Friday 29 January 2016

Ibrah kematian

Setiap manusia akan merasai mati. Itu satu kepastian. Jika ditanya tentang kematian. Pasti semua akan terkelu. Sentap. Bahkan aku sendiri. Sebab apa ? Sebab kematian itu pemutus nikmat. Nikmat kehidupan dunia yang sering manusia kejarkan. Kita sering kali begitu bersemangat menyediakan perkara yang tak pasti dalam hidup dan tidak bersiap sedia menyediakan diri untuk menghadapi sesuatu yang pasti.

Walaubagaimana kuat kita berusaha untuk menjadi manusia terkaya, akhirnya kita akan mati juga meninggalkan harta kepada manusia lain. Walau setinggi manapun kita belajar, namun kita akan mati juga akhirnya tanpa sebarang gelaran. Tiada siapa yang boleh bantu kita untuk menghadapi kematian selain diri kita sendiri. Hanya amalan yang diselami dengan kesedaran ilmu pengetahuan yang akan dapat menyelamatkan kita menghadapi ujian kematian. *aku mohon pertolongan dariMu ya Allah. Bantulah aku untuk sentiasa bersedia menghadapi ujian ini*

“ Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalanya ; dan Dia Maha Kuasa Lagi Maha Pengampun. ”  ( Al Mulk 67:2)

                Mati ialah ujian.Ujian seringkali ada hikmah dan iktibar yang boleh diambil setelah berlaku. Namun ujian kematian , iktibarnya adalah sepajang hayat. Saat ini. Belajarlah iktibar dari kematian orang-orang yang terdahulu yang telah diajarkan Nabi Muhammad SAW. *Semoga Allah sentiasa merahmati baginda SAW* .

Kematian yang didambakan

Husnul khatimah menjadi harapan setiap mukmin
Pengakhiran hidup yang menentukan tempat yang kekal selamanya kelak.
Adakah syurga atau neraka yang muncul dalam lintasan terakhir.
Kesakitan sakaratul maut yang tak dapat digambarkan.
Masihkan bibir mampu mengucap kalimah tauhid saat itu?
Roh akan disoal selepas tujuh langkah berlalu mereka pergi
meninggalkan kita sendirian bertemankan amalan dunia.
maka tinggallah kita disana. Samada ia menjadi taman syurga
Atau lubang neraka .Sehinggalah ditiup sangkakala yang kedua.
Ramai yang alpa dan leka (aku juga )dengan kesenangan dunia sementara.

Wahai diri. Adakah kau dah tunaikan Hak Allah dengan sebaiknya ?
Ingat semula apa tujuan Allah cipta kau didunia.

No comments:

No comments :

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik