Tuesday 30 April 2013

Hamba Acuan Al-quran

# copy from ablog

Hamba acuan al-quranlah seorang Hamba yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa takwa kepada Allah s.w.t
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga dengan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut berkata benar
Yang tidak gentar melawan nafsu
Hamba acuan al-quran tutur katanya:
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimiliki
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicari
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya penyayang. 
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh bersifat jembalang

Hamba acuan al-quran menghormati ibunya:
Yang sentiasa berbakti kepada org tuanya dan keluarga
Yang bakal menjaga keharmonian rumah tangga.
Yang akan mendidik anak mendalami agama islam.
Yang mengamalkan hidup dengan kesederhanaan
kerana dunia baginya rumah sementara menunggu akhirat.

Hamba acuan al-quran sentiasa bersedia untuk agamanya:
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat Nabi Muhammad SAW
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara.
Yang sujudnya dengan penuh kesyukuran dengan rahmat Allah s.w.t

Hamba acuan al-quran tidak pernah membazirkan masa:
Yang matanya kepenatan kerana kuat membaca.
Yang suaranya lesu kerana penat mengalun ayat al-Quran dan berzikir.
Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Yang bangun subuh dengan kesyukuran dan rahmat Allah s.w.t
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kemalangan.

Hamba acuan al-quran sentiasa mengingati mati:
Yang baginya didunia adalah ladang akhirat.
Yang mana buah kehidupan ini perlu dibaja dan dijaga.
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Hamba acuan al-Quranlah Hamba yang tidak terpesona dengan buaian dunia..
Yang kerana dia mengimpikan Syurga di situlah rumah impiannya..
Dialah Hamba acuan al-Quran."

No comments:

No comments :

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik