Sunday 9 December 2012

Freedom

Pada 05 Disember 2012.Akhirnya telah berakhir sebuah imtihan besar bagi diriku.Sebuah imtihan yang aku begitu bertungkus-lumus untuk buat yang tebaik ( ye ker? huhu ) . SPM. Alhamdulillah ,Finally it’s over.

Tapi,
keseronokan apabila tamatnya SPM tidaklah seperti yang difikirkan seperti sebelum ini.Gembiranya hanya biasa-biasa sahaja.Mungkin aku sahaja yang merasakan sebegini sebab aku perhatikan rakan sekolahku yang lain berasa gembira yang teramat sangat !

Tamat sahaja SPM terus bakar mercun ,conteng uniform sekolah,ambil gambar dengan bebas tanpa menjaga batasan ikhtilat , main tepung , tunggang motorsikal dengan laju dalam kawasan sekolah , menjerit seperti keanak-anakan.
Ish3 (menggeleng-geleng kepala)

Aku bukannya nak ‘ujub ( rasa diri lebih baik )
Tapi perbuatan mereka itu sangat tidak wajar dilakukan bagi seorang pelajar yang berumur 17 tahun dan baru sahaja selesai menghadapi SPM di sekolah agama !
Perbuatan mereka sangat memalukan semua pihak dan menjatuhkan imej sekolah.

Jadi,
cubalah kita sambutnya dengan penuh ketaqwaan.Barulah mendapat keredaanNya.
Kepada adik2 yang bakal tamat SPM ( huhu,mcm kelakar je bunyi )
Apabila tamatnya SPM,janganlah bersuka ria sangat kerana ia hanya sementara.Bersuka ria hanya menjerumuskan anda agar mengikuti hawa nafsu.Jika hawa nafsu dituruti,maka keredaan Allah tidak akan dikecapi.Maka rugilah kita.

Dekatkan diri kita kepada Allah dengan bersyukur padaNya kerana memberi peluang kepada kita menghadapi SPM.
Nikmati saat terakhir pertemuan kita dengan sahabat kita dengan cara yang di redhaiNya.Gunakan masa yang terluang dengan perkara-perkara yang berfaedah.Hargai setiap detik ! kerana boleh jadi satu detik yang kita sia-siakan akan mendatangkan penyesalan kepada kita sama ada di dunia mahupun di akhirat
nauzubillah.

Kepada mereka yang telah banyak berjasa kepadaku selama aku di zaman persekolahan,terima kasih banyak2.Sesungguhnya,jasamu tidak mampu bagiku untuk membalasnya.Yang aku mampu lakukan hanyalah berdoa kepadaNya agar sentiasa memberi kebaikan kepada kalian.InsyaAllah~
Mereka adalah :

·         Mama+abah
·         Cikgu
·         Sahabatku

Ya Allah,
Kau berilah kerahmatan kepada mereka kerana telah membantuku menjadi insan yang  berguna di dunia ini dan sentiasa mencurahkan ilmu dunia dan akhirat kepadaku.Mereka telah berkongsi ilmu kepadaku.Justeru itu sayangilah mereka ya Allah.
Dan semuanya takkan terjadi tanpa izinmu ya Rabb.
terima kasih ya Allah atas segala nikmatMu kepadaku

Ya Allah,rahmatmu malangit tinggi.Namun dosaku masih banyak.
Justeru ampuni aku ya Allah.Bantuku agar menjadi hambaMu yang bertaqwa !

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik