بسم الله
Alhamdulillah atas segala nikmatMu
ya Rabb. Terlalu banyak nikmatMu pd makhluk yg tak mampu untuk ku hitung.
Semoga kita semua menjadi hamba yang bersyukur dan terus berusaha menambah amal
soleh sebagai persiapan di hari Akhirat.
Hari ini 31 Mei 2021 genaplah setahun usia perkahwinan kami.. Nikah dulu masa
PKP 1.0 . Sambutan 1st anniversary pun masih lg PKP haha. Tapi
apapun itu semua rahmat dan ada hikmah disebalik ketentuanNya. Semoga Allah
angkat wabak ini dari muka Bumi untuk kita terus menjalani kehidupan seharian seperti
biasa amiin <3
![]() |
31 Mei 2020 | 7 Syawal 1441 H |
Setelah lama tak update blog ni
jadi mungkin inilah masanya yang terbaik. Entry kali ni nak ajak diri sendiri
untuk bermuhasabah akan sepanjang setahun usia perkahwinan.
- Adakah Baitul Muslim ini mendekatkan diri kepada Allah SWT
- Apa sumbangan dan mafaat yang telah kita beri kpd Agama, keluarga, masyarakat
- Adakah semakin bertambahnya Ilmu dalam diri
- Bagaimana tanggungjawab adakah terlaksana dengan baik
- Bagaimana pengurusan ekonomi, komunikasi dan emosi adakah bertambah baik
- Sifat sabar, redha dan syukur adakah diterapkan dalam kehidupan seharian
Banyak lagi ruang Muhasabah yang boleh dilakukan. Tp apa yang paling penting adalah hubungan kita dengan Maha Esa. Solat kita, hati kita adakah jauh dariNya.. Sedekah kita, zikir harian kita. Selawat kita dan pendekatan dengan Al-Quran. Pendapat saya, dalam kita melaksana kewajipan seharian, hiasilah dengan ibadat Sunat. Walaupun sikit tapi berterusan tapi ia cukup power untuk buat kita rasa dekat dengan Allah.
"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun, (bagi orang yang bertaubat)." (Surah al-Mulk, ayat 2)
Bila sebut rumah tangga memang
tak akan lari dari ujian Allah. Setiap orang akan diuji begitulah lumrah
kehidupan dunia. Sebab itulah, kena terapkan nilai Sabar & Syukur dlm
hidup. Allah akan uji hambaNya mengikut kemampuan masing-masing. Kehidupan kita mungkin berbeza dengan orang
lain kerana rezeki masing-masing tak sama. Siapalah kita untuk mempersoalkan
takdir Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya..
Dalam kes rumah tangga kami pun diuji dengan saya yang mengalami keguguran sebanyak dua kali di awal trimester (minggu ke 9-10). Dr diagnose kan kehamilan saya sebagai ‘Anembyonic pregnancy’ atau ‘Blighted ovum’.
Maksudnya persenyawaan telah berlaku akan tetapi janin tak dapat membesar dengan baik. Wallahu’alam semua itu dalam pengetahuan dan perancangan Allah SWT. Alhamdulillah kami dapat hadapi ujian ini dengan redha..
ٱللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَحْمِلُ كُلُّ أُنثَىٰ وَمَا تَغِيضُ ٱلْأَرْحَامُ وَمَا تَزْدَادُ ۖ وَكُلُّ شَىْءٍ عِندَهُۥ بِمِقْدَارٍ
Allah mengetahui apa yang dikandung oleh setiap perempuan, dan kandungan rahim yang kurang sempurna dan yang bertambah. Dan segala sesuatu pada sisi-Nya ada ukurannya (Ar-Ra'ad :8)
Allah beri ruang masa untuk kami berdua sebelum ada komitmen anak. Dan terlalu banyak
lagi positif side yang boleh diambil. InshaAllah ada rezeki lain di masa akan
dtg amiin.
![]() |
Janin tak membesar hanya kantung shj kelihatan. Bdn dapat kesan dan Allah permudahkan janin keluar dgn sendiri |
![]() |
1st miscarriage - 1 Dis 2020 2nd Miscarriage - 1 May 2021 |
Dan terlalu banyak juga nikmat Allah beri buat kami berdua sepanjang perkahwinan buat kami terasa malu denganMu Ya Rabb. Diberi keluarga yang baik dan memahami, dikurniakan kesihatan untuk terus beribadah. Dikellilingi dengan insan-insan yang sangat baik. Diberi ketenangan hati, minda dan keamanan hidup. Allah terlalu banyak nikmatMu sehingga aku tak layak untuk mempersoal ujian yg diberi. Semoga kami menjadi hamba yang bersyukur dan dalam rahmatMu ya Rabb
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء
(Surah Ibrahim: 40)
Maksudnya: “Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”