkaran keji & mungkar
• Procedure perkahwinan :
Kita spesifik  bagi situasi suami/isteri sama negeri tapi berlainan daerah 
> Bakal suami & isteri dapatkn borang di pejabat agama daerah masing2.
> Lengkapkan borang bersama atachment yang diperlukan
> Bakal suami serahkan borang yg lengkap pada bakal isteri 
> Bakal isteri serahkan semua borang yg lengkap di pejabat agama daerahnya

• Rukun perkahwinan
  1) Suami
  2) Isteri
  3) Wali ( isteri sahaja )
  4) 2 orang saksi ( perlu bagi suami & isteri )
  5) Ijab & kabul
  
Saturday 16 July 2016

Oh Allah jadikan keluargaku ahli syurgaMu

Hati hancur tatkala memikirkan tentang keluarga. Hancur terkilan dengan diri sendiri kerana tak mampu untuk mengajak mereka dekat dengan Allah , dekat dengan Rasul dan bersama dalam memperjuangkan apa yang digariskan Islam.

Sungguh hanya Allah yang mengetahui betapa sayangnya aku terhadap mereka. Merekalah sumber kekuatan untukku teruskan kehidupan.Dan sering mempersoalkan diri sendiri. Apa bukti jika kau menyayangi mereka ? Apa yang aku lakukan untuk mendekatkan mereka dengan sang pencipta ? Untuk bersama hidup dalam biah solehah yang beri ketenangan dan kedamaian pada hati. Dan apa yang aku lakukan untuk bersama sama berusaha menjadi ahli syurga. Agar kita semua dipertemukan di syurga Allah kelak dan hidup bahagia sebagaimana kita bahagia di dunia ?

Allahu.. Saat ini aku gagal ! Gagal untuk menyebarkan keindahan Islam kepada mereka dan gagal untuk mengajak mereka untuk turut bersama mendekatkan diri dengan yang Maha Mencipta. Ya tanpa keraguan aku declare diri aku gagal dalam dakwah terhadap keluarga ! 

Hatiku hancur remuk bila saat bersama bergerak kerja dan berdakwah di kampus namun bila fikirkan keluarga sendiri tak terlangsai lagi tanggungjawab ku untuk meyampaikan Islam pada mereka. 

Istighfar banyak2 wahai diri. Sungguh hidup ini penuh dengan ujian. Ini adalah ujian dari Allah. Ujian medan amal. Allah nak uji kau adakah kau amal kan ilmu yang diperoleh. Adakah kau sebarkan ia. Sedarilah wahai diri ! Bangun ! Bangkit !

Sebenarnya , ini merupakan masalah terbesar yang membelengu diri. Dan sebenarnya ini ujian terberat Allah beri padaku ! Persoalan ' adakah aku telah sampaikan ' hendaklah sentiasa bermain di fikiran. Supaya dapat initiate semangat untuk berdakwah pada mereka. Jangan goyang kaki ! Mulai saat ini , hadapi ujian ini dengan keazaman yang tinggi. 

———––·–———––·–———––·–———––·–———––·
Jalan Solusi 

#1 - Starting with the man in the mirror !

Perubahan yang pertama harus bermula dari diri engkau sendiri ! Berubah menjadi muslim yang lebih baik mengikut qudwah Rasullulah SAW. Tunjuk akhlak yang baik kerna itu uslub dakwah yang paling berkesan. Persis mad'u Rasulullah SAW yang tertarik dengan Islam dek cantiknya akhlak yang ditunjukkan baginda. 

Sesungguhnya akhlak itu involuntary action dalam diri. Ia bukan sesuatu yang dibuat-buat. Akhlak adalah perbuatan yang muncul sendiri dalam diri seorang muslim hasil dari ibadah dan amal soleh yang mereka lakukan. Jadi back to the basic , ingin mendapatkan akhlak yang baik hendaklah istiqamah dalam amal soleh ! The most important thing ----> pray on time !

Dengan beramal soleh maka akan terpancarlah nilai positif dalam diri. Kerajinan, kesungguhan, keberkatan, kebersihan, kelembutan, kasih sayang dan banyak lagi. Banyak perkara yang kau harus perbaiki dalam step yang pertama ini. Untuk jadi daie yang baik, buangkan persepsi negatif mad'u terhadap kita. 

Meski kata negatif dilontarkan, terima seadanya dan anggap itu satu teguran buat diri. Pupuk diri untuk bersabar dan diamkan diri lebih baik dari membiarkan kemarahan menguasai .Berbuat baik dengan mereka sentiasa.

#2 - Don't let the environment control you but you the one who control it

Terbaca perkongsian seorang sahabat yang membuka ruang minda. Katanya, jangan tunggu keadaan menjadi sempurna kerana ia takkan sempurna. Jika kita menunggu dan terus menunggu kita takkan maju kehadapan. Bertindaklah walau berat bagi diri. 

Sungguh aku dengki dengan mereka yang mempunyai biah solehah dalam keluarga. Saling ingat mengingati antara satu sama lain. Bersama-sama dalam ketaatan. Namun aku tetap bersyukur dengan suasana bahagia dalam keluargaku. Cuma harus selitkan elemen Islam supaya hati tak leka dan lalai dari mengigati Allah SWT. 

Sebagai ahli keluarga yang termuda. Susah untuk aku memberi nasihat dan menguasai suasana. But you have to try ! Just do it and be confidence. Ikut jejak langkah abah. Jadi macam abah ! Jadi fikir bagaimana cara untuk menerapkan suasana Islam dalam keluarga. 

- Pasang rancangan TV yang bermanfaat ( Zikir , ceramah , tadarus )
- Tutup TV tika masuk waktu solat ( especially time maghrib ) 
- Pasang radio IKIM.fm dalam kenderaan ( dengar pengisian )
- Ajak solat berjemaah dengan abah ( kalau abah tak ke surau )
- Suggest buku Islam untuk dibaca
- Baca Quran di ruang tamu ( bawa keberkatan dlm rumah )
- Mulakan dengan Basmallah dlm setiap pekerjaan
- Sentiasa zikir ketika memasak
- Ikut sunah nabi sentiasa ( makan, minum, tidur, dll )
- Jaga aurat sentiasa
- Sentiasa minta nasihat dari abah ( initiate abah untuk beri tazkirah )

# 3 - Preserve the bond

Yang ni penting dan termasuk perkara yang kau kena ubah.Jagalah ukhuwah antara adik beradik. Berbuat baiklah sentiasa nescaya mereka akan berbaik dengan kau juga. It all starts from yourself. Layan mereka dengan baik, kasih sayang, kelembutan. Ikut cara abah kan bagus. Tengok layanan abah pada anak2 . MasyaAllah tabik spring lah abah. tak pernah mengeluh dan sentiasa memenuhi kehendak anak dengan kasih sayang. Love abah always.

Talk more with them. Be confidence. Appreciate them. Make them happy. Dan sebagai anak bongsu memang tak lari dari arahan. Patuhi arahan mereka dan if possible buat lebih dari apa yang disuruh. Jangan biarkan mereka label kau " tak boleh harap " anymore. Kau kan nak jadi manusia yang bermanfaat. So ? kenapa perlu mengeluh ? 

# 4 - Advices each other

Aku tak sempurna dan perlukan nasihat. Jadi bila mereka nasihat terimalah ia dengan cara mereka. Mereka juga memerlukan nasihat dan peringatan. Saling ingat mengingati, saling tegur menegur. Bukan kerana ingin tunjuk siapa yang lebih baik tapi untuk kemajuan diri masing-masing.

Dan tolonglah jangan berdiam diri bila terlihat kemungkaran dan sering ajak kepada kebaikan. Perkara yang mendekatkan diri pada Allah. Tolong mereka dalam susah dan sentiasa ceria dan menceriakan. 

Teguran hendaklah berhikmah. Jangan tegur dengan kata negatif tapi dengan kata2 yang menaikkan semangat untuk berubah. 

# 5 - Doa sentiasa

Tiada tempat bergantung harap selain Allah. Dia yang memegang hati manusia. Dia yang membolak-balik hati insan. Dia yang memberi taufiq dan hidayah.

Jangan putus asa dan jangan putus doa. Meski bertahun lamanya doa masih belum diperkenan. He know the best. Yang penting dalam doa selitkan keyakinan 100% bahawa dia Maha mendengar rayuan seorang hamba. Yakin , yakin yakin bahawa Allah akan perkenankan doa hambaNya. Jangan persoal bila dan serahkan semua padaNya. 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik